Friday, June 22, 2018

TRX Tidak Perlu Diselamat Kerana Ia Bawa Untung


Hasil carian imej untuk mahathir najib

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, projek Tun Razak Exchange (TRX) tidak perlu diselamatkan, sambil menambah bahawa Menteri Kewangan Lim Guan Eng sendiri mengakui projek itu akan membawa keuntungan.

Dalam satu catatan di akaun Facebooknya, beliau berkata, pengambilalihan TRX City Sdn Bhd (TRXC), pemaju utama TRX oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) dengan nilai nominal RM1 berkuatkuasa 31 Mac 2017, merupakan langkah penting dalam pelan rasionalisasi 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang lebih meluas.
“Selepas mengambil alih kedua-dua aset utama tersebut, MOF Inc kemudiannya mengambil alih liabiliti 1MDB tertentu mulai 1 April 2017, sebagai pertukaran pemindahan aset berkenaan.
“YB Lim sendiri mengakui bahawa walaupun dengan suntikan sebanyak RM2.8 bilion lagi oleh MOF Inc, projek TRX akan bernilai sekurang-kurangnya RM7.8 bilion dan menunjukkan keuntungan. Sudah tentu ia tidak boleh dipanggil usaha menyelamat jika wang itu diguna untuk menjana keuntungan,” kata Najib.
Pada sidang akhbar hari ini, Lim berkata, Kabinet memutuskan untuk menyiapkan projek TRX dan sehingga RM2.8 bilion akan disuntik untuk memastikan ia siap.
Menteri itu juga berkata, projek itu boleh membawa sedikit keuntungan apabila siap dan mendapat balik RM3.7 bilion yang telah dibayar sebelum ini.
Najib berkata, Lim dengan mudah menyatakan komitmen Kerajaan Persekutuan sebanyak RM3.7 bilion untuk projek TRX dan Bandar Malaysia, tetapi gagal untuk menonjolkan nilai aset tanah yang signifikan bagi kedua-dua projek, khususnya projek Bandar Malaysia.
“Jika dirancang, dipasar dan dibangunkan dengan betul, tanah Bandar Malaysia sahaja boleh bernilai RM30 bilion,” katanya.
Lebih penting lagi, kata Najib, tiada wang dari TRXC yang disalahgunakan oleh 1MDB.
“Sepertimana yang diamalkan oleh banyak syarikat, kira-kira RM3 bilion pinjaman antara syarikat telah dibuat dari semasa ke semasa oleh TRXC kepada 1MDB.
“Semua ini (pinjaman) antara syarikat telah dibayar balik oleh 1MDB berkuatkuasa 31 Mac 2017 melalui gabungan pembayaran tunai dan dividen yang dibayar oleh TRXC kepada 1MDB.
“Pembayaran balik ini telah dilakukan dengan kelulusan MOF Inc dan telah dikaji dan ditandatangani dengan betul oleh juruaudit TRXC dalam penyata kewangan pada 31 Mac 2017.
“Oleh kerana TRXC dimiliki 100 peratus oleh 1MDB, yang mana ia 100 peratus milik MOF, sudah pasti 1MDB tidak boleh mencuri RM3 bilion daripada dirinya sendiri untuk membayar balik pinjamannya sendiri,” katanya.
Najib berkata, beliau gembira kerana kerajaan telah memutuskan untuk meneruskan projek TRX “yang akan membawa puluhan ribu pekerjaan baharu dan menubuhkan sebuah pusat kewangan bertaraf dunia di Kuala Lumpur.”
Bagaimanapun, beliau menegur Lim kerana “menyebar separuh kebenaran dan pembohongan secara terang-terangan dalam kenyataannya hari ini mengenai TRXC”, yang memiliki tanah 28.3 hektar bagi projek TRX dan 196.7 hektar bagi Bandar Malaysia.
Beliau mengingatkan Lim agar tidak membuat kenyataan yang tidak tepat sebagai sebahagian daripada “dendam politik Pakatan Harapan (PH) terhadap saya dan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.”
“Bukan sahaja ia tidak profesional, ia menakutkan pelabur dalam pasaran mata wang, bon dan saham. Tentunya kesejahteraan ekonomi kita lebih penting daripada mengeluarkan kenyataan bermotif politik,” katanya. – BERNAMA


4 comments:

Anonymous said...

Minta senaraikan kelulusan pengajian awak termasuk pondok pengajian. Bukan degree yg kami nak tengok, tapi "kepandaian" awak dalam semua hal yg terpapar dalam blog awak.

Anonymous said...

Najib patut jadi penasihat kerajaan PAS di Kelantan,barulah Kelantan bertambah2 maju . kah....kah.......kah......

Ibnu Hasyim said...

Begitulah biadapnya, termasuk guna nama Ibnu Hasyim. untuk mencarut.

Tuan-tuan tolong beri pandangan apa yang patut saya buat bila berada dalam keadaan begini.. Namun saya akan tetap berdakwah melalui blog atau media.. biasala tu.

Lihat ini contoh komennya..

bunbinban said...
aku pun boleh karang cite. Bkn susah pun. Tapi kalau cite lucah aku x reti. Pakcik ibnu je terer bab tu. Hahaha...aku boleh kompem, blog ni friends of bn...kahkahkah...tapi best kan pengakhiran cerita, dap gak salah..kahkahkah...tapi xpe, x lama dah. Sikit lgi,kita nak tengok sekuat mana gempar bumi nih dan setara mana tahannya yg terlibat. Sabor ye
June 21, 2018 at 8:40 PM

Anonymous said...
Lakonan. Baik mkn taik. Bodo
June 21, 2018 at 8:40 PM
Mohammad Azren said...
Bawa-bawa melancap ibnu. Air dah naik kepala tu. Bini tak bagi puji ke?.
June 21, 2018 at 8:40 PM

Ibnu hasyim said...
Wah, barua ph dah meroyan.nk cerita 18sx. Mlm jumaat sesuai kongkek bini.
June 21, 2018 at 8:45 PM

Anonymous said...
Hoi barus ebulan perintah, kalau kongkek pun belum beranak lagi.......
June 21, 2018 at 8:59 PM

Ibnu hasyim said...
Kongkek bini takpe, zina senang kahwin susah. Isi borang pas bolh kahwin 3 jika berkemampuan.
June 21, 2018 at 9:05 PM

Hanya doa saya panjatkan, Ya Allah, ya Tuhanku, Maafkan mereka, mereka tidak tahu..ampunilah mereka, mereka tidak tahu..
June 21, 2018 at 9:44 PM
June 22, 2018 at 5:03 AM

Anonymous said...

Najib sepatutnya jadi perdana menteri. Kalau boleh serentak pegang jwtn mb kelantan. Dia seorang yg ikhlas dan jujur. Menabung sejak kecil dan simpan duit dirumah. Kami ahli pas sgt sanjung dia. Malah dia sepatutnya jadi presiden pas.

Ahli pas
Kota bharu kelantan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails