Wednesday, November 15, 2017

Wisma T/Guru: Solat Hajat Malam Jumaat. Takdak Rempuhan Pun..


Pusat Khidmat Dun Salor 3
RIBUAN penyokong PAS dijangka hadir pada majlis kesyukuran dan solat hajat di pusat khidmat Dun Salor malam Jumaat ini. Yang Dipertua PAS Kubang Kerian, Ustaz Abdul Rahman Yunus berkata, lokasi yang menempatkan pusat khidmat Dun terbabit dijangka sendat dengan kehadiran penduduk tempatan dan penyokong PAS.
Ustaz Ab Rahman b Yunus
“Penyokong PAS terutamanya golongan veteran yang terbabit secara langsung dengan bangunan hadir bagi menyatakan kesyukuran mereka.
“Duit ringgit dan keringat mereka sebelum ini membolehkan kita melihat bangunan pusat khidmat itu yang dipanggil Wisma Tok Guru seperti yang ada sekarang,” katanya ketika ditemui di JKR 10 Kota Bharu petang tadi.
Dato Che Abdullah b Mat Nawi
Kelmarin Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, proses jual beli hartanah yang menempatkan Wisma Tok Guru selesai biar pun PAN membuat injuksi di mahkamah.  Lagi pun katanya, sepanjang notis pengosongan bangunan tersebut yang berakhir 12 November lepas, tiada pihak terbabit datang untuk berunding.
"Tiada pihak yang datang untuk berjumpa kita untuk bincang atau memberitahu mahu menyewa. Kita kira mereka tidak berminat.
“Oleh itu kita harap mereka bertindak profesional keluar daripada bangunan itu dengan bermaruah.
"Mereka kena ada rasa malu kerana duduk di atas tanah orang," katanya.
Abdul Rahman yang juga Adun Pasir Tumbuh berkata, persiapan sedang dijalankan termasuk memasang pembesar suara di kawasan serta lorong sekitar bangunan berkenaan.
Program solat hajat dan kesyukuran itu akan bermula selepas Maghrib diisi dengan kuliah agama, solat hajat, solat Isyak dan diakhiri ceramah pemimpin PAS Kelantan.
Manakala dalam perkembangan berkaitan PAN Dun Salor turut menganjurkan solat hajat di Wisma Tok Guru yang diimamkan Datuk Husam Musa malam tadi.
Difahamkan solat itu dihadiri sebahagian besar pimpinan PAN dari seluruh Kelantan. – HARAKAHDAILY 14/11/2017


IKLAN:
Imej yang berkaitan

'Bukan nak tutup periuk nasi orang kita di Australia' -Utusan Online

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

2 comments:

Anonymous said...

Pas bodo

Anonymous said...

Setuju dengan 12:34, PAS fikir daya intelek orang lain ini pun bodoh macam mereka jugakah?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails