Wednesday, November 22, 2017

Tutup Masjid Larang Solat, Akibat Politik Sekular..



Clichy, Paris: Setelah pihak berkuasa Perancis menutup sebuah masjid, kini umat Islam dihalang daripada menunaikan solat di atas jalan dengan menyifatkan ibadah tersebut tidak boleh diterima kerana menggunakan ruang awam. 

Menurut LA Times, Perancis yang mempunyai hampir 5 juta penduduk Islam menghadapi masalah kekurangan masjid yang kritikal dan keadaan ini memaksa umat Islam di negara itu untuk solat di atas jalan. Menteri Dalam Negeri, Gerard Collomb mengarahkan supaya umat Islam dihalang dari melaksanakan ibadah di atas jalan-jalan di negara itu. 

“Mereka tidak boleh solat di atas jalan, kami akan menghalangnya,” tegasnya lagi. 

Menurut laporan yang diterbitkan oleh Free Malaysia Today, kira-kira 100 orang ahli politik Perancis cuba menghalang umat Islam daripada menunaikan solat dan mengganggu mereka dengan menyanyikan lagu kebangsaan Perancis. 

Difahamkan, solat di atas jalan itu diadakan pada setiap hari Jumaat di Clichy sejak Mac lalu bagi membantah penutupan sebuah masjid ter­kenal tempatan yang sebelum ini ber­operasi di dalam sebuah bangunan kerajaan dan kini telah dijadikan perpustakaan. 

Dalam pada itu, Datuk Bandar Clichy, Remi Muzeau mendakwa terdapat sebuah lagi masjid yang ada di utara Perancis untuk umat Islam menunaikan solat. 

Walau bagaimanapun, imam masjid menolak cadangan tersebut kerana masjid tersebut terlalu kecil dan kekurangan jaringan pengangkutan yang dapat membawa jemaah mereka untuk solat di sana. 

Dilaporkan juga, kononnya ramai ahli politik di Malaysia mendakwa bahawa sistem sekular adalah yang terbaik demi melaksanakan keadilan tidak berbelah bagi untuk semua kaum. 

Namun Weblog Ibnu Hasyim membantah hal tersebut, Myanmar, Perancis, India, AS, UK dan banyak lagi negara yang menggunakan nama sekularisme menindas kumpulan minoriti di negara-negara itu.

"Kerana politik sekular adalah politik tiga suku (tidak sempurna) yang mengamalkan fahaman politik suku agama suku (iaitu pengasingan antara politik dan agama (way of life)" Tegas editornya Hj Mohd Hasyim.. 
(IH)


Lihat sebelum ini..

3 comments:

Anonymous said...

Perancis adalah bukan negara Islam dan majoriti rakyatnya adalah penganut kristian.Ini tidak ada kaitan dengan Politik Sekular .Kenaplah bodoh sangat otak admin ni.

Anonymous said...

Kat penjara di malaysia ni pun tak semua banduan dapat bersolat jumaat. Darurat katanya. Macamana tu bang lobai, ��

Anonymous said...

Pemimpin-pemimpin negara Barat adalah kepala bapak munafik yang berpura-pura berkata 'kebebasan beragama' dan 'hak asasi manusia' di waktu mereka dan barua mereka sibuk menindas agama Islam dan menafikan hak umat Islam mengamalkan ajaran Islam.

Mereka juga menjerit untuk 'keamanan dunia' konon di waktu tentera mereka sibuk menyokong rejim pengganas Israel dan menyerang dan memusnahkan negara-negara umat Islam dan membunuh umat Islam yang tidak bersalah !

KEPALA BAPAK MUSUH ISLAM !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails