Tuesday, November 21, 2017

Wanita Bertudung Ingkar Solat, Aset Masa Depan Negara.. Siti Kasim.



Kuantan: Asiah Abd Jalil adalah aset bagi masa depan negara kita, demikian pujian yang diberikan peguam penuh kontroversi Siti Zabedah Kasim (Siti Kasim) kepada Asiah Abd Jalil. 

Menurut Siti Kasim lagi, Asiah Abd Jalil yang amat beliau hormati dan kagumi itu juga selalu menyatakan betapa tinggi pandangannya terhadap diri Siti Kasim.

Menurut Siti Kasim lagi, Asiah Abd Jalil yang amat beliau hormati dan kagumi itu juga selalu menyatakan betapa tinggi pandangannya terhadap diri Siti Kasim. 

Peguam itu berkata, “Dia sentiasa mengatakan bahawa dia amat memandang tinggi terhadap saya tetapi saya sendiri yang berasa sungguh hormat dan kagum akan kekuatannya, ketahanannya, kebijaksanaannya dan keteguhannya.” 

“Asiah adalah satu aset bagi masa depan negara kita. Terima kasih Asiah.” 

Wanita yang mengaku sengaja meninggalkan solat fardhu itu diramalkan oleh Siti Kasim sebagai bakal menjadi peguam yang hebat pada suatu hari nanti. Oleh itu, Siti Kasim berikrar untuk membantu beliau menjadi seorang peguam yang bertauliah. 

Siti Kasim berkata, “Dia menawarkan bantuannya untuk beberapa kes Orang Asli dan kerana kami percaya wanita ini suatu hari nanti akan menjadi peguam yang hebat dan sungguh layak untuk menjadi ahli Majlis Peguam, kami akan bantu beliau menyertai Majlis Peguam secepat mungkin.” 

Asiah Abd Jalil pernah mendakwa kononnya masih belum menjadi peguam kerana disekat oleh peguam yang menyelianya sepanjang tempoh Latihan Dalam Kamar kerana enggan menerima saham dosa atas perilaku Asiah Abd Jalil yang disifatkan sebagai bertentangan dengan Islam. 

“Asiah, Saha Deva akan membawa perkara kamu ini ke mahkamah demi kamu. Hubungi saya atau dia. Mari benamkan as*hole ini,” sokong Siti Kasim. 

Kenyataan yang dikeluarkan oleh pemilik akaun Facebook bernama Asiah Abd Jalil yang dipercayai mengh
Kenyataan yang dikeluarkan oleh pemilik akaun Facebook bernama Asiah Abd Jalil yang dipercayai menghina kepercayaan agama Islam pada 12 November lalu.

Baru-baru ini, Gerakan Belia 4B Kawasan Kuantan telah membuat laporan polis terhadap Asiah Abd Jalil mengenai kenyataannya yang disifatkan menghina keperibadian dan keluarga Rasulullah S.A.W. (www.menara.my)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Negara yang tidak melaksanakan Islam sepenuhnya, tidak akan mampu menghukum orang yang hina agama, orang murtad (orang kafir lain, murtad lain) pemimpin politik yang berkuasa penuh, perasuah dan lain-lain, dengan hukuman sewajarnya. 

Jadi, apa solusinya? Pilihlah parti Islam dalam PRU 14 akan datang.


Lihat sebelum ini..

4 comments:

Anonymous said...

PERSOALAN YANG PERLU DIFIKIRKAN:

Apakah hubungan antara Siti dan Stephen Charles Hedges dan Clark County, Nevada dan Nevada, Marriage Index, 1956-2005 ? Bolehkah sesiapa menyiasat dan membongkar persoalan ini?

Bagaimana boleh seseorang wanita yang mendakwa dirinya beragama 'Islam' berkahwin dengan lelaki kafir jika Islam mengharamkan perkahwinan antara wanita Islam dan lelaki kafir ?

Anonymous said...

PERBANDINGAN UNTUK DIFIKIRKAN:

(1) Jika seseorang berkawan dengan penjual minyak wangi, maka bajunya akan menjadi wangi kerana percikan minyak wangi.

(2) Jika seseorang berkawan dengan tukang besi, mungkin bajunya akan terkena percikan bunga api dan mungkin terbakar.

(3) Jika seseorang berkawan dengan manusia yang sesat dan menyesatkan, maka akal, minda dan nafsu serakah dan hatinya akan terkena percikan kemungkaran dan kesesatan yang akan mendorong dia menentang Allah dan RasulNya dan agama Islam dan Pewaris Nabi (ulama-ulama Islam) !!!

Jika mahu mencari kawan, carilah kawan yang boleh mendorong kita semua ke jalan yang lurus dan benar yang diredhai oleh Allah dan RasulNya !

sayednoordin said...

Bab si tukang besi ni.. hanyalah kiasan... kerana t.besi pun sangat penting kpd kita dlm membuat senjata berguna...spt.pisau, golok, pedang, parang,keris dah tentu.. jangan pandang hina thdp.mereka.

Anonymous said...

Anon 10:33 PM yang dihormati,

Saya penulis komen 1:37 PM menulis (1) dan (2) berdasarkan hadis dan saya bersetuju dengan Anon 10:33 PM bahawa (1) dan (2) adalah kiasan sahaja. Kita tidak boleh memandang hina terhadap tukang besi kerana tukang besi telah memberi sumbangan yang sangat besar kepada manusia sejak zaman dahulu lagi. Saya mohon maaf jika berlaku salah faham pembaca.

Terima kasih

Syed

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails