Sunday, October 28, 2018

Jual Melayu Untuk Dapat Kuasa? Syed Saddiq Disanggah.

Hasil carian imej untuk kelaura mahathir dan keluarga


KUALA LUMPUR - Kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mengatakan tiada lagi ketuanan Melayu dipersoalkan Ketua Pemuda Umno Wilayah, Datuk Razlan Rafi.

Katanya, gesaan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Muar itu dilihat sebagai usaha mempergunakan bangsa untuk memikirkan formula  mendapatkan kuasa dengan menjual rakyat Malaysia yang kononnya ketuanan Melayu ini sudah tidak relevan.
Razlan Muhammad Rafii
"Saya nak tanya Syed Saddiq, apa salah Melayu sehingga kamu nak buang Melayu di Malaysia, bukankah sepatutnya kamu bekerja keras untuk membawa Melayu berjaya seperti dasar parti anda?
"Apakah maksud sudah tidak ada ketuanan Melayu? Adakah maksudnya, penjenamaan semula Amanah Saham Bumiputera (ASB) kepada Amanah Saham Malaysia dan selepas ini, tidak ada lagi Universiti Teknologi Mara (UiTM) , tidak ada lagi kuota Melayu, tidak ada lagi kepentingan Islam, dan tidak ada lagi kepentingan-kepentingan lain, seperti nelayan, Felda dan tanah-tanah Melayu? Apa sebenarnya yang anda hendak nyatakan ini?," katanya dalam satu kenyataan media.

Razlan mendesak Syed Saddiq agar menjadi Melayu yang tidak malu mengaku diri anda Melayu, kalau tidak eloklah, menggelar kamu bukan Melayu dan kamu tiada bangsa.

"Apabila membaca perlembagaan Bersatu dan mereka memilih untuk menjadikan Melayu dan Bumiputera sebagai dasar parti mereka, nampak janggal apabila Ketua Pemudanya berkata sudah tidak ada ketuanan Melayu.
"Melayu bukan mahu menjadikan negara ini tuan, tetapi negara ini sememangnya adalah Tanah Melayu, dan apabila disatukan Sabah dan Sarawak, Melayu berkongsi dengan bangsa-bangsa lain menjadikan ia Malaysia," tegasnya.

Hari ini, Syed Saddiq menegaskan zaman ketuanan Melayu telah berakhir dan Malaysia bergerak ke arah fasa baharu yang memperjuangkan kesaksamaan.
Menurutnya, perkara tersebut turut menjadi agenda yang akan diperjuangkan parti itu. (SH)

5 comments:

Matt Evo said...

Ketuanan Melayu konon ... cuba ketuanan Islam yang berTuhankan Allah ..pasti Singapura, Pulau Batu Putih tidak akan menjadi negara dan wilayah kafir. Nauzubillahminzalik

cik siti said...

Betul. Kami sokong perjuangan Islam. Bukan macam UMNO dan PH!

ted manoff said...

Ibnu Hasyim tak adil, DAP adil..
hee

Anonymous said...

Teruskan wahai babi tunggang si kulup. Jilat juboq LGE.
Ya meroyan terus.
Ha ha ha

Anonymous said...

Dap paling takut dng pas sebab pas istikomah perjuangkan islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails