Wednesday, October 31, 2018

Sylvester Stallone: Rambo Serang Seks, Tiada Bukti Cukup..


PEJABAT Pendakwa Los Angeles memutuskan bahawa tiada bukti mencukupi untuk mendakwa Sylvester Stallone berhubung dakwaan beliau melakukan serangan seksual. - Foto fail AFP
HALAMAN HIBURAN


LOS ANGELES: Pejabat Pendakwa Los Angeles memutuskan bahawa tiada bukti mencukupi untuk mendakwa aktor Sylvester Stallone berhubung dakwaan beliau melakukan serangan seksual ke atas seorang wanita pada tahun 1987 dan 1990.
Dakwaan dari wanita di Santa Monica, California itu juga terkeluar dari tempoh limitasi kata pegawai terbabit dalam kertas penilaian.
Dokumen berkenaan menyatakan bahawa wanita terbabit mendakwa dia dan Stallone menjalinkan hubungan pada tahun 1987.
Tambah dokumen berkenaan, mangsa yang turut memiliki saksi mendakwa pelakon utama siri filem ‘Rocky’ menyerangnya secara seksual pada tahun 1987 dan 1990.
“Bagaimanapun tiada sebarang saksi dalam dakwaan terbaru itu menyokong tuduhan dibuat mangsa. Siasatan tambahan juga tidak menyatakan sebarang sokongan lanjut,” kata dokumen itu.
Aduan terhadap Stallone dibuat pada November tahun lalu dan pelakon berkenaan secara konsisten menafikan kesemua dakwaan.
“Stallone menafikan dakwaan berkenaan,” kata peguam Stallone, Michelle Bega semalam.
Populariti aktor yang kini berusia 72 tahun itu melonjak pada tahun 1976 menerusi filem ‘Rocky’ dan membolehkan beliau memenangi anugerah Oscar selain muncul sebagai bintang filem aksi paling hebat menerusi francais filem ‘Rambo’ dan ‘Rocky’. - Reuters

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lakon, realitinya belum tahu..
Hasil carian imej untuk rambo

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails