Monday, June 18, 2018

K'jaan Baru PH, Mafia Masjid India Kuasai Bazaar? -Peniaga.




KL: Terdapat kumpulan “mafia” yang menguasai bazaar tahunan sempena bulan Ramadhan di Jalan Masjid India, kata peniaga tempatan yang mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap kumpulan itu.  

Lapor Blog Al-Hussein hari ini.

Menurutnya, Ameer Ali Mydin, pengerusi Persatuan Peniaga Masjid India berkata, “Ada ‘mafia’ di situ. Kalau ada yang buat aduan, dia akan ‘habis'”.  
     
 Ameer berkata beliau pernah diugut secara fizikal sebelum ini “hanya kerana saya buat bising tentang masalah itu”. 

Katanya kepada FMT, “Tidak ada tindakan diambil. Semua orang nak jadi ‘hero’ dan menafikan mereka tidak berbuat apa-apa semasa krisis itu berlaku. Jadi apakah bezanya antara Barisan Nasional dengan Pakatan Harapan? Nampaknya tidak ada sesiapa pun dapat menghentikan perkara karut ini.” 

Ameer berkata, beliau mendesak Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun supaya segera melawat kawasan itu untuk memahami keadaan dihadapi, pada waktu sebuah “persatuan” bertindak menjual lot perniagaan di situ sejak bertahun-tahun. 

 Fong kini berhadapan kontroversi selepas media melaporkan anggota Pemuda PPBM, Noorhisyam Abd Karim mendapat untung berkali ganda dengan mengenakan sewa sehingga RM5,000 bagi satu daripada 80 lot yang dilesenkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), walaupun agensi itu hanya mengenakan sewa lesen dan caj lain berjumlah RM6,000 untuk semua lot tersebut. 

Fong mendakwa beliau mengeluarkan surat sokongan kepada Noorhisyam ialah bagi membantu peniaga yang tidak mempunyai lesen membuka gerai di bazaar Ramadhan itu. 

Ameer berkata, beliau menerima maklum balas “sewa” gerai berkenaan boleh mencecah sehingga RM18,000 pada minggu terakhir sebelum Hari Raya. 

Pegawai pelesenan DBKL berkata, beliau pada mulanya menolak permohonan bazaar berkenaan, tetapi membatalkan keputusan tersebut setelah menerima surat sokongan Fong. Ahli Parlimen itu berkata namanya telah disalah guna. 

Ameer berkata, pembantu Fong, Sally Sian, tidak memahami keadaan apabila meminta peniaga tampil membantu siasatan mengenai aduan terhadap Noorhisyam. 

DBKL sepatutnya tidak meluluskan permohonan untuk bazaar itu,” kata Ameer.

Katanya, DBKL gagal mengurus bazaar berkenaan yang mengakibatkan kesesakan lalu lintas dan pembuangan sampah merata-mata.  DBKL perlu memikul tanggungjawab dan tidak bersembunyi di belakang ahli politik, tambah beliau.

Begitu teruknya pentadbiran kerajaan baru PH..  (IH)

4 comments:

Anonymous said...

jika benar ambil tindakan segera
jangan dibiar begitu saja
pakatan jangan diam
jnagnn anggap kecil nanti lagi bnayak kes mari
sebab tu peniaga terpaksa jual barangan mahal
pembeli juga jadi mangsa
penyangak politik

Anonymous said...

Cadangan: Kerajaan hendaklah mengharamkan penggunaan "Islam" oleh parti politik.
Dicadang oleh: Nik Abduh
Sokongan: Haji Hadi

Perbahasan: Anda2 semua dijemput membahaskannya.

Anonymous said...

Apabila badut pakatan membawa berita kepada anda, tolaklah berita tersebut dan badut pakatan tersebut.

Anonymous said...

Mereka ni kumpulan faasiqin. Suka melakukan perkara2 fahsyaa' dan mungkar. Fitnah adalah makama rohani mereka.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails