Friday, June 22, 2018

Penjelasan: Dasar Pelancongan Menarik, Tak Tekan Bukan Islam.



Saya ingin menarik perhatian umum berkenaan dengan satu laporan berita yang disiarkan oleh Free Malaysia Today yang bertajuk “Exco: Kerajaan PAS Terengganu Tidak Halang Pelancong Berbikini yang disiarkan pada hari ini, Khamis 21 Jun 2018. 

Saya mengucapkan terima kasih kepada FMT yang bersedia mempromosikan Negeri Terengganu kepada seluruh pembaca. Sebagai memberi kefahaman yang lebih jelas berkaitan isi temuramah ini, saya suka menegaskan bahawa:

1.Kerajaan Negeri Terengganu dalam melaksanakan peraturan mengamalkan konsep Kasih Sayang yang iaitu akan melihat peraturan sedia ada yang dibuat oleh kerajaan terdahulu dengan mengekalkannya, jika sudah baik, sebelum mengubah ataupun menambahbaik kepada peraturan baharu dan bukannya terus menolak semua yang ada. Oleh itu saya menyebut “Setakat ini, kita mengekalkan peraturan sedia ada”. Kita baru mentadbir negeri sebulan lebih. Oleh itu kita tidak akan bertindak gopoh dan gelojoh.

2.Kerajaan Negeri Terengganu akan menyelesaikan masalah-masalah yang ada secara berperingkat, toleransi dan harmoni melalui dialog, perbincangan dan sudah tentu rujukan daripada Islam. Islam tidak pernah mengenepikan hak bukan Islam. Contohnya, Islam tidak pernah memaksa wanita bukan Islam bertudung, tetapi pastinya mereka tidak boleh sewenang-wenangnya berpakaian yang tidak senonoh di tempat awam. Dalam temuramah, saya tidak menyebut isu berbikini secara khusus, mungkin wartawan terkhilaf.

3.Bertindak daripada ini, Kerajaan Negeri Terengganu sedang menyiapkan Dasar Pelancongan Negeri yang tidak drastik atau menekan pelancong-pelancong bukan Islam dan bakal memberikan ruang yang secukupnya kepada mereka menikmati keindahan semulajadi negeri Terengganu tanpa rasa bimbang.

Saya berharap isu ini difahami oleh dua golongan iaitu golongan yang gopoh untuk melihat perubahan dalam sekelip mata agar jangan menganggap Kerajaan Terengganu akan mengabaikan peraturan dan keindahan adab dan golongan kedua yang mahu memburukkan Kerajaan  Negeri supaya bertindak seperti kerajaan ala Taliban. Kerajaan Negeri akan mendahului sikap toleransi dan dialog. Kerajaan akan bergerak dengan dakwah dan pembangunan insan akan diteruskan.

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, 
Dakwah dan Penerangan Negeri Terengganu

MR : Yang menulis berita memutar belit itu satu hal, yang pembaca 'bodoh' terima bulat-bulat satu hal, lagi "bodoh' siap hentam pulak tu.... 

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

10 comments:

bunbinban said...

kerajaan negeri terengganu kena tegas dlm bab berpakaian pelancung2 warga asing maupun tempatan. Jadikan terengganu negeri yg terkenal dgn perlancongan yg berlandaskan imej2 yg positif dan beradab. Seboleh-bolehnya kuatkuasa larangan memakai pakaian yg menjolok mata. Takat nak tengok berbikini, dlm blog pakcik ibnu ni paling tidak 3 kali seminggu mesti ada pakcik ibnu ni bagi kita cuci mata...kahkahkah...jadi marilah kita melancong beramai-ramai ke blog ibnu hasyim, kahkahkah...

Anonymous said...

Woi barua pakatan bodoh 11:52 am, mulakan dulu dengan menegur abang besar roket dan puak roket Penang sebelum menegur negeri lain kerana pelbagai aktiviti tidak bermoral berlaku di penang di bawah rejim roket.

Ada berani kah?

Anonymous said...

Pesta Bogel Di Teluk Bahang, Penang

Sumber: youtube

Mohammad Azren said...

Wal halal Ku....wal haram mu. Bila sesumpah mentafsir mengikut anak tekak. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Komen 12:27 pm adalah hasil ajaran abang besar roket dan mike selfie. Maka tidak hairanlah barua dedak pakatan seperti azrengay menghalalkan fitnah dan mengharamkan perjuangan Islam.

By the way, azrengay pun seronok menonton pesta bogel di Teluk Bahang dan pesta arak terbuka roket. Terima kasih kepada abang besar roket.

Anonymous said...

Piii la Jilat Juboq LGE.. Hina nya perangai spesis jahat hampa...
kalau Islam &PAS macam-macam
Jilat juboq DAP, boleh segala macam.

Hiiiiii Jijik.

Anonymous said...

Nak kenal penyokong pak hasyim senang saja....bila komen mesti ada caci maki.

Pak hasyim....citer tanpa gambar tak best....tepek la sekeping dua gambar yg umph ikut selera pak hasyim....

Anonymous said...

Ikut cara Terengganu ini macam Islam liberal.

Penceramah PAS kan cakap Quran dan Islam di turunkan untuk manusia. Bukan hanya untuk orang Islam.

Free Malaysia Today saja je pasang perangkap.

Kalau setakat kekal kan sedia yang ada, tak payah lah tukar kerajaan. Jadi Terengganu cuma tukar orang yang jadi kerajaan.

Apa Terengganu nak buat dengan hasil pelancungan bukan Islam yang langgar hukum Islam ?

bunbinban said...

aikkkk....betul la tu aku ckp. Kena tegas. Apa yg salah aku plak. Tapi kalau nak tengok pakai bikini, tu baru je pakcik ibnu belanja terjun tunggeng....kahkahkah. takan kot sbb sokong lebai halal plak belanja gambo lanjang....kahkahkah

Anonymous said...

Teruskan balaci anti Islam,seronok dengar kamu meencecer..
Pak Hasem, tolong meroyankan mereka lagi..
ya huuuu!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails