Wednesday, September 05, 2018

Konon Tiada Bukti, Kes Guan Eng/Li Koon Tidak Diteruskan ..




KUALA LUMPUR: Pejabat Peguam Negara (AGC) tidak meneruskan pendakwaan kes rasuah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon berhubung pembelian lot tanah dan banglo, selepas mendapati bukti dikemukakan di mahkamah adalah lemah.
Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan AGC, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria, berkata beliau membuat kesimpulan itu selepas meneliti keterangan melalui siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan keterangan saksi pendakwaan di mahkamah serta ketika disoal balas peguam bela.
Beliau berkata, terdapat bukti baharu yang tidak dipertimbangkan sebelum ini dalam kes berkenaan.
"Saya membuat kesimpulan bahawa hasil pemeriksaan balas terhadap saksi pendakwaan, keterangan menyokong tuduhan pertama mengikut Seksyen 23 Akta SPRM dan tuduhan kedua mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dilemahkan secara substantif.
"Kesimpulan ini dicapai berdasarkan keterangan baharu yang timbul ketika pemeriksaan balas terhadap saksi pendakwaan.
"Selepas membuat kesimpulan itu, saya berpandangan bahawa saya mungkin tidak memenuhi tanggungjawab saya sebagai Timbalan Pendakwa Raya untuk membiarkan kes diteruskan selepas mengetahui kes itu tidak akan berjaya di akhir kes pendakwaan.
"Maka dengan itu saya membuat keputusan supaya pihak pendakwaan 'nolle prosequi' (tidak meneruskan pendakwaan) melalui tuduhan terhadap kedua-dua tertuduh mengikut Seksyen 254 Kanun Acara Jenayah (KAJ)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Mohamad Hanafiah berkata, keputusan tidak meneruskan pendakwaan dibuat tanpa sebarang pembabitan Peguam Negara, Tommy Thomas, sebaliknya beliau diberi tanggungjawab memutuskan representasi dikemukakan kedua-dua tertuduh pada 6 Julai lalu melalui pendekatan 'fresh eye' oleh jabatan berkenaan.
Timbalan Pendakwa Raya itu berkata, ia berikutan beliau tidak pernah terbabit dengan kes berkenaan sekali gus dipercayai akan dapat memberikan pertimbangan daripada perspektif baharu.
Katanya, beliau memaklumkan keputusan itu kepada Pengarah Bahagian Undang-Undang dan Pendakwaan SPRM, Datuk Masri Mohd Daud yang juga Timbalan Pendakwa Raya dalam kes rasuah itu ketika beliau (Mohd Masri) berada di Pulau Pinang pada jam 7.18 pagi kelmarin.
"Adalah perlu ditegaskan bahawa keputusan untuk memulakan atau menamatkan pendakwaan adalah kuasa dan budi bicara Pendakwa Raya, ...dalam kes ini saya merahsiakan keputusan saya hingga ke saat akhir dan tidak merujuk kepada agensi penyiasatan kerana bimbang ia akan dibocorkan dan menyebabkan gangguan tidak diingini.
"Bahkan keputusan saya ini adalah terlalu sulit dan saya sendiri hanya memaklumkan kepada Peguam Negara pada jam 9.44 pagi semalam.
"Saya ingin menegaskan bahawa saya membuat keputusan tanpa pengaruh luar... malah ada firma guaman yang mewakili pengadu menghantar surat membantah cadangan untuk menggugurkan tuduhan itu," katanya.
Mohamad Hanafiah berkata, beliau bagaimanapun menjawab surat itu dengan menyatakan keputusan dibuat berdasarkan bukti sedia ada berlandaskan undang-undang tanpa sebarang pilih kasih.
Beliau berkata, walaupun pihak pendakwaan memohon kepada mahkamah untuk satu perintah pelepasan tanpa pembebasan, mahkamah bagaimanapun memutuskan supaya kedua-dua tertuduh diberi pembebasan penuh.
Timbalan Pendakwa Raya itu menjelaskan, keputusan mahkamah itu dibuat berdasarkan permohonan pihak pembelaan mengikut Seksyen 254(3) KAJ.
Mohamad Hanafiah turut menegaskan, keputusan untuk nolle prosequi bukan sesuatu amalan yang luar biasa dan ia diamalkan dalam kes lain apabila menerima representasi daripada peguam dan selepas menemui keterangan baharu atau apabila keterangan menjadi lemah selepas diperiksa balas oleh pembelaan.
Pada prosiding semalam di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail melepas dan membebaskan Guan Eng dan Li Koon selepas bersetuju dengan pihak pembelaan bahawa tuduhan itu tidak boleh dibiarkan tergantung begitu sahaja ke atas kedua-dua tertuduh selama-lamanya.
Pada 30 Jun 2016, Guan Eng mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan rasuah membabitkan penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan dan pembelian lot tanah serta sebuah banglo di Jalan Pinhorn di sini, di bawah nilai pasaran.
Bagi dua pertuduhan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Li Koon pula didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan, yang dibacakan bersama Seksyen 165 kanun sama kerana bersubahat dengan Guan Eng berhubung pembelian banglo itu.
Perbicaraan kes itu bermula pada 26 Mac lalu dengan 25 saksi sudah dipanggil memberikan keterangan, bagaimanapun ia ditangguhkan sementara untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Prosiding kemudian ditangguhkan lagi dan kedua-dua tertuduh membuat permohonan berasingan untuk menggugurkan tuduhan. (BH)

21 comments:

ted manoff said...

Yalah..yalahhh..Pas jerr yg bersih..

Anonymous said...

Al-hamdulillah. Atas sekali.
Cuma lu aja yang busuk hati terhadap PAS & Islam..
babitunggang, lebai kulup.

Ha ha ha

Anonymous said...

PAS boleh lantik Afandi bekas AG dan Zul Bini Orang exKP SPRM jadi lawyer utk saman balik AGC, LGE kerana tidak berpuashati keputusan mahkamah ini.

Motivasi utama PAS bersama UMNO yalah utk perangkap LGE dan sabit kesalahan ini kerana LGE yalah Menteri PH yang paling terserlah membongkar jenayah Klepto Najib sbg MOF.

Tugas PAS yalah membela dan menutup jenayah Klepto Najib.

Tiada bantahan sserupa PAS atau desakan kertas putih bila Klepto Najib dibersihkan NFA kes SRC, 1MDB, PAC enquiry atau kes CBT NFC kondo lembu RM250 juta digugurkan kes2 semua Kandahar yang sama representasi oleh AGC Afandi.

ikan said...

Takiyuddin muncul di pentas MCA di kawasan kejiranan Melayu di Taman Tun Perak, di mana beliau bercakap tentang keperluan untuk semakan dan imbangan. PAS menyokong MCA untuk pilihan raya kecil Balakong dalam semangat perpaduan pembangkang, yang disokong oleh presiden PAS Abdul Hadi Awang. cakap je la aku ni macai mca tak payah beralasan.. ha ha ha

Anonymous said...

Hadi dulu kata gulai kawah campur ketul daging babi, perumpamaan UMNO-MCA.

Hadi dan Taki tiada masalah tumpang semangkuk hirup balik gulai kawah tak halal tu demi "Unity Opposition".

Dalam bahasa pasar, lidah bercabang dan bapak segala Munafik utk bela Najib.

Minah2 Lesbian yang kena rotan diTrg tentu tertanya Mamak dua ekor ni patut kena rotan berat lagi kerana mungkir janji perjuangan dan uturn Amanat Hadi.

Pak asim said...

Pas penunggang agama bkn pejuang agama! Dah tua pun masih tk faham.

Kau nk kena tembak dgn pak asim ke?

Peng!! Penggg! Pengggg! Kebahhbooommm!"

Anonymous said...

Bani hasim ni memang bodooh...
Ade ker bukti tuduhan lge luluskan tukar syarat tanah zon pertanian sebagai balasan beli banglo?...

Pendakwaraya dah jelaskan akan kalah....

pendakwaan keatas lge hanye rekaan untuk susahkan lge dgn gunakan mahkamah oleh najib dan Apandir....buang masa dan duit rakyat...

Anonymous said...

Masih di dunia sudah terPANA PANA, di Akhirat kelak terSANGATLAH HINA
Masih di dunia sudah bercelaru, di Akhirat kelak pasti haru sayu
Masih di dunia dah termangu mangu, di Akhirat kelak Nabi tak aku

Anonymous said...

RUU355 adalah hantu bagi PH terutama pan dan mat sabu. Kerana itu juga mat sabu keluar pas kerana tghh bawa ruu355. Dap sangat tidak bersetuju dgn ruu355 dan pan jadi barua dap menentang ruu355 dan pas. Lidah sabu adalah lidah dap dan sabu juga bergantung harap dengan dap untuk survival politiknya. Tanpa dap, sabu adalah loser dan tidak menjadi menteri. Begitulah sabu, demi kepentingan peribadi, bersedia menjadi talibarut dap menentang ruu355. Makanan sabu adalah muntah kafirun, hina dan jijik.

Anonymous said...

Bekas ADUN PAS Selangor ditahan SPRM
Grace Aisyah Kedayan
3 Sep 2018, 9:31 malam (Dikemaskini 3 Sep 2018, 10:27 malam)

A A
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Selangor bagi membantu siasatan berkaitan salah guna kuasa berjumlah lebih RM50,000, hari ini.

Bekas ADUN wanita berusia 56 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5.50 petang di Pejabat SPRM Selangor ketika hadir untuk memberi keterangan.

Sementara, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan tersebut

Anonymous said...

Bani Hasyim takut bekas Adun pas masuk dalam...pas sifar rasuah...

Anonymous said...

munafik je yg bermain dgn 355 tnpa halangan tp xbuat. walaun ni dh kena pilkuda ke tk fhm2 yg pas bermain2 je dgn 355.

najib dh bg laluan. nsjib terlepas isu ini. pas yg sangkut sbb sengaja main2.

Anonymous said...

Mat sabu kluar Pas kerana muktamar 2015 lobai hadi guna chai pilih orang2 lobai saje...lobai pas ikut kaedah umno...mat sabu menentang rancangan hadi untuk kerjasama dgn umno...lobai pas dah baham duit najib..

Dewan rakyat cukup korum mp umno dan pas luk
Lus Ruu 355..tapi lobai hadi dan umno dah pakat sorok Ruu 355 untuk pru 15... Tonggang islam...

Anonymous said...

Memang hantu bila PIGS betaawun dedak jadi kingmaker dgn UMNO, hilang Hudud/RUU355/Amanat Hadi dari Manifesto PIGS.

Hantu meracau2 keluar PR kerana nak Hudud bersendirian tapi uturn pulak takda sape paksa

Anonymous said...

Mca penentang kust Ruu 355 pas...mca kecam pas guna isu lgbt...tapi lobai pas terhegeh2 nak kerjasama dgn babi cina mca....pas munafik..bodoo..

Anonymous said...

Pas penipu islam..

Anonymous said...

Yang sangat jelas mat sabu jadi barua dap

Anonymous said...

Jenuh kena minta maaf pada ahli pas yang dituduh munafiq oleh puak ni.

Anonymous said...

| Sejarah tercipta malam tadi selepas Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan membuat penampilan di majlis MCA untuk menyokong calon mereka Tan Chee Teong.

Ini berlaku walaupun sejarah panjang MCA menolak cita-cita PAS untuk menjadikan Malaysia sebuah negara teokratik.

Takiyuddin muncul di pentas MCA di kawasan kejiranan Melayu di Taman Tun Perak, di mana beliau bercakap tentang keperluan untuk semakan dan imbangan.

"Negara kita telah menghadapi tsunami politik, dan membawa perubahan kerajaan, dari peringkat persekutuan ke negeri-negeri. Kami menukarnya dari BN kepaa Pakatan Harapan.

"Ramai berpendapat Pakatan Harapan akan menjadi kerajaan yang baik, kerajaan yang boleh dipercayai dan kerajaan yang membawa harapan. Tetapi, ia sebenarnya kerajaan yang tidak mempunyai harapan dan menghancurkan harapan rakyat," kata Takiyuddin kepada hadirin.

Oleh itu, beliau menekankan konsep "semak dan imbang" yang dipromosikan oleh MCA, dan menggesa rakyat, bukan sahaja ahli dan penyokong PAS, tetapi semua rakyat dari Balakong untuk menyokong Chee Teong.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Takiyuddin berkata PAS menyokong MCA untuk pilihan raya kecil Balakong dalam semangat perpaduan pembangkang, yang disokong oleh presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata PAS telah mendedikasikan sumbernya untuk membantu calonnya untuk pilihan raya kecil Seri Setia dan hanya dapat membantu MCA sekarang.

Anonymous said...

Pas kena mintak maaf kpd melayu..

Anonymous said...

Pas kena mintak maaf kpd melayu..

September 5, 2018 at 11:54 AM
TUAN NI KETINGALAN BAS !!! PAS BUKAN PARTI MELAYU. PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) BANYAK MEMBACA
YA..CERAMAH POLITIK TAK MEMADAI TUAN2 YA..KALAU PILIH KEHIDUPAN MESTI MENGIKUT SYARIEA ISLAMIAH DAPATKAN MAKLUMAT YG SOHEH DR UST2 DAN ULAMAK YG DIPERAKUI KEABSAHANNYA..K..KENA ADA BEZA DGN ORG KAFIR ..MAKANAN PAKAIAN DAN JUGA KATA2 KITA TUAN2 YA..JADIKAN LAH YA ALLAH KAMI KALANGAN ORG BERIMAN ALQURAN/HADISH/IJMAK ULAMAK SEBAGAI REFERAN DAN PANDUAN KAMI DALAMI ALQURAN/TAUHID/TAFSIR DLL INSYAALLAH ...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails