Wednesday, September 05, 2018

2 Perkara Pelik LGE Bebas Kes Rasuah

Hasil carian imej untuk 2 Perkara Pelik LGE Bebas Kes Rasuah..


HAKIM Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Yang Ariff Hadhariah Syed Ismail telah buat keputusan untuk melepaskan YB Lim Guan Eng daripada tuduhan rasuah melibatkan pembelian banglonya.

Menurut hakim, pelepasan Menteri Kewangan ini adalah “discharge amounting to acquittal” iaitu pelepasan yang juga merupakan pembebasan.
Ini bermaksud tertuduh iaitu YB Lim Guan Eng seolah-olah tidak bersalah ke atas tuduhan rasuah ini, lantas dibebaskan.
Ini juga bermakna YB Lim Guan Eng dibebaskan secara mutlak daripada pertuduhan rasuah ini dan kes ini tidak boleh dibuka semula dan dibawa ke mahkamah lagi pada masa akan datang.
Terdapat sekurang-kurangnya dua perkara yang pelik di sini: Perkara pertama, pihak peguambela hanya memohon “discharge not amounting to acquittal” atau “pelepasan yang tidak bermaksud tertuduh dibebaskan” iaitu permohonan supaya YB Lim Guan Eng dilepaskan namun bukan dibebaskan.
Ini bermakna kes ini boleh dibuka semula dan dibawa ke mahkamah pada masa akan datang. Walaupun sedemikian, pihak pendakwa raya daripada Pejabat Peguam Negara telah menyarankan untuk pertuduhan digugurkan terus, dan berdasarkan saranan pendakwaraya ini hakim mahkamah telah membuat keputusan untuk membebaskan Lim Guan Eng dan kes ini ditutup.
Perkara kedua, penghakiman hakim dan saranan Pejabat Peguam Negara dan pembebaskan Lim Guan Eng seperti di atas berlaku pada tahap proses perbicaraan yang terlalu awal di mahkamah.
Ini seolah-olah saranan pendakwa raya di atas dan keputusan mahkamah untuk membebaskan Lim Guan Eng dilakukan dengan tergesa-gesa tanpa perbicaraan lanjut yang mana sekurang-kurangnya 20 orang saksi lagi belum dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah.
Ini berbanding dengan kes 1MDB bekas Perdana Menteri dan kes banglo bekas Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Dr Khir Toyo yang mana proses pertuduhan dan perbicaraan di mahkamah berlaku dengan panjang lebar.
Jika sesiapapun yang bertaraf Menteri melakukan rasuah namun terlepas dan bebas daripada kesalahan tersebut oleh kerana beliau kenal Peguam Negara dan adalah bekas anak guam kepada Peguam Negara dalam kesnya, maka suatu kesongsangan undang-undang telah berlaku.
Ini bukanlah “Rule of Law” namun adalah suatu ketidakadilan dan masalah etika dan moral yang amat membimbangkan. Ia juga akan menyebabkan krisis kepercayaan kepada institusi Undang-undang Negara.
Dan lebih buruk lagi ia akan menggalakkan lebih ramai lagi perasuah dan ahli politik berjawatan tinggi dalam Kerajaan untuk terus mengamalkan rasuah kerana mereka tahu mereka boleh terlepas dengan mudah.-4/9/2018
Penulis Isham Jalil merupakan Presiden Sukarelawan Malaysia

9 comments:

Halimah said...

Betul la apa nk ditekejutkan pulak...sprm sendiri tidak punya saksi yg kuat..

Dalam tulisan pasal Lim Guan Eng semalam, ada yang tanya aku..apa beza dengan kes Khir Toyo ? Khir toyo pun beli rumah bawah pasaran.. Tu sebab hangpa tak faham.. Khir toyo dipenjara bukans ebab beli rumah murah, tetapi telah dibuktikan dalam Mahkamah dia sebagai Penjawat awam, sebagai MB menyedari hubungan mereka dalam kontrak Kerajaan..

Dalam Kes Khir Toyo Tuan punya Syarikat orang yang sama telah dbuktikan mendapat surat sokongan Khir toyo diatas projek projek Kerajaan Negeri..walaupun surat sokongan tu ditolak pengurusan PKNS, dari surat itu dibuktikan mereka ada hubungan dan sedar akan urus niaga tu...

Dalam Kes Khir Toyo.. Pemaju Syarikat sedar dia beli RM 6.5 juta..Jual RM 3.5juta.. dalam Kes Lim Guan Eng dibuktikan dalam perbicaraan awal.. Tuan punya rumah beli pada nilai RM 2.5juta.. jual RM 2.8 Juta.. bawah nilai tu cuma tafsiran mamak UMNO yg buat Tuduhan..

Dalam Kes Lim Guan Eng.. Bukan Pejabat Peguam Negara gugurkan kes, tetapi permohonan peguam Lim Guan eng representasi gugurkan kes.. Kenapa Peguam Lim Guan eng minta gugurkan kes ?

Sebabnya setelah berlaku perbicaraan awal..25 saksi pendakwaan dipanggil, tidak ada sorang pun saksi pendakwaan SPRM dapat buktikan ada hubungan, dan kepentingan Perniagaan dalam urus niaga pembelian hartanah tu.. dan Takda pun satu kaitan, surat sokongan dalam projek yg dikatkan..ia adalah proses Tender terbuka..bukan keputusan Lim Guan Eng..

Semalam gugur kes, ia adalah perbicaraan, Hujahan yang berlaku di depan Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail .. yang gugur kan kes bukan Pendakwaraya pejabat Peguam Negara..tetapi Hakim Mahkamah Tinggi.. Pejabat Peguam Negara minta LGE dibebas tanpa dilepaskan.. Tetapi Hakim tolak.. sebab Memang Pendakwaraya takda kes yang kuat..

Jadi tak payah kait dengan Tommy Thomas, Sebab permohonan ini dibuat, sebelum perlantikan Tommy Thomas..

Yang patut terkejut adalah SPRM, sampai 25 org saksi pendakwaan.. takda satu pun kes tu memihak pendakwaan..malah telah dibuktikan proses dan prosuder pembelian itu tak menyalahi mana mana Undang2.. malah saksi dari mamak UMNO hat buat report..dia sendiri tak dapat pastikan Nilai sebenar hartanah tu.. memang ini pendakwaan Bodoh yg buat kita terkejut..ia pendakwaan politik..

Apa pun Tahniah Lim Guan Eng.. :)kredit pada: zul buck

Puaka Rimba said...

Tahun ini memang sejarah tercipta. Umno tumbang setelah 61 tahun berkuasa. rekod bersih PAS yg dibanggakan tercemar dengan tindakan bekas adun yg terpalit dengan kepalatan pecah amanah. Muslimah pula tu.....mula tu ingatkan bekas adun DAP yg KAFIR. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Terima kasih Halimah said atas pencerahan.

admin ibnu ada apa apa bantahan? Jika tiada, jelas penulis artikel kaki putar alam spt admin ibnu the fuckker......cilaka!

Puaka Rimba said...

Dok meratib dan tuduh orang lain KAFIR, yg mengaku ISLAM pula Kantoi membelakangkan tuntutan agama islam itu sendiri. Dasar Lobai Auta Kencing Bercabang.

Anonymous said...

laghiiiiiiiiiiii pelik bin ajaib...RUMAH & CONDO NAJIB/ROS/ANAK....ADA HARTA 1.1BILLION HASIL TANGKAPAN POLIS....

NAJIB TAK DIREMAN?TAK PAKAI BAJU OREN?

Mana penulis lobai?oooooops takleh tulis....ado share!

Anonymous said...

Tembak lagi Pak Asim, babi tunggang lebai kulup makin meroyan teruk. Nama Halimah pon keluar. Sanggup mereka jilat dan pertahan juboq guan eng.

Ha ha ha

Anonymous said...

Katakan lah sangkaan buruk mengenai kes LGE ini adalah kerana ada kepentingan atau melibatkan politik.

Yang salah nya UMNO.

Dulu UMNO kawal dan ugut semua penjawat awam termasuk ketua:ketua Polis dan termasuk sekali Hakim-Hakim.

Apa sahaja perkara hendak di putuskan atau di kena kan tindakan mesti berpihak pada UMNO iaitu Kerajaan BN yang di puja oleh Lobai.

Bertahun hal tersebut terjadi sehingga penjawat awam tak perlu di beritahu apa yang mesti mereka lakukan. Sebagai contoh surat perisik kepada CIA mohon sokongan dan itu sebab jangan terkejut jika Najib jawab tak tahu. Memang dia tak tqhu. Yang dia tahu, perkara yang memenangkan UMNO mesti di buat.

Mungkin ini lah sindrom yang di alami oleh Hakim tersebut walau pun Kerajaan PH mahu membebaskan Malaysia dari sistem yang mencengkam penjawat awam.

Anonymous said...

Sudahade penjelasan pejabat peguam negara..tak perlu pelik dan terjejut lagi..

Anonymous said...

Ibnu hasyim kutip dari mana cerita jarut ni..ini aju bagi cerita sebenar dari laporan akhbar..

Guan Eng lepas tuduhan rasuah [METROTV]
MyMetroUtama

Audrey Dermawan
audreymd@nst.com.my


MAHKAMAH Tinggi Pulau Pinang, hari ini melepas dan membebaskan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah lot tanah dan banglo serta ahli perniagaan Phang Li Koon daripada dakwaan bersubahat.

Ia berikutan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Masri Mohd Daud melalui representasi dikemukakan pihak pembelaan kepada Pejabat Peguam Negara untuk menggugurkan tuduhan berkenaan.

Bagaimanapun, pada prosiding pagi ini, pihak pendakwaan memohon supaya Guan Eng dan Li Koon hanya dilepas tanpa dibebaskan oleh mahkamah.

Peguam kedua-dua tertuduh sebelum ini memohon anak guam mereka dilepas dan dibebaskan.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail dalam keputusannya, bersetuju dengan peguam bela bahawa tuduhan itu tidak boleh dibiarkan tergantung begitu sahaja ke atas kedua-dua tertuduh.

"Saya tidak boleh bersetuju dengan pihak pendakwaan... Mahkamah tidak menjalankan kes secara ansuran, mesti ada penamat dan bukan tanda koma, koma.

"Jadi selepas mengkaji keseluruhan kes dan masa yang lama untuk membuat keputusan, mahkamah memerintahkan kedua-dua tertuduh dilepas dan dibebaskan," katanya.

Sebaik mahkamah selesai bersidang Guan Eng, 58 memeluk Phang, 46.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails