Friday, September 07, 2018

T'ganu: Hadiah RM150 Ribu TFC III, &RM50 Ribu TFC IV


SUKAN
KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri bersetuju menghadiahkan RM150 ribu kepada Skuad Terengganu Football Club (TFC) III dan RM50 ribu kepada  TFC IV.

Sementara itu, pemain TFC III dihadiahkan sebanyak RM2,000 seorang manakala pemain skuad TFC IV RM1,000.
Keputusan itu telah dibuat oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri  Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam Majlis Kesyukuran sempena meraikan kemenangan mereka. TFC III menjadi johan dalam Piala Presiden manakala skuad TFC IV naib johan dalam Piala Belia.

Sementara itu, beliau yang juga Menteri Besar Terengganu berkata, ianya adalah tanda keprihatinan atas semangat mereka yang membanggakan dan menjulang nama Negeri Terengganu dalam sukan tersebut.

“Sememangnya pencapaian ini adalah satu perkara yang bukan mudah melalui tempoh latihan kecederaan, keletihan dan macam-macam sehingga mampu untuk mencapai kemenangan,
“Kita akan buktikan kepada seluruh rakyat Negeri Terengganu dan negara bahawa kita mampu melakukan sesuatu untuk mengekalkan kemenangan serta mencipta kemenangan yang lebih di masa akan datang,” katanya.



Beliau berkata demikian ketika berucap di Permata Ballroom, Permai Hotel pada semalam, Selasa, 4 September.

Kata beliau, ianya antara pencapaian terbaik dalam peluang meningkatkan karier, menimba pengalaman dan menambah kemahiran serta meningkatkan prestasi bola sepak bukan sahaja di negeri Terengganu tetapi dalam negara.  Tambah beliau, ia adalah sebahagian sumbangan kepada bola sepak negara selepas membuktikan prestasi baik pasukan dalam liga Malaysia.

“Saya juga mengambil peluang ini mengucapkan selamat maju jaya pada Skuad SUKMA Perak 2018 TFC III yang akan beraksi pada pertengahan bulan ini,
“Dan diharapkan kejayaan yang dicapai dalam Piala Presiden ini mampu dibawa ke SUKMA untuk merangkul pingat emas….Tiada yang mustahil.. awak  boleh buat,” ujar beliau kepada para skuad SUKMA.

 Sehubungan itu kata beliau, pihak kerajaan akan menyokong sepenuhnya segala aktiviti sukan terutama bola sepak yang mana sukan paling diminati di dunia khususnya rakyat di negeri Terengganu.

“Kesinambungan penstrukturan bola sepak Terengganu 2018 akan tetap kita teruskan dan kita bersetuju untuk mengekalkan pasukan TFC II sebagai fiden club,
“untuk memberi peluang kepada pasukan pelapis tTFC III dan TFC IV memajukan carier sebelum menjadi pemain professional dan berjaya,” tambahnya.

Justeru itu, beliau berharap sukan SUKMA tersebut mampu untuk mengeratkan silaturrahim dan memberi manfaat kepada semua. (IH)

3 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah kerajaan pakaturn badut penipu memang bagus,minyak petrol dh turun ke rm1.20.hutang peneroka felda dh di hapuskan.belajar sekarang dh percuma dan ptptn dh di hapuskan jd semua pelajar dapat biasiswa.guna lebuh raya pun seronok sebab dh tak perlu bayar tol.gst di sifarkan jd 0% di ganti dgn cukai murah gila sst 16%. Forest city di rampas dan di beri kepada rakyat malaysia.saham geely dalam proton di beli semula kerajaan malaysia dan proton jd kereta milik malaysia semula.tahniah....

Anonymous said...

Sifu PAS Mustafa Ali yang lama bersama Hadi, jatuh bangun PAS dan melalui pelbagai rakan2 taawun demi kejar kemenangan politik PRU.

Mustafa dibawa Hadi bertemu PM selepas kempen kingmaker UMNO PRU14 dimana Hadi membela Najib selar Mahathir hingga ejek Mahathir layak sbg doktor diklinik 1Malaysia diusia 93 tahun.

Hati terpaksa telan malu mengadap Mahathir uyk royalti minyak.

Mustafa Ali tidak melihat Manifesto PH sbg isu besar dan berpuashati dgn pencapaian PH dari segi perlaksanaan Manifesto dlm kekangan beban dan hutang kewangan yg ditinggal BN, usaha2 dan potensi perubahan menggalakkan utk tempoh 5 tahun dan usaha2 menyeluroh utk membantu rakyat bebanan kos hidup.

Beliau melihat legasi BN yang byk rosak perlu dibaiki dahulu.

Mustafa Ali juga bercakap dalam masa yang sama Hadi mohon rakyat Terengganu bersabar, perlu lebih masa dan ada yg boleh dibuat ada yang perlu tangguh Manifesto PAS Terengganu.

Lebih2 lagi byk Manifesto PAS Kelantan yang tak tertunai dari PRU11 lagi contoh Lebuhraya Rakyat, Stadium Mega, Air Kelantan dan perlaksanaan menyeluroh shariah.

Tuan Blog ini juga baru promosikan faktor2 menang PH olih Daim selain dari Manifesto. Cuma Tuan Blog, tidak habis cerita ttg legasi yg diambil alih PH kerosakan sistemik, keboborokan, bebanan hutang Najib hasil mencuri Khazanah negara dan sikap loyalti penjawat awam kpd Najib dari sindrom cash-is-king Najib.

Mungkin PAS mengambil tauladan dari Najib-factor marahnya pegundi2 kpd pencuri kerana UMNO sendiri letak Najib senarai hitam "unwanted list", apa2 pun Seri Setia dan Balakong maseh tunggu persembahan encore twin terror, Najib- Hadi.

Cuma apa pilihan terbaik PAS masuk BN atau BN masuk Pakatan Ikatan Gagasan Sejahtera (PIGS) selepas jemputan keMuktamar masing2 diedarkan?

Anonymous said...

Yeah... gaji minimun rm 2,500 telah pun di buat.tahniah.penuh satu troli la lepas ni bila shopping.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails