Saturday, November 25, 2017

Produk Baru PAS WINS, Dapat Sambutan Hangat.. -Dr Zuhdi.


Bangsar South, 22 November 2017 – Satu dialog telah diadakan bagi memastikan rakyat mendapat pendedahan yang jelas mengenai produk terbaru Parti Islam Semalaysia (PAS) iaitu Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS).


Program yang menampilkan Dr Zuhdi Marzuki selaku Pengarah Pusat Penyelidikan PAS juga merupakan individu yang terlibat dalam merangka WINS disambut baik oleh penduduk setempat.
“WINS merupakan produk yang menggabungkan kesemua dokumen keluaran PAS seperti Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) dan Dokumen Hijau,” ujar beliau.
Ia mampu menggantikan model pemerintahan negara di seluruh dunia yang dilihat gagal menterjemah sistem pentadbiran yang digariskan Islam.
Prinsip asas WINS merangkumi kualiti insan dari aspek rohani, mental dan fizikal, pematuhan prinsip dan penyelesaian Islam, menaiktaraf kehidupan golongan miskin, pembangunan sosial adalah tanggungjawab bersama kerajaan pusat, negeri dan rakyat serta kehidupan beragama asas kestabilan dan keharmonian kaum.
Selain itu, ia turut menekankan mengenai pemisahan kuasa badan Legislatif, Eksekutif dan Judisiari, pengasingan kuasa politik dan ekonomi, penstrukturan sistem percukaian berdasarkan Islam, pembangunan negara berasaskan prinsip kelestarian dan mapan serta kekayaan dan hasil tempatan adalah milik bersama negara.
Mengulas mengenai perkembangan politik semasa, beliau menyatakan bahawa PAS tetap positif dalam menghadapi pilihanraya akan datang biarpun terpaksa bergerak sendirian.
“Kita optimis meletakkan target menguasai 4 negeri serta memenangi 40 kerusi di tempat yang akan dipertandingkan,” katanya.
Terdahulu, Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan bahawa PAS akan mempertahankan Kelantan dan Selangor selain memerintah semula Terengganu dan Kedah.
Para hadirin tidak melepaskan peluang mengajukan pelbagai soalan sekaligus merungkai kekeliruan yang ditimbulkan oleh pihak luar.
Majlis berakhir sekitar jam 12 malam.

Lihat sebelum ini..

7 comments:

Anonymous said...

Mana yg LBGT, liberal dan anti Islam akan dicintai Oleh PAN. Buktinya PAN sahabat DAP yg anti Islam

Anonymous said...

Umat Islam tulen akan mengundi parti Islam kerana parti Islam menjadikan Al-Qur'an dan Sunnah sebagai dasar dan matlamat perjuangan parti Islam. Sebaliknya puak munafik liberal bersekongkol , bersekutu dan bekerjasama dengan parti kafir harbi seperti parti DA-Pig, MaCAi,Gelakkan dan MICkey mouse menentang ajaran Islam dan berusaha menyesatkan umat Islam.

trowluck said...

nak undi wat apa...masuk parlimen jer jadi tunggul..berkecuali..huhuhu

Anonymous said...

Macai dedak roket 1:14pm suka undi parti kafir harbi roket sebab sifu telah berjanji untuk mengupah anak dara menanggis dari rumah ke kubur dan sifu juga bermurah hati mahu memberikan wang neraka untuk shpping dan rasuah dalam kubur dan kubur subsidi di kaki bukit jika barua dedak mati.

Anonymous said...

Wah badut 1:14pm suka undi pemimpin DA-Pig yang berani menghina Islam secara terbuka! Biasalah puak sesat akan sokong puak sesat juga.

Anonymous said...

Sebenarnya Pakatan Tiada Harapan baru sedar parti Islam adalah kingmaker maka tidak hairan puak dedak roket ini memfitnah parti Islam.

Anonymous said...

Nak undi CEC wat apa... Melayu masuk parti roket jadi tunggul je ....huhuhu


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails