Monday, October 29, 2018

'Great March of Return', Israel Zalim! -ABIM.

ABIM kecam tindakan zalim Israel ke atas peserta 'Great March of Return'
Kepulan asap dilihat susulan letupan akibat serangan udara Israel di Gaza, awal Sabtu, 27 Okt, 2018. (Foto AP)

KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengecam tindakan zalim Israel ke atas orang awam Palestin yang menyertai himpunan Great March of Return pada 26 Okt lalu.

Presidennya Mohamad Raimi Ab. Rahim berkata serangan kejam tersebut telah menyebabkan lima orang terkorban dan 232 yang lain cedera akibat tembakan peluru hidup selain tembakan gas pemedih mata.

Katanya serangan itu merupakan pencabulan prinsip hak asasi manusia dan kebebasan bersuara menerusi perhimpunan aman.

Beliau berkata himpunan aman Great March of Return yang telah diadakan beberapa kali sebelum ini antara lain menggesa Israel menghentikan serangan terhadap rakyat Palestin di Gaza.


"Justeru, ABIM menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengheret Israel ke muka pengadilan demi menegakkan hak rakyat serta mengelak tindakan kejam seperti ini berulang," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Sementara itu, ABIM turut mengharapkan supaya kerajaan Malaysia tetap berperanan aktif dalam memimpin tekanan masyarakat antarabangsa ke atas Israel.

Menurut Mohamad Raimi, komitmen kerajaan dalam isu ini sangat penting apatah lagi dalam situasi, masyarakat dunia mengharapkan pendirian dan pandangan Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam arena politik antarabangsa.
-- BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails