Ilhan Omar, pe­­la­rian Somalia diyakini terpilih menjadi anggota Dewan Perwakilan AS sebagai calon parti Demokrat dari Minnesota.
Seorang lagi, Ra­shida Talib, petugas sosial berketurunan Palestin dan dilahirkan di Detroit dijangka memenangi kerusi dewan berkenaan tanpa sebarang tentangan.
Kedua-duanya dilantik ketika sentimen dan retorik antipelarian serta anti-Islam di negara ini memuncak.
Penyertaan kedua-dua wani­ta itu dalam Kongres menjadikan jumlah penduduk Islam dalam Kongres kepada tiga orang termasuk ahli Kongres, Andre Carson, berketurunan Afrika-Amerika.
Andre yang mewakili Demokrat di­ja­ng­ka mempartahankan keru­sinya di Indiana.
Pilihan raya tersebut dijangka menjadi peristiwa penting yang memperlihatkan pertentangan terhadap peningkatan sentimen anti-Islam di seluruh negara.
Majlis Perhu­bu­ng­an Amerika-Islam (CAIR) melaporkan jenayah kebencian dan an­ti-Islam di negara itu meningkat se­banyak 21 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Ilhan dan Ra­­shida telah menempatkan diri dalam lingkungan pertentangan terhadap retorik Presiden Donald Trump dan parti Republikan.
Kedua-duanya merupakan sebahagian daripada se­jarah pelbagai calon berda­sar­kan kaum, jantina dan sek­sua­liti dalam memberi ca­baran ter­ha­­dap anggota Re­publikan. – AFP