Monday, June 18, 2018

Salahuddin, Tunjukkan Barang Runcit Murah Selepas GST Sifar..



PETALING JAYA: Kumpulan pendesak pengguna mahu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub membuktikan dakwaan beliau bahawa harga sayur-sayuran, daging dan keperluan asas lain turun sehingga 50% selepas cukai barangan dan perkhidmatan (GST) berkadar sifar.

Pergerakan Pengguna Malaysia (MCM) berkata banyak barangan makanan segar memang dikecualikan daripada GST sebelum kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) memansuhkan bayaran cukai itu untuk semua jenis barangan dan perkhidmatan.

“Kami fikir kenyataan menteri itu pramatang. Mencapai penjimatan 30% ke 50% dalam tempoh kurang sebulan adalah ajaib,” kata presidennya Darshan Singh Dhillon

“Tentu hebat jika beliau dapat membuktikan kenyataan itu dengan sedikit data untuk dikongsi dengan orang awam,” kata beliau.
Ketua pegawai eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Ali Salman turut menyuarakan keraguan berhubung dakwaan penurunan harga berikutan GST berkadar sifat.

“Dulu kami telah jelaskan GST bukan faktor utama peningkatan kos barangan dan perkhidmatan,” katanya.

Katanya, oleh sebab barangan mudah rosak itu telah sedia berkadar sifar, langkah baru kerajaan tidak berkemungkinan menyebabkan harganya akan turun.

Beliau berkata, harga harus ditentukan oleh kuasa pasaran melainkan berlakunya darurat awam atau keadaan tertentu yang menghendaki campur tangan kerajaan.

Salahuddin dilaporkan berkata harga barangan segar menurun dengan banyak selepas kadar GST disifarkan pada 1 Jun lepas.

Beliau juga berkata, harga barangan dan perkhidmatan lain akan mengambil masa untuk turun.

“Harga sayuran ada yang turun sehingga 50%, sementara harga ayam dan daging seperti daging lembu turut berkurangan,” katanya.

“Saya diberitahu anda boleh beli ayam pada harga RM5 atau RM6 setiap kilogram. Daging lembu boleh dibeli pada harga RM30 hingga RM33, tetapi batang pinang lebih mahal,” katanya pada satu majlis rumah terbuka Hari Raya baru-baru ini.

Pada 1 Jun lepas, kerajaan melaksanakan GST berkadar sifar selepas ia diperkenalkan oleh kerajaan Barisan Nasional pada 1 April 2015.

Kerajaan dijangka menggantikan GST dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
MINDARAKYAT

16 comments:

Anonymous said...

Jgn jadi tikus baik labu udahle.

Anonymous said...

Rejim pakatan telah gagal menunaikan semua janji pakatan sendiri dan akibatnya pengundi dan penyokong pakatan terpaksa menelan kahak sahaja.

Dan sekarang rejim pakatan mencipta cerita dongeng konon harga barang turun di waktu harga barang meningkat tinggi pada tahap gila babi.

Anonymous said...


Wah manifesto pakatan telah berjanji akan mengurangkan beban rakyat sebaik sahaja pakatan memenangi PRU14. Apabila rejim pakatan memerintah negara, harga barang-barang keperluan rakyat meningkat lebih tinggi dari harga barang sebelum rejim pakatan memerintah.

Dan kenaikan terbaru ialah tarif gas yang telah dinaikkan sebanyak 77 sen bermula 1 hb Julai. Tahniah dan syabas kepada pengundi-pengundi yang telah mengundi pakatan tanpa berfikir secara rasional dan kritikal.

Selepas ini apa pula?

Adil said...

Penulis jangan lah bangang sangat..mudah saja..ambil contoh kedai di kampung2 yg tidak layak untuk menuntut cukai input..maka amaun gst akan dicajkan ke atas harga barang yg dijual...maka sekarang apabila gst sudah sifar..maka amaun cukai input yg dikenakan oleh pembekal tidak wujud lagi..dan secara automatik cukai output tidak dicajkan ke atas barang dan perkhidmatan

Anonymous said...

10.23 PM

Sebelum GST Sifar harga beras Herba Faiza RM34.90

Selepag GST sifar harga beras Herba Faiza RM31.90

Kan kurang tu..

Anonymous said...


Anon 11:22 PM,

Kamu hanya memberikan perubahan harga satu barang sahaja iaitu beras herba Faiza sahaja untuk menyokong dakwaan kamu konon harga barang turun selepas GST sifar.

Kamu sepatutnya menunjukkan harga 1000 barang keperluan rakyat dengan bukti kukuh untuk membuktikan dakwaan kamu konon GST 0% telah menurunkan harga semua barang keperluan rakyat.

Sepanjang pemerhatian kita, hampir semua harga barang meningkat selepas kadar GST diturunkan dari 6% ke 0%. Sebagai contoh:

(1) mangga pintu berharga RM 7.50 (GST 6%) dinaikkan kepada RM8:50 (GST 0%) di kedai X

Harga mangga pada kadar GST 0% sepatutnya = Harga mangga - GST 6%
= RM7.50 - RM 0.45
= RM 7.05

(2) susu kotak (kuantiti 4) berharga RM3.99 (GST 6%) dinaikkan kepada RM4:05 (GST 0%) di sebuah pasar raya Y.

Harga susu tersebut pada kadar GST % sepatutnya = RM3.99 - RM0.24
= RM3.75

Ayam dijual pada harga RM7.50 sekilo dan kini meningkatkan kepada RM8 sekilo (Harga barang basah meningkat - Bharian)

Tak ada pula peniaga menjual ayam pada harga RM4.00 per kg iaitu selepas 50% diskaun.

Rejim pakatan berjanji mahu kurangkan beban rakyat tetapi yang berlaku sekarang ilaha harga barang keperluan, minyak 97, gas asli dll terus meningkat. Manakala minyak 95 tidak pula diturunkan kepada RM1.50 itu harga yang dijanjikan oleh pakatan sebelum PRU14 !

Nampaknya rejim pakatan telah menipu rakyat.

Anonymous said...

Pembetulan komen 1:04 AM,

Rejim pakatan berjanji mahu kurangkan beban rakyat tetapi yang berlaku sekarang ialah harga barang keperluan, minyak 97, gas asli dll terus meningkat. Manakala minyak 95 tidak pula diturunkan kepada RM1.50 iaitu harga yang dijanjikan oleh pakatan sebelum PRU14 !

Anonymous said...


Bahkan takbir raya pun tiada dalam tv rejim pakatan seolah-olah rejim pakatan anti-Islam.

Anonymous said...

Baru nk tau ke yg regim ph ni anti islam...?kami tau dah lamaa daaahh...!!!!!.
Ini sebahagian dari perjuangan mereka. Jgn haraplah harapan nak jaga islam tp nak jaga kristian mgkin...

Anonymous said...

Alamak, dulu aku beli ayam untuk hari raya sekilo RM9 tapi sekarang ni RM7.80. Jangan menipu diri sendiri mengatakan tiada perubahan harga pada barang sekarang. Harga barang2 memang lebih murah berbanding tahun2 sebelum. Contoh paling ketara adalah barang2 harian kecuali gula pasir.

Syuh Kriee said...

pertama kali pasar pudu agak lengang pada 1 hari sebe;um raya..kerana ramai warga Kota pulang ke kampung.. SBB kuasa beli ada dan nilai duit ada, maka untk berbelanja di kampung rasa yakin...tapi inilah menteliti

Anonymous said...

Rejim pakatan..statement memalukan diri sendiri...apa ingat rakyat kelulusan spm ka..hanya pengundi dungu Dan cetek ugama yang pangkah hangpa woii

Anonymous said...

4.08 AM

Dia orang mana nak mengaku.. banyak barang dah turun harga.. rakyat tak bodoh lagi..

Dia orang tak sedar anak muda Melayu dah tak percaya dengan temberang BN.. sebab tu kalah PRU 14

Anonymous said...

Anon 4:08am,.

Wah harga 1 kg ayam RM9 diwaktu rejim pakatan memerintah. Mahal sangat ! Cekik darah rakyat.

Anonymous said...

Nampaknya barua dedak pakatan sedang mabuk todi kerana membuat dakwaan karut konon banyak turun harga.

Kita biasa membeli barang keperluan maka kita tahu harga barang sedang meningkat tinggi.

Barua pakatan bodoh sebab barua hanya pandai makan dedak sahaja.

Anonymous said...

Baik kerajaan maupun pembangkang, semua kena tipu dengan peniaga orang tengah. supply chain pemborong mana boleh kurang untung

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails