Saturday, June 23, 2018

Halatuju Kewangan &Ekonomi Negara G/Eng Diragui. -Zakaria Ismail.




MUKADDIMAH
Antara hasrat besar rakyat Malaysia menjatuhkan Kerajaan BN dalam PRU14 adalah untuk melihat kewangan dan ekonomi negara yang lebih stabil, diuruskan dengan berhemah dan profesional. Dasar-dasar kewangan dan ekonomi negara juga diharap tidak akan disalahgunakan oleh golongan politik berkelas atasan bagi mendapat laba politik untuk parti pemerintah semata-mata, atau untuk peribadi mereka sahaja.
Lantaran itu isu salah urus dalam 1MDB, derma RM 2.6 billion, GST, kejatuhan Ringgit, kehilangan keyakinan pelabur di Bursa Saham, detailkontrak kereta api dengan Kerajaan China yang meragukan, kenaikan harga minyak dan barang keperluan menjadi isu-isu serius yang dibincangkan oleh rakyat Malaysia sebelum PRU.
Harapan rakyat, tanpa BN isu-isu ini akan segera diambil perhatian oleh kerajaan baru dan ekonomi negara akan dipulihkan dengan jayanya. Justeru, mengelakkan bencana negara kehilangan daya saing, atau lebih teruk negara 'muflis' jika terus kekal di bawah BN.
Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan
Langkah awal Kerajaan PH untuk memulihkan persepsi buruk pengurusan ekonomi negara ialah dengan mengumumkan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan.
Namun pelantikan LGE sebagai Menteri Kewangan yang baru ini telah mengundang persepsi berbeza daripada pelbagai lapisan masyarakat.
PH menganggap beliau calon paling sesuai kerana latar belakang beliau sebagai 'akauntan' dan 'tulang belakang' kepada pengurusan kewangan yang baik di Pulau Pinang.
Pandangan pengkritik
Namun ada juga yang mempersoalkan mengenai kewajaran Menteri Kewangan daripada bukan Melayu yang dibimbangi kurang cenderung untuk mengambil perhatian isu-isu kewangan yang menghimpit Bangsa Melayu dan Bumiputera yang merupakan majoriti rakyat Malaysia. Isu-isu ini adalah isu sebenar orang Melayu yang gagal ditangani oleh Umno, disebabkan dasar Umnoputra dan Ali Baba mendahului kepentingan orang Melayu dan Bumiputera.
Dan ramai juga yang mempersoalkan mengenai pertuduhan kes ke atas beliau yang sedang dibicarakan. Harapan rakyat, Kerajaan PH akan melantik Menteri Kewangan "yang bukan sahaja bersih dan berkemampuan, tetapi dia juga mestilah dilihat bersih." Slogan yang sering digunapakai oleh pimpinan PH sebelum berkuasa.
Lebih memilukan, Hakim yang mendengar kes LGE, Datuk Hadhariah Syed Ismail semasa mengulas permohonan Peguam LGE bagi menangguhkan perbicaraan beliau sehinggalah Peguam Negara baru yang akan dilantik memulakan tugasnya, dilaporkan berkata, "Ini adalah pertuduhan jenayah di mana tertuduh perlu hadir ke Mahkamah. Namun hari ini, salah seorang tertuduh mengangkat sumpah sebagai Menteri".
Ini memberikan isyarat yang tidak baik kepada tadbir urus negara. Iaitu PH sebagai pihak eksekutif bebas untuk campur tangan dalam urusan pihak Kehakiman, saling tak tumpah seperti era BN.
1MDB: Menteri Kewangan sebagai pendakwa, hakim dan pengkritik utama Najib 
Sejurus selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Kewangan, LGE memanggil Pegawai-pegawai Utama 1MDB pada 23 Mei untuk mendapatkan penjelasan mengenai kes tersebut di atas kapasiti sebagai Menteri Kewangan. Ini adalah baik.
Malangnya, beliau seterusnya membuat sidang media dan mendedahkan maklumat-maklumat yang lebih mengejutkan mengenai 1MDB. Kesimpulannya, Najib dan Kerajaan BN memang jahat.
Dengan itu, beliau telah berperanan sendirian sebagai pendakwa dan hakim. Di samping mengekalkan kedudukan beliau sebagai pengkritik Nombor Satu 1MDB.
Ini adalah sangat bertentangan dengan falsafah 'natural justice' dalam bidang perundangan. Tertuduh didakwa dan diputuskan salah oleh majikan barunya yang telah lama menampakkan 'permusuhannya'.
Kesan kepada pasaran Saham 
Tindakannya itu dilihat popular di dalam komuniti politik.
Tetapi sangat tidak popular dalam komuniti perniagaan dan pelaburan. Menteri Kewangan baru PH ini dilihat terlalu naif kerana tidak menyedari bahawa kenyataan yang dibuat di atas kedudukan beliau sebagai Menteri Kewangan adalah sangat sensitif kepada sentimen pasaran.
Saham di Bursa Malaysia jatuh. Pelabur dilihat mula menarik keluar pelaburan mereka daripada Bursa Saham dengan nilaian berbillion Ringgit.
Kesilapan 'novice' LGE, turut mendapat 'kritikan mesra' daripada Datuk Kadir Jasin. Pegawai media Kerajaan baru PH.
Hutang RM 1 Trillion
Seterusnya, Menteri Kewangan mengisytiharkan hutang negara hampir mencecah RM 1 trillion. Kata beliau, Menteri Kewangan yang lepas telah memanipulasikan angka kewangan negara yang sebenar dengan teknik 'creative accounting'.
Di mana hutang negara yang sebenar menurut beliau berjumlah RM 1 trillion. Bukannya RM 686.8 billion seperti yang diumumkan oleh kerajaan terdahulu.
Kerajaan BN yang lepas, masih terus menjadi 'budak belasahan'nya pada era PH telah pun membentuk Kerajaan Persekutuan.
Angka inilah yang agaknya telah dimaklumkan kepada Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri. 'Kelat' sekali wajah Tun Mahathir apabila mengisytiharkan hutang negara sebenarnya sebanyak RM 1 trillion dalam satu sidang medianya. Sedih dan terlalu di luar jangkaan Perdana Menteri.
Rupanya, hutang negara yang dikira oleh Menteri Kewangan yang baru tidak memakai praktis standard pengiraan hutang negara oleh Bank Negara dan banyak Bank-bank Pusat yang lain. Praktis standardpengiraan hutang negara hanyalah Hutang Rasmi Kerajaan. Kiraan sepatutnya tidak termasuk liabiliti 'Komitmen jaminan hutang oleh kerajaan'.
Akhirnya pada 26 Mei, Kementerian Kewangan membuat siaran media bahawa hutang rasmi negara hanyalah sebanyak RM 686.8 billion, iaitu 50.8 peratus daripada KDNK. Namun 'Komitmen jaminan hutang oleh kerajaan' yang berjumlah RM 199.1 billion turut diambil kira sebagai hutang Kerajaan Persekutuan, menjadikan totalnya sebanyak RM 885.9 billion, iaitu 65.4 peratus daripada KDNK.
Oleh itu kewangan negara berada pada tahap yang mencemaskan!
Rupanya jumlah RM 1 trillion adalah pengiraan secara 'loncong' atau mudah disebut sahaja, bukan nilai sebenar. Jumlah sebenar Hutang Rasmi Negara dicampurkan sekali dengan 'komitmen jaminan hutang oleh kerajaan' pun taklah sampai berjumlah RM 1 trillion.
Sungguh menyayat hati, Menteri Kewangan baru PH bercakap mengenai data kewangan negara seperti penjual borong di Pasar Besar Selayang sahaja.
Inilah 'creative accounting' bentuk baru Menteri Kewangan yang baru menggantikan Datuk Seri Najib.
Pengisytiharan hutang negara yang terlalu tinggi ini, sekali lagi menghakis keyakinan pelabur asing mengenai keupayaan Kerajaan Malaysia menguruskan dan melunaskan hutangnya dengan baik.
Tabung Harapan
Malangnya, Lim Guan Eng tidak mahu menarik balik kesilapannya mengenai fakta hutang negara.
Walaupun beliau mengaku Hutang Rasmi Negara adalah RM 686.8 billion, tetapi beliau tetap mempertahankan kenyataan awalnya dengan menegaskan 'hakikat sebenar' hutang negara adalah RM 1 trillion.
Lebih daripada itu, beliau mengambil langkah politik berbentuk populis iaitu menubuhkan 'Tabung Harapan' untuk mengutip derma daripada rakyat Malaysia yang 'patriotik'. Siapa yang menderma akan diberi tanggapan 'sanggup berkorban untuk negara' dan 'sayangkan negara'.
Bahkan, ada juga Mufti dan Agamawan yang sampai terheret dengan strategi populis ini. Mereka juga mahu menunjukkan semangat patriotik mereka kepada negara dengan menderma kepada Tabung Harapan secara terang-terangan dengan wajah yang tersenyum simpul.
Rakyat yang telah menghadapi pelbagai kesukaran ekonomi pada era Kerajaan BN, sekali lagi diheret untuk sama-sama memikul beban yang sepatutnya boleh diuruskan dengan baik oleh Kerajaan PH.
Sepatutnya Kementerian Kewangan menunjukkan usaha yang lebih serius bagi mendapatkan semula aset-aset dan duit penyelewengan dana 1MDB dan lain-lain, bagi mengurangkan beban hutang negara yang sebenarnya tidak mencecah RM 1 trillion itu.
Itulah hasrat Perdana Menteri di dalam satu sidang media beliau selepas kemenangan PH. Dan ia adalah hasrat sebenar rakyat Malaysia. Rakyat tidak mahu lagi disusahkan.
Malangnya, Menteri Kewangan hanya suka bermain 'creative accounting' dan memanipulasi angka. Suatu yang kita tidak jangka akan berlaku lagi pada zaman pentadbiran PH.
Sekali lagi langkah bersifat populis ini, menghakis keyakinan pelabur tentang keupayaan Kerajaan baru dalam menguruskan pembayaran balik hutang negara. Pelabur melihat kerajaan baru berdepan dengan masalah hutang negara di luar kawalan dan kemampuan kerajaan, sehingga terpaksa merayu belas ihsan rakyat memberikan sumbangan langsung di atas nama 'derma'.
Berbillion Ringgit pelaburan asing terus keluar daripada pasaran Malaysia.
Mendapat modal besar untuk tidak melaksanakan manifesto  
Hutang negara sebanyak 'RM 1 trillion' itu betul-betul diangkat tinggi sebagai sebab utama atau 'excuse' untuk menangguhkan beberapa Manifesto 100 hari PH.
Menguruskan Kementerian Kewangan sepatutnya tidak boleh terlalu mengejar kepentingan politik kepartian. Dasar CAT yang kononnya dipegang oleh Menteri Kewangan yang baru sudah di'capati'kan sejak bulan pertama menjalankan tugas rasmi.
Ungkapan masyhur rentetan daripada itu ialah, "Kita nak buat, tapi BN tinggalkan hutang yang terlalu besar. Berikanlah kami tempoh yang lebih panjang". "Hari ini berkahwin, bukan besok terus dapat anak".
Hasilnya, tol belum lagi dihapuskan. Hanya diberi diskaun 50 peratus selama 2 hari. Minyak RON95 dikekalkan tinggi seperti era BN. Minyak RON97 meningkat melampaui harga pada zaman BN. Pelajar yang berhutang dengan PTPTN dan belum mendapat gaji RM 4000, terpaksa juga terus membayar komitmen bulanan seperti era BN.
Tak apalah, rakyat Malaysia tetap dapat menonton siaran langsung Piala Dunia di RTM dengan belanja RM 30 juta. Tajaan Air Asia dan Maxis, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia.
Kejatuhan Indeks KLCI di Bursa Malaysia
Pada 18 April 2018, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) mencapai tahap tertingginya mencapai paras 1895.18 mata.
Selepas PRU ke-14, ia semakin menurun.
Kelmarin, 21 Jun 2018, jam 12.30 tengah hari, Indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut di bawah paras kritikal 1,700 apabila kehilangan 18.47 mata kepada 1,691.28.
Ini merupakan paras terendah yang pernah dicatatkan sejak 8 Feb, 2017 apabila FBM KLCI ditutup pada 1,688.50. Kejatuhan lebih 203.9 mata menyusut sejak mencapai paras tertinggi.
BN sudah tiada. Kita harap Menteri Kewangan PH lebih menumpukan tumpuan untuk menjadikan Malaysia Baru lebih mesra pelabur seperti yang dipertegaskan oleh Perdana Menteri sebelum ini.
Bukan masih lagi masih seronok ber'silat pulut' mempromosikan Tabung Harapan semata-mata.
Nilai Ringgit
Selepas 10 Mei 2018, Ringgit berbanding US Dollar ialah 3.9670. Pada 21 Jun, Ringgit semakin lemah, Ringgit berbanding USD ialah pada 4.0120.
Penganalisis Ekonomi di DBS Group meramalkan Ringgit akan menyusut sehingga 4.20 pada akhir tahun ini.
Kelemahan Ringgit ini akan menjejaskan ekonomi negara secara signifikan kerana Malaysia banyak mengimport barang-barang keperluan dalam negara daripada negara-negara luar. Jika berlaku begitu, kenaikan harga barang adalah mungkin lebih teruk daripada era GST.
Rizab Negara menyusut
Dakwaan PH sebelum pilihan raya ke-14, bahawa berada pada paras kritikal menuju muflis akhirnya tersangkal dengan nilai Rizab Negara yang masih kukuh.
Namun yang membimbangkan kita ialah Rizab Antarabangsa Bank Negara mengalami trend 'menyusut' sejak PH mengambil alih Putrajaya.
Pada akhir April, iaitu sebelum PRU ke-14, Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah USD 109. 524 billion.
Pada 31 Mei 2018, iaitu sejurus selepas PH memenangi PRU, ia menyusut kepada USD 108.5 billion. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.6 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Terbaru, Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah USD 107.9 bilion pada 14 Jun 2018. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.5 bulan import tertangguh dan 1.0 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Kejatuhan nilai pelaburan KWSP
Pada 18 Jun 2018, Pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di dalam 10 Syarikat Tersenarai Awam (PLC) jatuh 12 peratus pada bulan pertama pemerintahan Pakatan Harapan (PH) di Putrajaya, demikian lapor The Edge Markets.
Jumlah kejatuhan nilai ialah RM 6.09 billion. Iaitu kejatuhan kepada RM 45.12 billion daripada RM 51.21 billion di dalam nilai pelaburan.
10 Syarikat Tersenarai Awam itu ialah yang Cahya Mata Sarawak Bhd (CMS), Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB), IJM Corp Bhd, Gamuda Bhd, Telekom Malaysia Bhd (TM), Axiata Group Bhd, Tenaga Nasional Bhd (TNB), CIMB Group Holdings Bhd, Malayan Banking Bhd (Maybank) dan Genting Plantations Bhd.
RM 6.09 billion hilang tak sampai sebulan selepas pertukaran kerajaan. Sedangkan Tabung Harapan baru saja mencecah RM 74, 695, 510.12 pada 17 Jun baru-baru ini.
Kesimpulan 
Kerajaan PH dilihat bergelut menguruskan ekonomi negara sekalipun dibarisi oleh individu-individu yang dilihat sangat berkemampuan menguruskan ekonomi negara.
Mungkin kita perlukan Menteri Kewangan yang baru.
Imej LGE dalam sebulan ini lebih dilihat sebagai penyiasat yang cekap dan tegas di Kementerian Kewangan. Bertugas untuk membongkar penyelewengan Kerajaan BN 'at all cost'. Bukan sebagai Menteri Kewangan.
Imej LGE itu sangat tidak mesra pelabur. Setiap kali LGE muncul di media, pelabur dan komuniti perniagaan gusar dan bimbang dan ketidak-tentuan yang mungkin dicetuskannya.
Mungkin Tun Mahathir sendiri boleh mengambil alih. Atau seorang daripada Majlis Penasihat Kerajaan dilantik sebagai Senator. Atau mungkin bertukar portfolio dengan Dato' Seri Azmin.
Kerajaan PH perlukan Menteri Kewangan yang lebih cekap untuk menjayakan Malaysia Baru yang diharapkan oleh semua rakyat Malaysia. Ini adalah misi yang mesti diutamakan oleh Kerajaan PH.
Kuota parti komponen PH dalam Jemaah Menteri tidak sepatutnya sampai menggadaikan masa depan ekonomi negara yang lebih stabil dan mampu bersaing. 
ZAKARIA ISMAIL
AJK PAS Kawasan Marang
22 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 22/6/2018

11 comments:

ted manoff said...

ZAKARIA ISMAIL
AJK PAS Kawasan Marang
22 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 22/6/2018


Tuan ibnu buat lawak lagii kerr...kahkahkah..lawak sungguh pak lobaii kita nii..kikiki..:-D

Anonymous said...

Zakaria ismail ni adalah bekas penasihat ekonomi jepun tahun 30an. Dia sgt cekap mengurus ekonomi. Ada 3 phd. Jgn main2

Anonymous said...

2 komen di atas.
Meroyan & fitnah oleh barua PH.

Anonymous said...

Haram kerja dgn syarikat kafir kata tuan Ibrahim tuan man.arah berhenti kerja. Ini pemimpin yg walaun banggakn? Stupid! Pas memalukan islam!!

Anonymous said...

Kamu yang fitnah, bukan Tuan Ibrahim kata begitu. Kamulah anjing tungang DAP.

Anonymous said...


Anjing-anjing buruk kepala ternakan abang besar biaDAP adalah anak-anak dajal yang sibuk mencipta dan menyebarkan pelbagai fitnah untuk memfitnah dan memburuk-burukkan ajaran Islam, ulama Islam, jemaah Islam seperti PAS dan umat Islam kerana agama Islam dan umat Islam gigih menentang kemungkaran dan kesesatan yang diperjuangkan oleh parti kafir harbi biaDAP dan khadam-khadam sekular liberal biaDAP.

Maka kita tidak terkejut melihat anjing-anjing bercawat ekor sentiasa menulis komen jahat berunsur fitnah untuk menghasut rakyat menentang, membenci dan menolak ajaran Islam dan perjuangan Islam. Bahkan mereka menghina kaum Melayu Islam konon tidak bermoral.

Malangnya terdapat segelintir Melayu jahil murakkab sanggup menjadi tunggangan biaDAP menentang agama Islam, umat Islam dan kaum Melayu Islam sendiri.

Anonymous said...


Kebangangan penyokong dan pengundi pakatan mencapai kemuncaknya apabila mahafiraun dan abang besar biaDAP dilantik menjadi pm dan menteri mof walaupun mereka pernah dikaitkan dengan pelbagai sekandal berskala besar semasa mereka mereka berkuasa dahulu!

Nampaknya penyokong dan pengundi pakatan menyokong dan mengundi pakatan secara membabi buta tanpa sebarang rasional. Akibatnya sekarang ekonomi negara merundum setiap hari dengan kerugian berbillion ringgit, harga barang meningkat dan beban rakyat bertambah kerana pemimpin-pemimpin pakatan tidak pandai mentadbir negara.

Pemimpin-pemimpin pakatan hanya layak menjadi pembangkang sahaja kerana mereka mempunyai mentaliti pembangkang yang suka menyalahkan pihak lawan seperti PAS dan UMNO dan pada waktu yang sama mereka tidak mempunyai sebarang penyelesaian atau mekanisma yang berkesan atau cekap untuk menyelesaikan masalah negara yang sedang meruncing.

Tetapi yang paling malang ialah penyokong dan pengundi pakatan yang hanya mampu menelan kahak sahaja selepas rejim pakatan munafik memungkiri semua janji dalam manifesto pakatan.

Kita semua sedang menunggu peluang untuk mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam untuk menggulingkan rejim pakatan dalam PRU15. Kita yakin penyokong pakatan juga akan menyokong PAS setelah mereka menyedari mereka telah ditipu oleh rejim pakatan.

Anonymous said...

11.16am..
Negara dah nak lingkup muflis di bawah kerajaan ph pun kamu dok kata melawak lagi...? Sepatutnya ph dan penyokongnya memandang serius perkara ini.. ini bukan masa nak salah hang aku sekarang masa kerajaan ph membuktikan keupayaan mereka memulihkan ekonomi negara yg semakin merosot selepas pru14.. ini kerja ph. Dan ph kena bertanggungjawa memperbetulkannya sebelum terlewat. Kurangkanlah politiking yg boleh meruntuhkan negara. Klu tak mampu sepatutnya awal2 lagi ph perlu menyerahkan kerajaan pd parti lain yg boleh meredakan kejatuhan wang dan ekonomi negara. Ita melihat kerajaan ph tdk pandai memerintah negara...

Anonymous said...

Ini salah satu diantara perangai buruk ph tak mahu mengaku kesilapan sendiri bahkan mengalih kelemahan tersebut pd puhak lain...

Anonymous said...

Terbaik 1.48pm..
InsyaAllah kita akan buang ph yg memusuhi islam...

Anonymous said...

Biasa penyokong2 ph kan sejenis beruk..
Beruk yang mendapat bunga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails