Wednesday, October 31, 2018

Tawaran RM24,000 Untuk Membunuh Anjing Ini..

‘Si Debab' jadi buruan keluarga mafia
Poncho bakal bersara dalam tempoh setahun dan polis kini mencari penggantinya. - Foto theweek.co.uk

Si Debab' jadi buruan keluarga mafia


NAPLES - ITALI. Seekor anjing polis kini diburu sebuah keluarga mafia di Itali kerana menyebabkan kerugian jutaan dolar apabila berjaya menemui dadah milik mereka.

Menurut media tempatan, Pocho, anjing baka Jack Russell Terrier berusia sembilan tahun itu, menjadi buruan keluarga Camorra, salah satu keluarga mafia terbesar dan tertua di dunia.

Laporan The Times menyebut, Pocho atau ‘Si Debab' berjaya mengesan lebih dua tan dadah sepanjang berkhidmat dengan pasukan polis Naples.

Pocho dianggap ancaman kepada kumpulan mafia yang terlibat dengan operasi dadah, sekali gus menyebabkan mereka mengalami kerugian besar.

Daily Mail melaporkan, antara kejayaan terbaharu ‘Si Debab' termasuk mengesan hampir 31 kilogram dadah ketika satu serbuan, dan turut berjaya menghidu kokain yang diletakkan dalam botol susu.

Keluarga Camorra dikatakan mengumpan Pocho dengan makanan beracun, malah turut meletakkan anjing betina di lokasi simpanan dadah dalam usaha mengalihkan perhatian anjing polis berkenaan.

Namun, usaha tersebut gagal menghalang Pocho, menyebabkan keluarga mafia tersebut menawarkan ganjaran 5,000 euro (RM24,000) untuk membunuh ‘Si Debab'. - theweek.co.uk
Polisi menangkap Carmine Spada
Polis menangkap Carmine Spada (tengah), tertuduh sebagai bos mafia, di Rom bulan ini.
Properti mafia Sisilia
Villa Mafia dekat Corleone di Sisilia ini disita dan diubah menjadi sebuah hotel.

4 comments:

Anonymous said...

ada satu si debab pun sedang diburu pdrm. kt pemimpin umno kata dia ada kt china. dia mnyebabkn kerugian negara berpuluh billion.

Anonymous said...

Menyalaklah anjng anti Islam dan ulama, tak mampu nak masuk ke blog ni. Pegi carilah blog lain, wahai babi tunggang si kulup. Pegilah jilat juboq LGE.. sampai bini pun sanggup serah kepada si kulup.

Ha ha ha

cik siti said...

Sokong blog ibnu hasyim..

Renowngift said...

Harga ni memang tinggi. Anjing ni dah bernilai tinggi sekarang tapi nasib pun dah jadi bahaya lah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails