Tuesday, November 14, 2017

Wisma Tok Guru Akan Dirempuh PAS? -Menurut M'sia Dateline.



Pas Kelantan mengerah semua ahlinya untuk menyertai satu majlis himpunan kesyukuran dan solat hajat di Wisma Tok Guru, pada 16 November ini walaupun notisnya sebelum ini mempunyai permintaan yang berlainan. 

Sehubungan dengan itu, pemilik bangunan itu yang juga Adun Salor, Datuk Husam Musa menyifatkan tindakan Pas ini sebagai rempuhan ke pejabatnya dan bercanggah dengan notisnya sendiri. Husam yang membacakan notis yang dihantar kepadanya 12 Oktober lalu mengandungi butiran berlainan.
DatukHusam Musa
“Mengikut notis yang dikeluarkan oleh peguam Pas sekiranya pihak saya tidak mengosongkan bangunan Wisma Tok Guru selepas tamat tempoh yang diberikan, pihaknya akan membawa perkara ini ke mahkamah,” katanya ketika berucap selepas majlis solat hajat di situ malam tadi.

Menurutnya pihak Pas telah mengerah penyokong-penyokongnya untuk hadir secara tidak berperaturan untuk masuk ke premis tersebut.

“Pertama ia dibuat sebelum tamat tempoh notis.
“Kedua pihak kita sendiri belum buat sebarang keputusan.
“Ketiga kalaupun kita tidak keluar selepas notis seperti yang ditulis sendiri dalam dokumen itu, penyelesaianya ialah melalui perintah mahkamah,” katanya.

Beliau sekali lagi bertegas bahawa bangunan Wisma Tok Guru adalah pejabat ADUN Salor yang tidak ada kena mengena dengan Pas.

“Bangunan ini saya dirikan melalui jawatankuasa khas dengan cara membeli barang-barang binaan dan membayar kontraktor untuk upah menyiapkannya.
“Perbelanjaan yang digunakan adalah dari derma secara langsung arwah Datuk Rosli dan saya sendiri.
“Tidak pernah kita adakan majlis kutipan derma dari Pas,” katanya.

“Menteri besar sendiri Datuk Ahmad Yakub, timbalannya Datuk Mohd Amar dan exco kerajaan negeri Che Abdullah Mat Nawi tidak ada dalam senarai penderma.
“Adalah memalukan untuk mereka ini mengaku kononnya bangunan ini milik Pas, sedangkan mereka setengah sen pun tidak pernah menyumbang,” katanya.

Mengenai persiapan menghadapi tindakan Pas untuk menyerbu bangunan itu 16 November ini, beliau berkata pihaknya tidak akan menari mengikut rentak yang dipalu parti itu.

“Kita berpegang kepada peraturan dan undang-undang kerana amat pasti berhak sepenuhnya atas bangunan ini.
“Kita serahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk mengambil perhatian atas provokasi tidak bertamaddun ini,” katanya.

Beliau menyeru ahli-ahli AMANAH dan para penyokong kebenaran terus menerus berdoa kepada Allah untuk memberi pertolongannya kepada pihak yang benar.

“Malam ini kita solat hajat di sini sebagai tanda keyakinan kita untuk menyerahkan segalanya kepada pemilik segalanya.
“Tidak cukup setakat ini, semua perlu terus menerus berdoa dan bermunajat ke hadratnya memohon pertolonngan dan bantuan,” katanya. (Malaysia Dateline)


IKLAN:
Imej yang berkaitan

'Bukan nak tutup periuk nasi orang kita di Australia' -Utusan Online

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

1 comment:

Anonymous said...

Apa sudah jadi dengan PAS ni? Dalam notis mereka sendiri tertulis hendak bawa kes ke mahkamah, PAS sendiri yang tidak mematuhi notis yang sendiri keluarkan. Mabuk ketum atau khayal pil kudakah? Sifat busuk hati itu, eloklah disembunyikan!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails