Saturday, September 08, 2018

“Sayang PH, Undilah PAS” – Dr. Halimah

“Sayang PH, Undilah PAS” – Dr. Halimah


"KALAU sayang Pakatan Harapan (PH), undilah PAS,” itulah rayuan terakhir calon PAS, Dr. Halimah Ali kepada pengundi menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, esok.

Beliau berkata undi itu adalah untuk memastikan PAS boleh memainkan peranan semak dan imbang kepada PH dan kerajaan Selangor supaya tidak tersasar daripada landasan pentadbiran yang sepatutnya.
“Sehingga kini, saya mendapat sokongan kuat dan mantap bukan sahaja daripada kepimpinan UMNO, tetapi juga daripada setiap komponen parti pembangkang yang lain.
“Kita (PAS) juga perlu seramai mungkin pengundi terutamanya daripada anak muda yang telah pun terikut arus deras Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang merasakan seolah-olah PH terlalu hebat, bagus dan akan melakukan magis.
“Semasa PRU14, pengundi memilih PH kerana merasakan mampu mengangkat suara rakyat dan semua masalah akan selesai tetapi selepas 100 hari (memerintah), rakyat masih ‘melarat’,” katanya.
Beliau memberi jaminan bahawa PAS mampu membawa perubahan dan melontarkan suara rakyat yang tidak didengari di peringkat bawahan selama ini, sekiranya diberi mandat.
Sementara itu, Dr Halimah hanya mempertaruhkan keyakinan 50-50 dalam memenangi kerusi DUN Seri Setia.
“Tidak dinafikan PH mempunyai kelebihan dari segi 3M (wang, jentera dan media) manakala PAS pula terpaksa mengeluarkan dana daripada poket sendiri.
“Namun keluhan rakyat selepas PH gagal memenuhi manifesto 100 hari menjadi kekuatan PAS untuk meraih undi,” katanya.
Dr Halimah berdepan calon PH Halimey Abu Bakar pada PRK Seri Setia, berikutan kekosongan kerusi itu selepas penyandangnya Prof Dr Shaharuddin Baharuddin meninggal dunia akibat kanser usus, 2 Ogos lalu. – BERNAMA

11 comments:

Anonymous said...

PrOoTt dmuka halimah..

Anonymous said...

Anti-klimaks betul dok tunggu encore twin terror taawun Hadi dan Najib bersama sedondon tak jadi. Mcm biasa u-turn, gamaknya.

Anti klimaks jugak posting Ibnu ni lepas berminggu2 suruh buktikan kebencian alih2 last suruh sayangi pulak.

Habis modal seks dan pelbagai x jalan, terpaksa reverse saiko pulak.

Kita tunggu je lah pilihan rakyat Selangor.

Anonymous said...

Ayuh sama-sama kita menyokong dan mengundi Dr Halimah dari PAS. Semoga Dr Halimah (PAS) berjaya menewaskan calon PH dan membuatkan terkejutnya puak PH untuk kali ke2. Takbiiir.....

Anonymous said...

Kesian tengok perayu undi Muslimah2 dok tgh hujan lepas jumaaat tadi disekitar Kelana Jaya bagi pamplet undi lepas solat.

Wala dan berkerja keras utk selamatkan Najib.

Anonymous said...

Allahuakbar....!!!!!

Anonymous said...

Tuan haji hashim ni memang istimewa orangnya sampai tertunggu tunggu budak2 terencat akal dapigs ni utk komen setiap artikel yang tuan haji hashim post.power betul!!!blog tuan haji hashim tak payah orang pas lawati pun sebab budak2 terencat akal dapigs ni yg meramaikan dan baca setiap artikel yg di post tuan haji hashim ni dgn minat. Terbaik..!!!!!

Anonymous said...

Kepada budak2 terencat akal DAPigs, jemput lagi hangpa punya kawan2.bg ramai lagi supaya blog tuan haji hashim jd blog no 1.lagi ramai lagi bagus,boleh aku gelak ketawa baca komen kanak2 terencat akal DAPigs ni.sebarkan....!!!!

Anonymous said...

INI JANJI KAMI!!!kami budak2 terencat akal pakaturn dapigs berjanji akan jadikan blog ibnu hasyim ni sebagai blog no 1 yg selalu di lawati orang.kami budak terencat akal pakaturn dapigs akan tunggu setiap artikel tuan haji hasyim dgn sabar supaya dapat komen dgn terencatya.kami sayang tuan haji hasyim,tu yang kami mai komen hari2 tu.sayang tuan haji hasyim..!!!

Anonymous said...

Sayang UMNO
Sayang MCA
Sayang Najib
Sayang Rosema
Sayang GST
Sayang 1MDB
Sayang perompak-perompak Negara
...UNDILAH PAS.

Bersama Ulama menyokong penyamun!

Anonymous said...

INI JANJI KAMI!!!kami budak2 terencat akal pakaturn dapigs berjanji akan jadikan blog ibnu hasyim ni sebagai blog no 1 yg selalu di lawati orang.kami budak terencat akal pakaturn dapigs akan tunggu setiap artikel tuan haji hasyim dgn sabar supaya dapat komen dgn terencatya.kami sayang tuan haji hasyim,tu yang kami mai komen hari2 tu.sayang tuan haji hasyim..!!!

Anonymous said...

sayangi beg birkin hijau!geng zero rasuah dah naik 1,sokong geng 71 rasuah...idup isle..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails