Sunday, October 28, 2018

Arak, Rokok, Dilarang Jika Melancong Ke Pulau Boracay Ini. Mengapa?

Ingin kembali ke Pulau Boracay? Ini peraturan baharu yang perlu dipatuhi...
Menurut Setiausaha Alam Sekitar, Roy Cimatu, kekotoran di sekitar pulau itu berkurangan sepanjang usaha membaik pulih pulau yang cukup terkenal dengan pasir putih itu.

Ingin kembali ke Pulau Boracay? Ini peraturan baharu yang perlu dipatuhi...

DESTINASI peranginan popular yang pernah meletakkan Filipina dalam takwim pelancongan dunia, Pulau Boracay, kini dibuka semula selepas enam bulan ditutup seperti yang diarahkan Presiden Rodrigo Duterte.

Menurut Setiausaha Alam Sekitar, Roy Cimatu, isu pencemaran di sekitar pulau itu berkurangan sepanjang usaha membaik pulih destinasi yang cukup terkenal dengan hamparan pasir putih itu.

Sejak April lalu, Pulau Boracay tidak menerima kedatangan pelancong untuk membolehkan kerja-kerja pemulihan besar-besaran dibuat, termasuk mengatur semula sistem longkang, kumbahan serta mekanisme pembersihan menyeluruh.


Pembukaan semula Boracay memang berita baik untuk para pelibur antarabangsa. Namun perlu diingat, Boracay hari ini bukanlah Boracay yang dulu. Ada banyak peraturan baharu yang dikuatkuasakan demi menjaga kelestarian alam sekitarnya.

Antara yang digariskan adalah di hamparan pantainya tidak lagi dibenarkan aktiviti merokok, minum minuman keras, barbeku dan berpesta.

Pihak berkuasa juga hanya membenarkan sejumlah 19,000 pengunjung berada di pulau itu pada satu-satu masa. Sebelum ini, kedatangan pelancong ke Boracay pernah mencecah sehingga 75,000 orang.

Mahu tahu apa lagi peraturan lain? Infografik berikut boleh membantu anda beringat tentang perkara yang perlu dipatuhi:

Bidaan Equanimity perlu bayar deposit RM4.18 juta
Peraturan baharu di Pulau Boracay. - Astro AWANI 


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitu bahayanya arak atau minuman keras.. Sehingga di pusat peranginan popular yang pernah meletakkan Filipina dalam takwim pelancongan dunia di Pulau Boracay, pun dilarang mengambilnya seperti diarahkan Presidennya, Rodrigo Duterte. Pada hal Filipina bukan negara Islam atau negara umat Islam.     

1 comment:

Anonymous said...

Kat trengganu rakyatnya ramai ke masjid. Ada juga yang ke pantai. Tapi takda oktoberfest fest mcm kat selangor. Kat selangor mengajak minum arak. Kebanggaan puak penjilat bontot dap. Jadi ph banyak kaki fitnah terhadap pas dan islam. Ini musuh islam yang nyata.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails