Sunday, June 17, 2018

Pemimpin PPBM Bolot Bazar Ramadan, SPRM Didesak Siasat Segera!

Hasil carian imej untuk SPRM Didesak Siasat Segera Isu Bolot Bazar Ramadan Babit Pemimpin PPBM


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menjalankan siasatan terhadap individu yang didakwa dalam penjualan tapak bazar Ramadan di Masjid India, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, seorang ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dipercayai menggunakan hubungan politik untuk mengaut ratusan ribu ringgit menerusi penjualan tapak bazar Ramadan itu.
Katanya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pula didapati menawarkan tapak bazar pada harga nominal yang rendah, iaitu RM80 bagi setiap petak.
“Ini salah guna kuasa yang dilakukan oleh PPBM bagi menekan dan mempengaruhi penjawat awam DBKL untuk mendapat kepentingan.
“Mereka tidak melalui proses yang telus. Setahu saya ia mempunyai kriteria dan peraturan bagi mendapatkan tapak terbabit.
“Kami tidak mengerti bagaimana perkara ini boleh terlepas daripada proses dan kawalan ketat DBKL,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mohd Razlan turut meminta SPRM menyiasat Ahli Parlimen berkaitan kerana didakwa menyalahgunakan kedudukan beliau untuk menekan penjawat awam bagi mendapatkan kelulusan.
“Sebagai parti politik kerajaan, kedua-dua individu ini menggunakan kedudukan untuk mendapatkan kepentingan sekali gus mengaut untung atas angin dan tidak mematuhi peraturan.
“Saya mendesak supaya SPRM bertindak secara telus untuk menjaga kepentingan penjawat awam dan melindungi mereka daripada tindakan Ahli Parlimen yang sering kali datang ke DBKL atas urusan kepentingan peribadi,” katanya.
Hasil carian imej untuk SPRM Didesak Siasat Segera Isu Bolot Bazar Ramadan Babit Pemimpin PPBM
Hasil carian imej untuk SPRM Didesak Siasat Segera Isu Bolot Bazar Ramadan Babit Pemimpin PPBM
Sebelum ini, timbul kontroversi mengenai surat sokongan yang dikeluarkan ahli PPBM terbabit bagi mendapatkan kelulusan DBKL untuk menganjurkan bazar.
Surat maklum balas daripada DBKL kepada individu itu turut tular di media sosial, menunjukkan 80 lot diluluskan untuk perniagaan selama sembilan hari dengan bayaran RM6,238.
Dakwaan timbul menyatakan individu berkenaan mengaut sehingga RM5,000 dalam bentuk sewa dari setiap lot melalui orang tengah. – HMetro

1 comment:

Anonymous said...

Dalam hal seperti ini mana-mana parti jangan melibatkan diri buat laporan. Isu ini telah di dedah dan di ketahui oleh orang ramai.

Maka sebaik-baiknya kita diam dulu dan tengok apa PPBM dan PH akan buat. Biar parti yang terlibat yang ambil tindakan dan lapuran SPRM.

Bila tidak ada tindakan atau lapuran dalam masa sekurang-kurangnya 2 minggu, baru lah parti lain jadikan isu.

Kalau buat macam ini pantas buat kenyataan hanya individu sahaja yang kena tapi kalau di beri masa.. parti yang kena..

Lain lah kalau UMNO dan PAS yang tak peduli isu yang melibatkan pemimpin...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails