Wednesday, November 22, 2017

Berebut Jawatan, Amanah Baling Bergolak.

manah Baling bergolak, krisis berebut jawatan

BALING - Amanah Baling bergolak apabila separuh ahli dan kepimpinan utama termasuk ketuanya keluar parti selepas berlaku krisis perebutan jawatan.
Difahamkan, antara jawatan dikosongkan pimpinan sebelum ini ialah ketua, ketua wanita dan setiausaha.
Salah seorang bekas pimpinan Amanah, Rosli Hassan berkata, keputusan meletakkan jawatan beramai-ramai itu bagi menyedarkan sebahagian pimpinan lain yang disifatkan 'tidak telus'.


"Sejak Amanah Baling ditubuhkan pada 2016, pengurusan berjalan lancar. Ramai daripada ahli Pas ketika itu keluar menyertai Amanah.

"Tetapi apabila berlaku perebutan bagi tiga jawatan tertinggi, ia menyebabkan berlaku perpecahan menjadi dua kumpulan," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Menurutnya,  krisis bermula apabila bekas ahli Umno diterima masuk ke dalam parti biarpun individu berkenaan dipercayai menyebabkan perpecahan dalam Bersatu Baling.

"Daripada Umno individu itu masuk ke dalam Bersatu, selepas berjaya meretakkan pimpinan Bersatu Baling beliau beralih menyertai Amanah.

"Keputusan itu diterima sebahagian lain dan sebahagian lagi menentang," katanya. - sh 


Lihat sebelum ini..

4 comments:

mohd shahran said...

sebelum sibuk pasal rumah tangga orang .. betulkan parti sendiri/.. haram jadah 2 ekor punca bn menang

Anonymous said...

Bukan 2. Tapi 26

Anonymous said...

Wah dua ekor barua ternakan parti kuali meroyan dalam komen di atas sebab tidak dapat menerima fakta pemimpin-pemimpin parti kuali gila kuasa ! Lain kali baca tajuk artikel dulu sebelum komen ! Itulah masa sekolah dulu, buat karangan tidak mengikut tajut dalam soalan ! Akhirnya jadi barua parti kuali yang bernaung dibawah ketiak sifu roket ! Memalukan !

Anonymous said...

Pemimpin parti kuali tidak boleh dipercayai kerana mereka menjadi barua DA-Pig yang menentang agama Islam dan menafikan hak umat Islam di negara ini. Seorang pemimpin parti kuali bernama Musang mendakwa mahu menyelamatkan negara di waktu dia dan geng kualinya menduduki tanah parti Islam secara haram dan merampas bangunan milik jemaah parti Islam dan pada masa yang sama anak Musang sibuk mengedar pil kuda ! Oh kasihan ! Cakap tak serupa bikin ! Ketam mengajar anak berjalan !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails