Saturday, November 03, 2018

Lagi Pelajar Rogol Pelajar, Salah Sistem Pendidikan Kita?


Pelajar dakwa dirogol 3 lelaki


BALIK PULAU: Seorang pelajar perempuan tingkatan empat membuat laporan polis mengatakan dia dirogol bergilir-gilir oleh tiga pelajar tingkatan lima di sebuah pangsapuri di kawasan Bayan Lepas, dekat sini, Julai tahun lalu.
Mangsa membuat laporan Rabu lalu dan berikutan itu polis sudah menahan tiga pelajar lelaki terbabit yang juga bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan, berkata mangsa dalam laporannya mendakwa pada hari kejadian dia keluar bersama seorang daripada suspek terbabit manakala dua lagi rakan lelaki menunggu di sebuah pangsapuri.
“Suspek memberitahu mangsa yang mereka semua akan keluar makan dan mengajaknya pergi ke pangsapuri berkenaan terlebih dahulu untuk bertemu rakan yang lain.
“Bagaimanapun, ketika berada di pangsapuri terbabit mangsa dirogol secara bergilir-gilir dan suspek turut mengugut akan menyebar video perbuatan itu kepada pelajar lain sekiranya mangsa enggan menuruti kehendak mereka,” katanya.
Anbalagan berkata, mangsa menyatakan dia tidak mempunyai teman lelaki dan mendakwa itu kali pertama melakukan hubungan seks.
“Mangsa juga mendakwa dia tidak pasti mengenai kewujudan video aksi dia dirogol itu dan memberitahu tidak pernah melihatnya.
“Setakat ini, kita sudah menahan semua suspek terbabit dan mereka ini belajar di sekolah yang sama di kawasan Bayan Lepas dan bakal menduduki SPM,” katanya.
Menurutnya, semua suspek ditahan awal pagi, semalam dan mereka kini direman sehingga Isnin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.(BH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lagi pelajar rogol pelajar, Adakah salah sistem pendidikan kita yang tidak dapat melahirkan manusia berilmu dan berakhlak mulia? Atau golongan profesionalyang bertakwa?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails