Thursday, June 21, 2018

Menakutkan! RM300 Juta Hilang Tiap Hari DiBawah PH. -Prof Madya Azizi Aaron

Setiap Hari RM300 Juta Hilang

Itu angka yang menakutkan sejak PH menjadi kerajaan di Putrajaya. Keyakinan pelabur dan komuniti perniagaan terhadap kredibiliti kerajaan PH makin hilang.
Mereka melihat sendiri bagaimana angka dimanipulasikan. Komuniti perniagaan percaya pada kredibiliti Moody’s berbanding kenyataan “flip flop” Menteri Kewangan yang tiba tiba “disucikan” daripada pertuduhan rasuah di mahkamah.
Penjualan saham Malaysia oleh pihak asing meningkat kepada RM1.21 bilion minggu lepas daripada RM903.1 juta minggu sebelumnya.
Secara purata, Malaysia kehilangan RM301.5 juta setiap hari pada minggu lepas berbanding RM180.6 juta setiap hari seminggu sebelumnya.
Penjualan asing itu kini telah berlarutan kepada 28 hari pasaran berturut-turut. Ini tidak termasuk RM20 bilion yang ditarik balik oleh warga asing dari pasaran bon kita sejak PRU14.
Sejak dua minggu yang lalu, Menteri Kewangan kerajaan PH terus mengatakan bahawa data kewangan dari institusi asing tidak tepat. Lebih teruk Menteri Kewangan PH itu mendakwa Moody’s juga tidak tahu keadaan sebenar masalah kewangan Malaysia.
Menteri Kewangan PH yang pernah digelar Umar Abdul Aziz itu suatu ketika dahulu, kemudian membuat “pendedahan” dan membayangkan bahawa rakan dagangan terbesar dan pelabur asing terbesar Malaysia telah terlibat dalam rasuah dengan kerajaan sebelumnya untuk menipu rakyat Malaysia berkenaan kedudukan sebenar kewangan negara.
Kemudian, Menteri Ekonomi baru PH, Azmin Ali memberitahu Financial Times UK bahawa keseluruhan ekonomi Malaysia berada dalam keadaan bermasalah dan beliau datang dari negeri terkaya untuk memegang jawatan di negara muflis.
Kalau begitu kenapa lepas jawatan jadi MB Selangor dan hendak jadi Menteri EPU? Buat apa pegang jawatan di negara yang muflis?
Pada dasarnya, dua menteri utama kerajaan PH ini yang bertanggungjawab terhadap ekonomi Malaysia telah secara sengajanya memberitahu dunia bahawa data Malaysia tidak boleh dipercayai, negara terbesar yang membeli eksport Malaysia terlibat dalam rasuah dan negara kita sudah muflis.
Bagaimanakah mesej-mesej tersebut akan membantu menanam keyakinan dalam ekonomi kita?
Tidak membantu langsung. Malah menggalakkan lagi pelabur daripada mengeluarkan duit dari Malaysia. Itu yang hilang sampai RM300 juta sehari itu.
Tengok ucapan Perdana Menteri PH pada malam Hari Raya. Ucapan yang tidak macam ucapan Hari Raya, masih lagi hendak berpolitik. Entah siapalah sediakan teks ucapan tersebut. Entah entah DAP agaknya.
PM kerajaan PH suruh rakyat berjimat dalam ucapan tersebut. Sedangkan akhbar Nikkei Asean melaporkan syarikat San Miguel (anak PM PH) ingin membeli beberapa aset negara. Amat kontradiks sekali.
Rakyat disuruh ikat perut. Rakyat disuruh hulur derma. Rakyat disajikan dengan cerita persepsi kononnya negara banyak hutang dan sebagainya. Sedangkan syarikat anaknya sendiri diam diam hendak membeli aset negara.
Bagaimana boleh jadi begitu? Tentu Rafizi lebih mengetahui dan pakar tentang San Miguel ini. Gas masak rakyat naik harga, tol tidak dimansuh, harga barang tidak turun, malah lebih teruk semalam siaran Piala Dunia pun rakyat kena tipu.
Rakyat dijanji siaran di TV1 dan TV2 untuk World Cup. Sampai kesudah semalam rakyat kempunan hendak tengok Jerman lawan Mexico. Undilah lagi PH, kan dah kena tipu. Sekarang siapa yang kena “hancing”?
Baru 39 hari usia kerajaan PH, lagi 61 hari nak cukup 100 hari. Sudah macam macam dah rakyat kena tipu.
Tulisan :

Prof Madya Azizi Aaron

30 comments:

Anonymous said...

Kalau begitu kenapa lepas jawatan jadi MB Selangor dan hendak jadi Menteri EPU? Buat apa pegang jawatan di negara yang muflis?

Sebab dia warganegara yang ada rasa tanggungjawab untuk selamatkan negaranya
SAYANGI MALAYSIA - NEGARA KU

Anonymous said...

Prof Mad ? Kalu tulis thesis mcm ni blh lulus ker prof?

Anonymous said...

satu lagi pukulan kepada spesis jahat anti Islam.
Meroyan lagi.

hantam Pak Ibnu. Setan-setan bagai dibaling batu..

Ha ha ha
Ha ha ha lagi..

Chickenfeet Cf said...

Aku heran si so called 'prof madya' nie punya analisis...

Tang mana dia punya bidang kepakaran nie?
Mana punya Uni yg iktiraf dia nie? Sampaikan German vs Mexico pun dikatakan rakyat kempunan?

Apahal dgn San Miguel yg dari dulu tak habis2 isu nya? Tau tak latar blakang company tersebut?

Kesimpulan aku lah...kalau kerajaan PH nak tipu rakyat senang aje...

IKUT AJE CARA NAJIB DAN TERUSKAN APA YG NAJIB BUAT.....

Najib rompak harta rakyat bertahun tahun takde orang tahu..senyap aje...

PH tak sampai 100 hari mana punya 'Prof Kangkung' dah dpt kesan....terror giler siot Prof Kangkung nie....

Chickenfeet Cf said...

Nyesal jugak aku drop by dalam blog dia nie....mungkin budak2 nakal yg baru nak amik PMR menyamar jadi Prof...apa pun tahniah anda memeriahkan lagi alam siber....

ted manoff said...

Huyooo.. Takutnya.. PrOoTt..

ikan said...

harap2 pigs terengganu cepat bagi 300 tu nak buat lesen.

yang pigs kelantan tu janji ni dah tunai tak

- Melanjutkan cuti bersalin kepada tiga bulan bagi setiap kelahiran, dengan memberi kemudahan cuti bergaji tanpa had bilangan anak.
- Dalam pembangunan tanah, PAS berjanji menjayakan program pemberian skim pemilikan tanah lot kediaman untuk semua rakyat.

Rakyat di negeri Kelantan dan Terengganu diminta bersabar berhubung janji-janji manifesto pilihan raya umum (PRU) ke 14 seperti yang dijanjikan PAS sebelum ini.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata ini kerana ada manifesto yang perlu disegerakan dan ada pula yang memerlukan tempoh untuk melaksanakannya.

"Ya, ya. Ada yang perlu disegerakan dan ada yang tunggu masa," katanya kepada pemberita di kediamannya selepas kuliah dhuha di Masjid Rusila, hari ini.

#janganpontengparlimen

Anonymous said...

Ha ha ha meroyan lagi,
spesis anti Islam ini.
Mereka takde prof, mereka tak akui prof orang lain.
Tun M pon takde prof hanya tukang ubat saja.

Tu sebab baruanya teruk sangat.
Ya. teruskan meroyan. Dah bodo meroyan pulak..

Anti Fitnah said...

Inilah spesis yang boleh dan sentiasa mengelirukan orang bukan Islam tentang Islam. Larangan fitnah tapi fitnah berkeliaran di sekeliling manusia yang mengaku dirinya Islam ... Hairan bin Ajaib. Sebiji mcm ustaz Zzzzzzzzzzzzzzz

bunbinban said...

apa punya sampah artikel yg ibnu kutip. Analisis oleh prof madya?. Kahkahkah....walaun ngan macai boleh la ko goreng. Kahkahkah...aku?. Prof madya gak. Bkn susah pun ngaku.nkahkahkah..aku boleh je jadi apa pun di alam siber. nak beli degree master phd pun bila2 masa je kot di alam siber nih. Nak nyamar jadi pejuang agama pun boleh walaupun blog penuh dgn gambar dan cerita lucah...kahkahkah..nak tunjuk jari cagu pun boleh...kahkahkah

Anonymous said...

ha ha ha
puak spesis jahat jahiliah dah gila meroyan.
ada prof tegur sikit pun melenting.
tak iktiraf kebolihan pro orang lain.

Dia mahu semua orang bodoh macam dia.
pakai lah nama banyak-banyak,
pada hal sekoq tu je.

tak sedar jadi babi tunggangan DAP.

Anonymous said...

Dari blog Prof Dokter Ustaz Ridhzuan Tee bin Abdullah,

PAS UMNO mesti mengurus perbezaan bukan mencari titik pertemuan
4:35 PM POSTED BY RIDHUAN TEE NO COMMENTS

Dilema UMNO

Pasca PRU14 menyaksikan UMNO (BN) adalah parti yang paling menerima pukulan teruk. Ramai seolah-olah masih tidak percaya, PH boleh membentuk kerajaan. Tetapi itulah hakikat. Dalam demokrasi, kuasa rakyat menentukan segalanya. Kekalahan BN sebenar sudah dijangkakan. Sebenarnya, rakyat hanya menunggu tarikh PRU diumumkan. Mereka sudah buat keputusan memangkah PH dan PAS, 3 bulan sebelum penetapan hari pengundian.

Lebih parah lagi, sudahlah BN tidak dapat membentuk kerajaan akibat kekalahan itu, banyak pula parti komponen BN meninggalkan pakatan itu yang bertahan lebih 60 tahun.

Pengajaran buat semua, jagalah rakyat, rakyat akan jaga kamu, kerana rakyat adalah raja dalam menentukan siapakah yang akan menerajui kerajaan dalam sistem demokrasi. Jangan khianati amanah rakyat. Jika khianati, rakyat akan membuat keputusan setiap lima tahun. Sebab itu, apabila menang, jagalah kerajaan itu sebagai satu amanah, bukan merasakan kerajaan itu bapak kita yang empunya.

Kerajaan tetap kerajaan. Ia mesti diiktiraf kewujudan kerana ia berdaulat. Justeru, tidak ada istilah kerajaan PH atau kerajaan BN. Yang ada hanya kerajaan Malaysia, kerajaan negara atau kerajaan negeri. PH dan BN adalah hanya ‘ruling party’. Parti yang mengurus dan mentadbir kerajaan. Parti-parti politik boleh datang dan pergi. Kerajaan yang akan kekal. Saya mohon agar pemberita dan wartawan supaya melaporkan berita berteraskan ilmu.

Tidak ada istilah kerajaan PH kerana PH bukan kerajaan, PH hanya ruling party sama seperti BN dahulu. Tidak ada istilah ini projek kerajaan BN, tetapi orang yang mengaji akan menulis, ini projek kerajaan Malaysia. Begitu juga kerajaan negeri. Kerajaan adalah kerajaan.

==========================================================================================

Sila hadzamkan ye Tuan ibnu, lebai2, prof kangkong, admin dan seangkatan dgn.nya!

Anonymous said...

......Ketiga, PAS hendaklah melupakan agenda untuk menegakkan negara Islam dan hudud - Prof Dr Ustaz Ridhwan Tee bin Abdullah.

Husaini Ayu said...

Dlm blog ni yg blh pakai cuma artikel seks dan gambar bogel shj..

Anonymous said...

cara najib lebih bahaya. memberi kosmetik indah pd ekonomi yg teruk.
satu masa tembelang pecah jg dn pelabur akan lebih takut. tiba2 bankrupt debuuum.

fenomena sekrng harap sementara saja. perlahan2 dpt dipulihkan dan
pelabur akan merapat kembali. insyaallah.

anyway hasyim kena ikutlah cara pemimpin pas dlm keadaan sekarang..

kena tabayyun dan puashati.

Anonymous said...

Singapura pantas ambil tindakan dan menutup 2 buah bank, kenapa pelabur tak lari?

Kawalan Kewangan Singapura sangat ketat..

Oleh PH perlu buat apa yang di buat sekarang supaya sistem kewangan Malaysia setanding Singapura.

Apabila sebelum ini PH dedahkan hutang negara ada walaun dakwa hutang negara lain lagu banyak dari hutang Malaysia. Kenapa pulak sekarang terbalik sampai rasa takut?

Apakah Menteri PH mesti dedah strategik mereka?

Semua ini akan selesai apabila duit 1MDB dipulangkan dan untuk dapat balik duit itu kena siasat dan dedahkan masalah 1MDB.



Anonymous said...

Banyak plak beruk2 ph kat sini ya

Anonymous said...

so prof kangkung....

bila ramalannya Malaysia akan bangkrup di bawah PH?

sila habaq mai.

Anonymous said...

anon 2:51..

kalau tk org PH yg layan blog ibnu, mampos sunyi blog ni.

kalau hujah beruk pun kau tk boleh tangkis, tentulah kau
itu unta lembam.. hahaha

Anonymous said...

Awak punya komen xda fakta...saya rasa awak yg kangkung....hehe

Anonymous said...

Boleh percaya ke kerajaan ph boleh selamatkan negara...? Klu nak selamatkan nepotisme atau kroni mungkin boleh... apatah lagi nak selamatkan rakyat...? Mnta duit rakyat lagi ada la...!
Tak mengapa utk sementara waktu menunggu 100 hari pemerintahan ph ni kita perahti dan sama2 kita tengok samada ph berjaya memajukan negara atau menjahanamkan negara....

Anonymous said...

Haa ..! Itu la kau 9.58am...
Terlalu percaya sangat dgn ph sehingga kerugian yg dihadapi oleh negara selepas ph ambik alih pemerintahan tapi kmu dok khayal lagi.. ketum jenis apa yg ph hidangkan pd kmu ni haa...?
Dunia luar pun sedang mengikuti perkembangan ekonomi pemerintahan ph dan mereka menjangkakan ekonomi msia akan terus jatuh... apa kmu nak buat lagi .... kerana kmu semua pencacai ph lah yg menyebabkan rakyat makin terhimpit dengan ekonomi sekarang... lepas ni sudah pasti pemimpin ph akan menipu rakyat lagi dengan berbagai alasan utk spin kebenaran supaya rakyat tidak memberontak... kasihan rakyat msia yg jujur ditipu hidup2 oleh ketajaan penipu..

Anonymous said...

Tak mengapa 10.07am....
Perkara yg telah dijanji akan dlaksanakan .lambat atau cepat berdasarkan keadaan.
Tapi jangan mungkir janji. Klu dah janji 100 hari maka ph wajib langsaikan dalam tempoh tersebut. Klu tak berjaya lanjutkankanlah masa. Jgn pula terus membatalkan janji tersebut. Ini ciri org munafik. Adakah kerajaan ph kerajaan munafik..? Atau kerajaan kafir..? Banyak program islam dirancang akan diruntuhkan. Ini kerajaan khianat dan zalim kpd rakyat majoriti beragama islam... betul tak wahai 10.07am...?
Apabila kamu mengundi kerajaan yg zalim ini bererti kamu juga terlibat dlm menzalimi rakyat msia. Klu itu dosa besar bererti kmu juga telah melakukan dosa yg sangat besar kpd rakyat msia... bagaimana cara kmu nak menebus dosa kmu yg sangat besar itu.. mampukah kmu nak bertemu setiap rakyat msia utk meminta ampun...? Sudah pasti kmu tk mmpu... jalan yg ada pd kmu hanya kembali pd Allah swt dgn taubat nasuha sahaja... fikir2kanlah. Dunia kita hanya sementara. Sayangkanlah negata kita msia. Pertahankannya dari jatuh ke tangan org2 kafir dan org2 islam munafiqin...

Anonymous said...

11.13am...
Penyokong ph ni sebiji macam jahiliyyah zaman Abu lahab dan Abu jajal. Mereka tahu kebenaran muhammad saw sebagai rasul tetapi demi menjaga periuk nasi dan dedak mereka terpaksa spin kebenaran dan fakta... jadi yang dok komen disini dengan gaya bahasa yg kotor dan tak berakhlak tu semuanya anak cucu dan murid Abu Lahab dan Abu Jahal laknatullah... na'uzubillahi min zaalik.. janganlah dok layan mereka sangat nanti berjangkit virus tu..

Anonymous said...

12.41pm...
Mf sy nk bgtaw kmu. Islam agamaku yg disampaikan oleh baginda junjungan besar nabi muhammad saw. Sebagai seorang islam wajib kita beriman dan melaksanakan semua agenda yg terdapat dlm ajaran islam..termasuk politik. Pas menjadikan islam sebagai wadah dan landasan politiknya. Kerana tidak ada satu pun wadah politik dln dunia ini sesempurna islam. Sepatutnya setiap orang islam merenung sejenak apakah intipati perjuangan pas itu selari dgn ajaran islam atau sebaliknya. Lihatlah perlembagaannya. Jika ada yg bertentangan dgn syariat islam maka kita boleh menolak perjuangan pas. Tetapi selagi ia seiringan dgn ajaran islam maka menjadi kewajipan kpd kita sama2 menyokong perjuangan tersebut. Jika kita mencari wadah lain adakah intisari perjuangan wadah lain dari pas itu selari dgn ajaran islam...? Jika tidak seiringan dgn islam maka wajiblah anda dan seluruh umat islam di msia menyokong perjuangan pas.. tiada alasan lagi yg anda boleh menolaknya.. kecuali orang munafik dan orang kafir yahudi dan nasrani yg sehingga kiamat mereka tidak akan menerima kamu selama mana kamu tidak mengikuti kehendak mereka... oleh itu tanyalah diri anda sendiri adakah anda seorang muslim atau munafik atau kafir...?

Anonymous said...

3.51 pm..
Yg dok jaja msia bankrup ialah ph. Sampai dunia luar takut nak melabur di msia..
Apa punya hawar penyakit ph ni..

Anonymous said...

3.54pm...
Hang jangan dok merapu kat sini.. blok ni paling aman klu tkda penipu2 dan pemakan2 dedak dap.
Tapi kerana dibayar dedak tu mau tak mau pencacai dap ni kena komen juga di sini walaupun kebanyakan merapu tin kosong saja... harap rakyat msia jangan lagi tertipu dengan ph dap ini... dulu zaman najib rakyat dah susah tapi sekarang zaman ph rakyat lagi susah..... ini semua angkara pencacai ph dap... harap rakyat semua maklum perkara ini... jangan percaya lagi pd penyokong ph yg banyak membawa rebah..

Budak kampung Selatan said...

Senang aje...cuba tengok kerajaan penang dan selangor berapa rizab dan hutang kerajaan negeri- kerajaan negeri tersebut? Bukankah ini mencerminkan urus tadbir yg baik? Bukankah ini contoh dan benchmark untuk negeri2 yg urus tadbirnya ke laut mcm negeri2 di pantai timur sehinggakan nk bayar gaji kakitangan kerajaan negeri pun miss? Apa salahnya mereka mengambil tanggungjawab berdasarkan track record cemerlang pengurusan mereka?pada pendapat tuan..siapa sepatutnya mengambil tanggungjawab kesan kebobrokan kerajaan yg lalu? Kesan kejatuhan imej malaysia di mata dunia hasil kerja tangan kerajaan terdahulu sebenarnya yg telah menjurus kepada economic free fall seperti yg berlaku sekarang..ia bagaikan teori domino ..kesan yg sebenarnya telah boleh dijangka ketika mula2 kerajaan PH mengambil alih. Dengan lebih banyak skandal2 baru yg telah dan akan didedahkan, masihkah lagi ada yg gila nk menyalahkan orang yg layak memikul tanggungjawab ini?

Budak kampung Selatan said...

Pada aku..100hari tu hanyalah sasaran umum sbb ..sebenarnya penyokong PH tak kisah sangat...ambi lah 200-800 hari sekalipun asalkan nanti di pengakhirannya lahir Malaysia yang baru..yg dinamik .. yg perkasa .. maka sesudah itu masa PRU 15 terpulanglah kepada rakyat, kepada siapa lagi Malaysia baru tu nak diserahkan. Kalau ikut pendapat seorang pemimpin PAS..lepas Malaysia yg baru dh steady..imej dh cantik..hutang dh kurang, maka rakyat di minta beramai ramai memilih pas untuk memerintah. Aku pun tak tahu sama ada rakyat pada masa tu akan mengundi PAS pulak sebab kuasa Allah siapa yg tahu kan?

Anonymous said...

Ekomoni dunia tapi ph lebih berminat kacau agensi umat islam dan melayu itu lebih bahaya dari masaalah dunia yg sengaja dicipta.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails