Itam Alang, 78, yang mempu­nyai lima anak dan empat cucu dari Pos Hendrop bersyukur apabila dinikahkan semula mengikut cara Islam dengan isterinya, Aluij @ Saodah Along, 68.

Mereka adalah antara 44 pasangan Orang Asli yang bernikah cara adat kaum Temiar sebelum ini telah dinikahkan semula mengikut cara Islam pada program tersebut. Itam berkata, dia telah memeluk agama Islam sejak lima tahun lalu.

Katanya, selepas mendalami ajaran Islam dia dapat menyesuaikan diri dengan lara­ngan dalam agama Islam dan dapat mematuhinya sampai sekarang.

“Saya tak rasa bernikah semula ikut cara Islam rumit atau pelik kerana ini sudah menjadi kewajipan berbuat demikian disamping memiliki sijil nikah.
“Dulu kami berkahwin mengikut tradisi adat Orang Asli kerana masih belum mengenali agama Islam,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Program nikah perdana anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Kelantan (Maik) yang dirasmikan Setiausahanya, Rusydee Abdullah. Pasangan terbabit dinikahkan oleh jurunikah bertauliah daripada Maik, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Sementara itu, Alang Pandak, 77, yang sudah mempu­nyai tiga cucu pula tidak me­rasakan keputusan memeluk Islam telah terlewat, malah bersyukur dan menganggap­nya hidayah tidak terhingga daripada Allah.
Katanya, pernikahan semula dengan isterinya, Ela Along, 64, dapat memberi contoh terbaik kepada semua kaum itu yang sebelum ini tidak mempunyai pegangan agama.
“Sebelum ini saya hanya melihat dan menghadiri perkahwinan rakan-rakan melayu beragama Islam,” katanya. (UO)
Lihat sebelum ini..