Beliau berkata turut ditahan dalam Operasi Khas Samseng Jalanan bermula pukul 10 malam tadi hingga 8 pagi ini itu ialah seorang remaja berusia 15 tahun yang sudah tidak bersekolah dan tiga penuntut institusi pengajian tinggi.
"Mereka yang ditahan dalam operasi itu berusia 15 hingga 26 tahun dan semasa operasi berkenaan kumpulan berkenaan sedang berlumba haram serta turut melakukan pelbagai aksi berbahaya seperti menundukkan badan, menunggang secara bersilang serta meniarap di atas motosikal dari arah Plaza Tol Bagan Ajam sehingga ke Terminal Kontena Butterworth Utara sebelum berpatah balik.
"Ketika ditahan ada yang cuba melarikan diri dengan memecut laju namun gagal kerana pihak polis terlebih dahulu mengepung kawasan berkenaan. Mereka melakukan pelbagai aksi yang bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri tetapi juga pengguna jalan raya yang lain," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata semua mereka termasuk remaja perempuan yang sudah tidak bersekolah dan bekerja sebagai pembantu kedai serbaneka itu di reman bagi membantu siasatan.
Sementara itu, Noorzainy berkata polis menahan seorang lelaki berusia 60 tahun kerana menyamar sebagai pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menyamun terutama warga emas yang tinggal sendirian di rumah di kawasan kampung sekitar daerah SPU.
Remaja perempuan tersebut ditahan bersama 12 yang lain dalam Operasi Khas Samseng Jalanan bermula pu Remaja perempuan tersebut (kanan) ditahan bersama 12 yang lain dalam Operasi Khas Samseng Jalanan bermula pukul 10 malam tadi hingga 8 pagi tadi. - Foto media sosial
 Beliau berkata lelaki itu ditahan di Nibong Tebal pukul 5.45 petang semalam selepas kira-kira lima jam dia menyamun seorang warga emas berusia 78 tahun di Pajak Song sehingga wanita berkenaan patah paha kanan kerana suspek menyerangnya apabila mahu mengambil rantai tangan emas milik mangsa.
"Siasatan polis mendapati lelaki itu terlibat dalam empat kes menyamar pekerja TNB untuk menyamun sejak bulan lepas di daerah SPU dan beberapa kes di Seberang Perai Selatan (SPS) serta Kulim, Kedah. Suspek menggunakan kereta jenis Perodua Axia dan memaklumkan dari TNB untuk memeriksa elektrik di dalam rumah sebelum menyamun," katanya.
Beliau berkata lelaki itu menggunakan senjata pemutar skru untuk mencederakan mangsa dan susulan penahannya polis merampas pelbagai barang dipercayai hasil kegiatan jenayah suspek antaranya dokumen peribadi mangsa, beg tangan, dompet serta sejumlah wang.
Lelaki yang mempunyai tujuh rekod itu kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan, katanya. - Bernama