Friday, November 02, 2018

Muslimah Boleh Kahwin Kafir?– Prof Siti Musdah Mulia. Benarkah Berita Ini?

Muslimah Boleh Kahwin Kafir Prof Siti Musdah Mulia
Benarkah berita ini? Sila komen..

Putrajaya: Tidak perlu untuk menganut Islam sekiranya agama tersebut tidak membuahkan ketenangan jiwa, dan perbuatan seks sumbang sesama jantina adalah halal menurut al-Quran, dakwa Profesor Dr Siti Musdah Mulia. Prinsip Islam itu sendiri adalah ‘rahmatan lil alamin’ (rahmat untuk seluruh alam), menurutnya lagi.

Profesor Universiti Islam Negeri (UIN) Jakarta itu menerangkan bahawa perbuatan seks sumbang sejenis adalah tidak haram, asalkan dilakukan dengan penuh kasih sayang dan rasa tanggungjawab.

Tokoh yang dikagumi oleh ramai di Malaysia itu berkata, “Sekiranya orang gay melakukan perhubungan seks dan melakukannya dengan perasaan cinta dan tanggungjawab, apa yang salahnya tentang itu? Quran lebih menekankan mengenai pelakuan.” “Apa yang haram ialah perbuatan seks yang tidak bertanggungjawab, yang menyakitkan orang dan membuat orang sakit atau terseksa, tidak kisah mana-mana orientasi seks,” katanya lagi.

Tegasnya, “Tidak ada apa-apa kesalahan untuk menjadi Muslim gay. Terdapat sekumpulan Muslimah lesbian di Jawa Barat — ahli-ahlinya kerap melakukan solat berjemaah dan bersedekah kepada anak-anak yatim. Mereka lebih Sufi dari orang-orang lain.

Cuma Tuhan yang berhak untuk menentukan orang itu bersalah atau tidak, beriman atau tidak.” Beliau juga mendakwa kaum Muslimah berhak untuk mengahwini pasangan yang kafir, kerana terdapat khilaf ulama berkenaan perkara tersebut. Lagipun, keseluruhan hukum fiqh dalam perkahwinan hanyalah ciptaan manusia, dakwanya lagi.

Beliau berkata, “Dengan proses globalisasi, tidak dapat dielakkan untuk manusia lebih mudah berhubung dengan sesama sendiri. Mengapa ianya diharamkan sedangkan ulama sendiri ada pandangan yang berbeza mengenai isu tersebut?” “Saya beritahu mereka bahawa keseluruhan hukum fiqh mengenai perkahwinan adalah rekaan manusia, tidak ada satu pun daripadanya bersumberkan faks dari syurga. Kenapa perlu takut?

Tuhan tidak akan marah, Dia sungguh bijaksana,” katanya lagi. Apabila ditanya tentang keperluan untuk beragama memandangkan agama Islam amat bersifat kontekstual, beliau menjawab, “Itu bergantung kepada individu tersebut.

Sekiranya lelaki tersebut atau perempuan tersebut menganggap bahawa agama tidak membawa ketenangan kepada jiwa, lalu tidak ada gunanya untuk mempunyai agama.

Ikut sahaja nurani kamu, serius.” Sedar akan penentangan majoriti umat Islam terhadap pemikirannya itu, beliau mendesak campur tangan pihak kerajaan untuk mengharamkan ajaran Islam yang menjadi anutan mereka dan hanya menggunakan Islam versinya sahaja, yang sesuai dengan prinsip ‘rahmatan lil alamin’. “Pihak kerajaan sepatutnya mengambil pendirian tegas dan berkata bahawa ajaran agama yang hanya boleh diterima di negara ini adalah yang sesuai dengan prinsip-prinsip demokrasi, Pancasila (dasar falsafah negara) dan prinsip Islam sebagai ‘rahmatan lil alamin’ — rahmat kepada semua manusia. Itulah. Kenapa takut?” tegas beliau.
SUMBER : Menara.my Via Lubok Cerita Express.


Komen Weblog Ibnu Hasyim:
Musdah Mulia, pejuang gay dan lesbian

Masih ramai rupanya yang tidak mengenali siapa Musdah Mulia sebagai pejuang tegar Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia. Mungkin perawakannya yang bertudung, membuatkan sebahagian dari kita sukar menerima bahawa beliau berkongsi pandangan yang sama dengan Irsyad Manji.

Hakikatnya juga, kini, sekadar bertudung, tidak mencerminkan fahaman yang sahih. Kerana itu, wanita Islam sewajarnya bertudung bukan kerana peer pressure, trend, dan sekadar menutup rambut, namun lebih penting menutup aurat dengan diiringi oleh kefahaman Islam yang mantap diiringi dengan sifat haya’ atau malu yang selayaknya. 

Terasa sedih kerana ada yang tidak sedar bahawa penampilan mereka sebagai “wanita Muslimah” dijadikan “camouflage” atau penyamaran bagi memudahkan sesuatu ideologi songsang itu lebih diterima.
Siapakah dia?
Seorang professor, Prof. Dr. Siti Musdah Mulia adalah Pensyarah pascasarjana di UIN (Universiti Islam Negeri) Jakarta. Dikenali sebagai aktivis Jaringan Islam Liberal pernah menyelia Rancangan Kompilasi Hukum Islam (Counter Legal Draft) yang dimajukan kepada Kementerian Agama Indonesia yang memohon perubahan seperti :
• Pasal 3 ayat 1 : Asas perkahwinan adalah monogami dan perkahwinan poligami adalah tidak sah dan harus dinyatakan batal secara hukum.
• Pasal 9 : Ijab-kabul boleh dilakukan oleh isteri–suami atau sebaliknya suami–isteri.
• Pasal 54 : Perkahwinan berbeza agama antara muslim atau muslimah dengan non-muslim disahkan.
• Pasal 59 : Talak tidak dijatuhkan oleh pihak laki-laki, tetapi boleh dilakukan oleh suami atau isteri di depan sidang pengadilan agama.
• Pasal 88 ayat 7a : Masa iddah bukan hanya dimiliki oleh wanita tetapi  juga untuk lelaki. Masa iddah bagi lelaki adalah seratus tiga puluh hari.
• Pasal 8 ayat 3 : Bahagian warisan anak laki-laki dan wanita adalah  sama
Draf tersebut bagaimanapun telah ditolak oleh Parlimen dan Kementerian Agama Republik Indonesia.
Dia juga dikenal sebagai aktivis Islam Liberal dan kebebasan beragama daripada kumpulan ICRP (Indonesia Conference of Religions and Peace) ini berkata, “Tidak ada perbezaan di antara lesbian dengan non-lesbian. Dalam pandangan Tuhan, manusia dihargai hanya berdasarkan ketaatannya.” Dan menulis buku“Bias Gender dalam Perspektif Islam”.
Dalam sebuah makalah ringkasnya yang berjudul “Islam Agama Rahmat bagi Alam Semesta”, dia menulis:
“Menurut hemat saya, yang dilarang dalam teks-teks suci tersebut lebih tertuju kepada perilaku seksualnya, bukan pada orientasi seksualnya. Mengapa? sebab, menjadi heteroseksual, homoseksual (gay dan lesbi), dan biseksual adalah kodrati, sesuatu yang “given” atau dalam bahasa fikih disebut sunnatullah. Sementara perilaku seksual bersifat kontruksi manusia. Jika hubungan sejenis atau homo, baik gay atau lesbi sungguh-sungguh menjamin kepada pencapaian-pencapaian tujuan dasar tadi maka hubungan demikian dapat diterima.”
Sumber: Majalah Tabligh DTDK PP Muhammadiyah (2008)

2 comments:

Unknown said...

Ayat-ayat Allah Subhanahu Wata'ala terkait pernikahan sudah sangat jelas sejelasnya, menikah hanya antara laki-laki dan wanita bukan sesama jenis begitu pula kawin, ayam/ binatang saja ndak yg kawin sesama jenis dasar koplak

fadhil said...

professor goblok level wahid

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails