Saturday, September 08, 2018

Meramal Keputusan Di Seri Setia..




HARI ini, hari mengundi bagi Dun Seri Setia setelah 21 hari tempoh berkempen. PAS dan PH, masing-masing mengatur strategi baru di Dun Seri Setia.
Maklumlah, tiada siapa lagi yang akan berkempen untuk hapuskan tol, turunkan harga minyak dan hapuskan GST. Kerajaan peringkat Persekutuan telah pun dipegang oleh PH.
Isu-isu yang timbul dalam PRK ini ialah mengenai siapakah calon yang lebih baik untuk mewakili kepentingan penduduk Dun Seri Setia. Apakah perkhidmatan yang mereka boleh kemukakan? Bagaimanakah undi Dun Seri Setia boleh memberikan perubahan kepada Kerajaan PH di Selangor dan di Malaysia?
Calon
Calon PAS, Dr Halimah Ali dilihat mengatasi calon PH daripada sudut calon yang lebih baik. Beliau berpengalaman sebagai Exco Kerajaan Selangor dan pernah menjadi wakil rakyat sebelum ini.
Beliau dilihat bersedia untuk ditemuramah dan memberikan pendapat-pendapat termasuk di televisyen. Beliau menjawab soalan-soalan sukar dengan jawapan yang amat mudah difahami seperti adakah PAS telah bergabung dengan Umno, isu bukan anak tempatan, isu keperluan PAS menghantar wakilnya ke Dun Selangor dan lain-lain.
Beliau juga dilihat mesra dan mudah mendekati dan didekati oleh penduduk.
Halimey Abu Bakar, calon PH dilihat kurang berani menjawab isu-isu semasa. Isu-isu Manifesto PH yang gagal ditepati, tentulah suatu beban yang berat untuk beliau tangani. Beliau lebih menekankan perlunya Dun Seri Setia menyokong beliau kerana beliau adalah wakil PH. Dan PH adalah kerajaan di Selangor. Jika rakyat Dun Seri Setia mahu kebajikan mereka lebih terjaga, pilihlah calon PH.
Kekuatan beliau betul-betul bergantung kepada kekuatan partinya sebagai parti yang menguasai kerajaan.
Parti
PH dilihat lebih dominan daripada PAS. PH pada kali ini turun sebagai mewakili Kerajaan Selangor dan Kerajaan Malaysia berhadapan PAS yang hanya ada satu kerusi di Dun Selangor.
PAS pula turun sebagai memastikan wujudnya elemen ‘check and balance’ di Dun Selangor. Pembangkang yang lemah di Dun Selangor adalah tidak baik untuk rakyat Selangor untuk jangka masa panjang.
Daripada aspek kebajikan, PAS sedia dikenali sebagai sebuah parti yang sinonim dengan kebajikan. Sama ada parti mereka menang atau kalah dalam pilihan raya di peringkat Negeri.
Jika Dr Halimah yang dipilih, ia bererti rakyat telah memberikan pertimbangan sewajarnya jika Adun yang mereka pilih bukan daripada parti yang menguasai kerajaan semasa.
PRK sebagai mesej kepada Kerajaan PH
Jika dilihat daripada aspek keseluruhan, PH ada segala kekuatan untuk memenangi PRK ini.
Namun, jika pengundi Dun Seri Setia memberikan kemenangan kepada calon PAS, Kerajaan PH akan terkejut daripada mimpi indah sokongan rakyat yang tidak berbelah bagi untuk mereka.
Lantaran PH pada hari ini terlalu kuat seperti BN suatu ketika terlalu kuat, suara golongan marhaen tidak lagi sampai kepada mereka.
Seperti yang disebut oleh Presiden PAS, jika dulu mereka senang ditangkap kerana mereka pembangkang, pada hari ini pula mereka senang dilepaskan daripada pertuduhan kerana mereka kerajaan.
Penutup
Sukar sekali meramal keputusan PRK ini. Secara di atas kertasnya, PH lebih dominan.
Namun, pengundi PH mungkin ingin memberikan teguran keras kepada parti pilihan mereka agar lebih memahami kesulitan hidup rakyat dengan tidak mengundi PH dalam PRK ini.
Jika begitu, peratus turun mengundi akan menurun secara drastik juga seperti di PRK Sungai Kandis.
ZAKARIA ISMAIL
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan Marang
8 September 2018 - HARAKAHDAILY 8/9/2018

18 comments:

Anonymous said...

ayuuhlah undi ph.

JGN UNDI PAS KERANA IA MEMBAZIR DI SELANGOR. TKDE KESAN APAPUN. KUATKN KERAJAAN PH SELANGOR.

MEMBAZIR ITULAH ADALAH SAUDARA SYAITAAAN!

Anonymous said...

Yang Anwar nak bertanding lagi tu tak membazir?
Ape la bodoh sangat..

Anonymous said...

Buktikan anda membenci sifat munafik pakatan syiah-liberal-kafir harbi yang telah menipu rakyat dengan pelbagai janji palsu , fitnah, putar belit, u-turn dan alasan dengan memulau dan menolak pakatan ke laut.

Buktikan anda cintakan Allah dan RasulNya dan yakin Islam membawa kesejahteraan, keadilan sosial, kebahagiaan dan keamanan kepada manusia, sokonglah dan undilah parti Islam PAS pimpinan ulama Islam.

Anonymous said...

Marilah kita semua mengundi parti Islam dan menolak pakatan liberal dan kafir harbi kerana puak liberal dan puak kafir harbi telah menghina Islam dan menafikan hak umat Islam.

Anonymous said...

3 kali PRU UMNO letak budget melebihi RM2 B duit curi nak ambil alih Selangor tak berjaya. PAS pun dapat limpahan kemenangan dan imbuhan exco dan lantikan politik lain bawah Pakatan Rakyat 2 penggal straight termasuk calon ini.

Cukup baik pengalaman kendalikan Kerajaan Negeri terbesar, terpenting, budget tak defisit dan reserve byk hingga kan tak nak lepas jawatan2 walau tarik diri dari Pakatan Bukan Islam. Terbukti, bila bersengkongkol dgn Penyamun Negara, PAS hanya menang 1 kerusi walaupun Presideng jadi pembela NO 1.

Mungkin Marang yalah kubu wala totok tak terjejas kerosakan negara, tapi pengundi2 diSelangor maseh tuntut janji Sg. Buloh ditepati.

Anonymous said...

Cukup-cukuplah barua dedak roket menfitnah parti Islam PAS kerana semakin banyak barua dedak roket menfitnah parti Islam PAS, kita menjadi semakin benci terhadap pakatan liberal-kafir harbi sebab kita cintakan Allah dan RasulNya.

Anonymous said...

Undi pas bermakna anda menentang ruu355. Mca penntang ruu 355 paling lantang. Mca dan umno kamceng woo. Ada babi. Sekawah gulai.kahkahkah

Anonymous said...

Cintakan allah dan rasul tapi sembah sistem undi? Huhuhu

Korang adalah parti sama sahaja dengan parti mca pkr umno dll. Sembah undi demi kuasa

Anonymous said...

anwar tk membazir.. utk persediaan dia teraju negara.. seri setia undi pas adalah membazir.. tk tambah nilai apapun.

ada faham ka

Anonymous said...

Harga minyak telah turun kepada RM1.50 seliter ? Tol telah dihapuskan?

Tepuuuk !

Kah kah kah kah Rakyat telah dikencing kaw kaw oleh pakatan syiah, liberal dan kafir !

Tepuuuk!

Dan rakyat masih beratur membayar minyak mahal, tol, ptptn dll kerana semua janji pakatan telah ke laut.

Tepuuuk

Malangnya anjing-anjing kurap ternakan abang besar roket masih membela pakatan menipu rakyat kerana anjing kurap tidak boleh hidup tanpa dedak cap roket.

Tepuuuk!

Anonymous said...

Woi barua-barua ternakan abang besar roket, mana semua janji pakatun? Sudah ke lautkah?

Anonymous said...

Pantang ibnu hasyim post artikel baru mesti pakaturn badut penipu dapigs ni mai komen.pakatun dapigs duk tetunggu artikel baru ke?seronok tengok pakaturn badut penipu dapigs terencat ni....

Anonymous said...

Pantang ibnu hasyim post artikel baru mesti pakaturn badut penipu dapigs ni mai komen.pakatun dapigs duk tetunggu artikel baru ke?seronok tengok pakaturn badut penipu dapigs terencat ni....

Anonymous said...

Jadi baik jangan jadi parti hantu ph.

Anonymous said...

Pantang ibnu hasyim post artikel baru mesti pakaturn badut penipu dapigs ni mai komen.pakatun dapigs duk tetunggu artikel baru ke?seronok tengok pakaturn badut penipu dapigs terencat ni....terencat terencat pun di bayar lumayan kot....untung...

Anonymous said...

Apa kena mengena jnji ph dgn orang yang tak pangkah ph?

Pegi la sibuk dgn janji ggasan sejhtera yang diketuai dan diasaskan oleh syiekh fadzir


Guna otakk sket.

Anonymous said...

Se terencat akal pun rba pakaturn badut penipu dapigs ni...di bayar lumayan wooo...untung la di dunia

Anonymous said...

“Dalam sekawah gulai daging yang dimasak penuh dengan daging yang suci dan diletakkan seketul daging babi didalamnya itulah perumpamaan kerjasama UMNO dan MCA”.

[Kenyataan PAS ogos 1980]


Allah balas cash! Ditunjukkan kebenaran di seri setia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails