Friday, September 07, 2018

'Kereta Camry buruk saya sahajalah kalau nak isytihar' - Halimah

'Kereta Camry buruk saya sahajalah kalau nak isytihar' - Halimah

PETALING JAYA: Calon Pas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, Dr Halimah Ali menegaskan, beliau tidak mempunyai masalah untuk mengisytiharkan harta.

Jelasnya, beliau sendiri telah melakukan perkara itu semasa menjadi exco Kerajaan Negeri Selangor.

Malah katanya, beliau hanya akan mengisytihar kereta miliknya sebagai tambahan kepada pengisytiharan harta yang dilakukan sebelum ini.


“Saya tiada masalah kerana sudah isytihar pun. Yang sudah ada terpampang, rakyat sudah tahu. Kereta Camry buruk saya sahajalah yang selepas jadi exco dilelongkan oleh kerajaan, itulah yang saya pakai sekarang. Itu sajalah kalau nak tambah. Kalau nak tahu nilainya, tahulah kereta 2013,” katanya dalam sidang media di Pusat Pentadbiran Pas Kawasan dan Pusat Khidmat Masyarakat PJ Selatan di sini hari ini.

Jelasnya, calon PH, Halimey Abu Bakar sepatutnya mengisytiharkan hartanya terlebih dahulu.

“Dia (Halimey) sahaja yang kena isytihar. Dia sebelum ini ahli majlis, maka adakah dia terlibat dalam kontrak, jadi untuk jadi wakil rakyat, maka rakyat berhak tahu serba serbi,” ujarnya.

Semalam, Dr Halimah mencabar Halimey untuk mengisytiharkan hartanya sebelum tiba hari pengundian.



Berita hangat

Video



Sinar TV

YouTube - 1 hari lalu




Astro Awani

YouTube - 21 Ogo 2018




Berita Harian Online

YouTube - 3 hari yang lalu




Astro Awani

YouTube - 16 Ogo 2018




beritanasionalrtm rasmi

YouTube - 16 Ogo 2018

Hasil carian web


22 comments:

ted manoff said...

Cubaan meraih simpati..nasib halimah akn sama seperti cikgu normala dijohor..aku xcaya langsung dgn org2 walaunta pas nii..mungkin halimah ada proxy utk elak harta dikesan..ingat wajib undi calon ph..kikiki..

Anonymous said...

Sokong PAS bermakna kita bersama-sama ULAMA menyokong:
1-Najib
2-Rosmah
3-1MDB
4-GST
5-Barisan Perompak Negara
6-MCA n MIC yang anti HUDUD.
7-UMNO yang pernah jadi musuh No 1 PAS era TGNA

Fikir-fikirkanlah.

Hidup NOPAS...UMNO+PAS !

Anonymous said...

INI PAKATURN BADUT PENIPU HARPORN LA..APA LAGI KAMI TAK TEPATI?!!10 JANJI 100 HARI SEMUA SUDAH TERTUNAI!!1.kuda tak kena sst 10% + 6% -dah dilaksanakan. 2.lantik syarikat minyak mirzan mahathir petron utk bekal minyak kenderaan kerajaan -dan ditunaikan. 3.penghapusan tol seluruh malaysia -dah dibuat. 4.minyak petrol dan diesel turun ke rm0.45 seliter -dah dilaksanakan. 5.tuduh najib samun 1mdb tapi dakwa dgn kes src international -dah di lakukan. 6.jual pegangan khazanah di singapura ke temasek holding -dah dikawtimkan. 7.pembantu kanan menteri terima rasuah bg pihak menteri -dah di ajar dgn baik. 8.tipu gst di sifarkan tapi dh jd sst cukai perkhidmatan 6% -dah dibodohkan. 9.perdana menteri dan kabinet dapur macam ahmad maslan -dah ditiru sebijik. 10.gaji minimum rm1.500.00 salah titik perpuluhan jd rm1.050.00 -dah boleh beli barang penuh troli lagi.tahniah di tipu dan juga sokong penyamun baru....

Anonymous said...

BUKTI KEPERIHATINAN PAKATURN BADUT PENIPU HARPORN!!!minyak petrol dh turun harga ke rm 0.32 sen seliter.boleh mandi minyak la woi.tahniah di tipu dan sokong perompak lama dan baru.....

Anonymous said...

Jangan dilayan komen titik begik babi tunggang lebai kulup di atas,dah habis modal ulang perkara basi.. Tembak lagi Pak Asim! Nampak dah kurang sikit meroyan!

Ha ha ha..Teruskab meroyan!!

Anonymous said...

Kalau Halimey adalah ahli majlis yang sebelum ini mengapa SPRM yang di kuasai Najib tak siasat sekiranya kekayaan dia diperolehi cara tak betul?

Malah masa itu Calon PAS adalah Exco... apa tak buat laporan kepada SPRM?

Enti PAS BODO said...

Mirzan dah tak ade saham lagi dlm petron...ko tertinggal bas nak buat fitnah...

Janji gst di hapuskan dan harga minyak stabil sudah ditunaikan..rakyat dah selesa...dg kandis sudah buktikan umno dan pas pemfitnah besar....

Anonymous said...

Bodoh oooi.ade bukti ker janji minyak turun?....muka surat berape buku manifesto PH janji minyak turun?...pemfitnah..

Enti PAS BODO said...

Bani hasim yg kena tembak hari2 hingga terjawab....hihihi...jenis kulit nuka tebal mcm najib dan lobai hadi..

Anonymous said...

Helah calon pas nak wujudkan isu...adun pas dah kena tangkap salah guna kuasa...

Anonymous said...


'Terima PAS bantu kempen, adakah MCA setuju sebat lesbian?'

7 Sep 2018, 5:08 petang (Dikemaskini 7 Sep 2018, 5:17 petang)

A A
PRK BALAKONG | Seorang pemimpin MCA menyuarakan ketidakpuasan hatinya mengenai keputusan partinya membenarkan PAS muncul di majlis kempen calon Balakong, Tan Chee Teong.

Menurut berbagai laporan akhbar berbahasa Cina hari ini, bekas pengerusi MCA Negeri Sembilan, Lim Chin Fui berkata terkejut dengan majlis itu.

Beliau berkata MCA sebuah parti berprinsip dan beliau tidak faham kenapa MCA menerima bantuan PAS untuk berkempen.

"MCA boleh bekerja sama dengan sebarang parti yang berkongsi ideologi yang sama, tetapi tidak dengan PAS, yang mana perjuangannya bertentangan dengan kami.

"PAS berhak melakukan apa saja tetapi MCA tidak boleh menerima parti yang berlainan ideologi itu.

Enti PAS BODO said...

Bukti pas boddoh...terhegeh2 nak cari kawan kunun nak kuatkan pembangang...kapir mca tak pandang pon...kulit muka lobai pas memang tebal tak rasa malu..

Anonymous said...

Kamu tak percaya pun pas tetap perjuangkan islam dari perjuangkan lgbt.

Anonymous said...

Mca boleh terima Pas bila Pas masuk mca...

Anonymous said...

Sokong ph bersubahat memperlekehkan hukum allah. Yg lain tak payah senaraikan sebab apa yg ada pada umno itulah dari ph.

Anonymous said...

Sokong ph bersekongkol perlekehkan hukum allah ini yg utama. Yg lain semua pemimpin ph dah buat sama aja bn dng ph.

Anonymous said...

Dr M: Tinjauan tunjuk rakyat puas hati 100 hari HARAPAN

Bernama
7 Sep 2018, 7:00 malam (Dikemaskini 7 Sep 2018, 7:01 malam)

A A
Satu kaji selidik persepsi mendapati, rakyat berpuas hati dengan pencapaian pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan selama 100 hari, namun ada beberapa aspek yang perlu diperbaiki dan ditambah baik, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata kaji selidik dalam talian membabitkan hampir 500,000 responden itu mendapati persepsi rakyat lebih banyak menunjukkan tanda positif berbanding reaksi negatif.

“Ada yang memberi pendapat, walaupun pentadbiran ketika ini tidak mencapai (kejayaan) apa yang mereka inginkan, namun mereka berpuas hati.

“Ada juga yang memberi reaksi negatif. Contohnya dalam isu pengangkutan, mereka tidak berpuas hati dengan jumlah perbelanjaan membabitkan MRT namun mereka menunjukkan reaksi positif kepada fasiliti dan kemudahan yang disediakan,” katanya.

Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Menara Yayasan Selangor hari ini.


Dr Mahathir berkata kaji selidik yang dibuat syarikat swasta itu juga mendapati rakyat tidak berpuas hati dengan pencapaian kerajaan dalam membanteras rasuah dan bertindak lebih agresif terhadap pemimpin yang didakwa terlibat rasuah dan penyelewengan.

Perdana Menteri menarik perhatian, kaji selidik itu juga mendapati rakyat berpuas hati dengan kejayaan kerajaan membatalkan undang-undang yang dilihat tidak adil sebelum ini dan pengenalan undang-undang baharu seperti Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Anonymous said...

Dah kamu penyokong yg bodoh rafizi janji ph menang hari ni besok minyak turun 1.50sen. Tapi paling teruk pemimpin ph berjemaah dengan kafir perlekehkan hukum allah.

Anonymous said...

Bani ph berjemaah dengan kafir perlekehkan hukum allah.

Anonymous said...

Takut ke nak istihar harta.

Anonymous said...

Pas tetap perjuangkan islam puak ph menentang dari yg islam berjemaah dengan kafir. Mca yg nak bekerjasama pas bantu atas dasar pembangkang tapi tidak bersetuju dasar masing2. Pas tidak macam ph bersama gadai perjuangan demi kuasa sebab tu pas tak terkilan keluar pr walaupun ditawarkan dengan kuasa.

Anonymous said...

Kerajaan bn dulu pun kata rakyat puas hati tapi tumbang jugak samalah dari 22th sekarang tambah lagi tetap anti pas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails