Thursday, September 06, 2018

Pengundi Cina, India Tidak Perlu Bimbang. Undilah Dr Halimah Ali.


PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) menyeru pengundi Cina dan India khususnya di Dun Seri Setia untuk memberi undi kepada calon Dr Halimah Ali.
Mereka tidak perlu bimbang dengan agenda PAS kerana Islam yang diperjuangkan adalah untuk kesejahteraan semua pihak.
Tiada sentimen rasis jika PAS menentang PH atau DAP kerana asas penentangan PAS adalah kerana ideologi yang diperjuangkan dan sikap yang ditunjukkan oleh mereka.
Dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, PAS bertindak sebagai sebuah pembangkang yang konstruktif dengan mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera.
PAS sama sekali tidak bersikap ekstremis dalam memperjuangkan agenda Islam sehingga menzalimi agama atau kaum lain.
Tawaran PAS yang terdapat dalam manifesto adalah kesejahteraan untuk semua pihak bukan terhad kepada orang Melayu semata-mata.
Ekoran daripada isu pelaksanaan hukuman sebat ke atas pesalah jenayah Syariah di Terengganu, PAS ingin tekankan bahawa ini adalah sebahagian daripada kaedah tatacara hukuman yang dijalankan dalam Islam dan perundangan negara.
Kaedah tersebut jauh lebih baik daripada apa yang diamalkan dalam hukuman sivil malah ia bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada pesalah dan juga rakyat.
Rakyat bukan Islam boleh menilai dengan adil malah PAS mengalu-alukan jika terdapat mana-mana pihak yang mahu mengadakan dialog tentang isu ini.
Begitu juga dalam isu pelaksanaan semula SST. Beban kos sara hidup dan barang-barang semakin naik. Semua rakyat yang berada dalam lingkungan B40 dan M40 tanpa mengira agama dan kaum terkena tempias dengan regim percukaian baru ini.
Oleh sebab itu, PAS mahu memperkenalkan sistem percukaian baru yang hanya memfokuskan kepada golongan super rich 1% hingga 3% dalam kalangan T20.
Kutipan cukai yang diperolehi daripada mereka akan diagihkan secara adil kepada rakyat berdasarkan keperluan sebenar.
Pengundi Cina dan India tidak perlu bimbang untuk mengundi PAS. Setakat hari ini, tidak ada lagi rakyat bukan Islam yang menetap di Kelantan dan Terengganu yang dipinggirkan disebabkan faktor agama atau kaum daripada kerajaan yang ditadbir oleh PAS.
Mengundi calon Dr Halimah Ali adalah sokongan kepada budaya politik matang dan sejahtera yang diagendakan oleh PAS. PAS yakin komitmen yang akan ditunjukkan oleh Dr Halimah Ali untuk membantu pengundi di Dun Seri Setia tanpa mengira agama dan kaum. Islam sejahtera untuk semua.
Sejahtera Bersama Islam
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat 
– HARAKAHDAILY 5/9/2018

9 comments:

Anonymous said...

Apa ni?!!patut calon pakaturn badut harporn halimey sijil palsu la yg patut di sokong.aku benci blog ni sebab bagi liputan ke pas saja.mana cerita kejayaan pakaturn badut harporn ni?ingat rakyat yg cukai murah sst 10% + 6% dh di laksanakan. Pasti harga barang mencanak canak 'turun'.aku benci blog sebab tak tunjuk keadilan peguam negara yg juga dulu mewakili joseph guan eng dgn phang li koon dlam kes banglo dgn bagi projek ke syarikat phang li koon.aku sangat la benci blog ni sebab tak tonjolkan kehebatan mirzan san miguel mahathir tuan punya petron yg baru saja di lantik bekal minyak ke kenderaan KERAjaan pakaturn badut harporn.last sekali kebencian aku dekat blog ini membara bila menteri kulinari pertahanan awam tak di beri liputan langsung di masjid syiah selatan thai.takbur!!! Salam sayang dari kami jerangkung pakaturn badut harporn.

Anonymous said...

Huh!!benci aku tak abis lagi ni.sebagai tunggul kayu jerangkung pakaturn badut harporn,aku mendesak berita puji pemimpin maksum pakaturn badut harporn ni di tonjolkan secara kerap di blog ni.mana dia kejayaan pakaturn badut harporn tunaikan janji manifestomato sehingga minyak petrol dh turun rm1.50. Alhamdullilah pemimpin penyelamat sudah tiba..antaranya mat zaza sabun dari khurasan.berita hutang ptptn dh tak payah bayar dh sekarang ni sebab tangguh bg gaji yg bawah rm4000 mana? Berita tol seluruh di hapuskan hasil usaha kuat pemimpin dan tokey2 tol kroni pakaturn badut harporn mana? Berita selepas menang pru hutang negara rm 1 trillion lepas sehari ja jd rm683 billion dan lepas beberapa hari jadi rm1trillon atas sebab kehebatan pemimpin maksum pakaturn badut harporn mana?berita projek ecrl di batal lepas beberapa minggu projek ecrl di kaji dan lepas beberapa minggu projek ecrl di batal lepad tu masih dlam kajian mana? Berita malaysia tak bayar sesen pun pampasan ke singapura utk projek hsr tapi 2 hari lepas tu rm 45 juta akan di bayar ke singapura mana?kenapa blog ni sembunyikan kehebatan dan kejayan pemimpin maksum pakaturn badut harporn kami??!!!takburrrr!!!!salam dh tak berapa nak sayang dari kami tunggul kayu jerangkung pakaturm badut harporn.

Anonymous said...

mmmm tkde org posting komen lagi ke.. mmm

Anonymous said...

memang tkde sapa bimbang pun dgn pas seri setia. tkada pun dasar pun yg blh dibuat. pembangkang kerdil di slngor.

tp amat rugi membazir undi kpd peembangkang kerdil. membazir itu saudara syaitan. maka jgn membazir bg undi kt pas.

undilah kerajaan selangor yg telah menunjuk prestasi cemerlang dlm pentadbiran.

kita pun tk sampaihati nk dgr kot2 nnti ada viral dunia pornografi calon pas seri setia atau yg seumpamanya. malu kita sebagai org melayu dn islam.

Puaka Rimba said...

Pru14 berhajat mahu tawan Selangor. Tapi tetap HAMPAS. Rupanya Lobai baru tersedar dari mimpi yg mereka hidup dikalangan orang kafir dan mengharap sokongan golongan ini. Tetapi percaya lah golongan kafir pun tidak rela mengadai undi demi sebuah Parti yang BERTA'AWUN dengan PENYAMUN. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Ada lagi Mamak ni? Ingat ramai nak tanya ada ke porno LGBT yang top diGernan boleh share.

Selaluje tersalah langkah strategi politik menang kan hati rakyat.

PAS melancarkan gema Darul LGBT dan menyegerakan hukuman rotan LGBT Lesbian diTerengganu sbg bahan kempen utama politik Seri Setia dgn ikut rentak dan ratib rakan taawun UMNO main sentimen Melayu.

PAS dan Harakah tunjuk kedangkalan politik sekelip mata, mintak maaf pulak bila sedari Darul LGBT itu ejekan dan momokan nama diraja Selangor Darul Ehsan. Tak kan calon yang bekas exco dua kali tak tahu sensitiviti Tuanku Sultan.

Ada hati lagi ke nak yakinkan pengundi2 Cina dan India ketaksuban PAS bersengkongkol dgn permainan racist UMNO? Pengundi Melayu dan akar umbi PAS pun rasa terhina rendahnya martabat politik PAS.

Inilah sebabnya, Hadi dan Taki sanggup jilat semula gulai kawah daging babi.

Puaka Rimba said...

Ada seorang Lobai tu, demi untuk mendapat sokongan undi kafir atas prisip " wal Harammu,wal halalku " rela merafak sembah walaupun tidak diundang ke majlis anjuran MCA demi suap undi. Ibarat kata bidalan," hidung tak mancung , pipi kerepot disrtong-sorong ".. Ini bukan lagi istilah seketul daging babi di dalam sekawah masakan. Ini dah tahu masak daging babi ,tetapi terus mentekedarah, JANJI KENYANG. Dasar Lobai Materialisme. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Wow...sejak bila dap dgn cina india dlam pkr masuk islam?mca sorang saja yg kafir dan lawan islam kt malaysia ni? Dap bubuh al quran,sunnah,itjmak dan qias dalam perlembagaan depa ka?suci sungguh dap ni...pemimpin pakaturn badut harporn memang maksum.

Anonymous said...

Ye lah...pakaturn badut harporn pun berminat tawan kelantan dgn terengganu tapi tak sampai 2 minit dh pancut. Kesian.....duduk bawah pakaturn badut harporn yg di kuasai cina india anti islam.ingatkan melayu pakaturn badut harporn lebih power berdakwah ke cina india anti islam rupa rupanya melayu pakaturn badut harporn pun dua kali lima anti islam.tunggul kayu pakaturn badut harporn dh ada tiket ke neraka dh.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails