Tuesday, October 30, 2018

Adun BN Akui Diugut Sertai Bersatu.




KOTA BHARU: Sehingga sekarang tiada cawangan atau bahagian Umno yang dibubarkan selepas lima bulan parti itu kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.
Ketua Pembangkang Dun Kelantan, Dato' Md Alwi Che Ahmad sebaliknya berkata, apa yang berlaku sekarang wakil rakyat BN bukan sahaja diugut, malah dicincang hidup-hidup oleh Bersatu.


“Kemudian meminta kita ramai-ramai masuk Bersatu. Bersatu sudah terdesak untuk mendapatkan sokongan Umno ketika kekuatannya dalam kerajaan Pakatan Harapan sekarang semakin lemah.
“Bersatu mempunyai 13 ahli Dewan Rakyat dalam kerajaan gabungan PKR, DAP dan PAN selepas mendapat mandat rakyat pada PRU 14 lalu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau yang juga Adun Barisan Nasional Kok Lanas berkata, tidak munasabah Umno yang mempunyai tiga juta ahli menerima tawaran Bersatu yang disifatkan tiada sokongan akar umbi. - HARAKAHDAILY 29/10/2018

6 comments:

Anonymous said...

mcmana alwi masih blh bercakap klu dicincang hidup2. patut kt hospital dh tu.

andah said...

Anon827am ni mangkok ayun. Bahasa kiasan pun tak faham. Patutlah pun jd penyokong PH.,bodoh piang.

Anonymous said...

kalau dah bersalah tentu lah kena hukum. nasib baik kat Malaysia. kalau ikut hukum isis, dah kena kerat ler tu...

apa2 pun kita tunggu masa dan ketika sprm membuat jemputan rasmi kpd pemimpin2 pas...

bulan april 2019 lambat lagi utk ke London.

Anonymous said...

klu tk masuk bersatu apa apa akan jadi pd umno tu? tk cita pun

Anonymous said...

Puak anti islam kelupuk nak serang pas pulak. Ph berkuasa skrg buatlah apa pun yg kamu nak buat. Islam tetap kami pertahan dan perjuangkan.

Anonymous said...

hidup islam Allahu akbar,,takbir Allahu Akbar,,takbir,,Allahu Akbar..Ya Allah peliharalah kami kefasikan oranf munafik dan jenayah syariat mereka terhadap umat rasul dan nabi kami Muhammad saw..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails