Channel News Asia melaporkan, minyak bio tersebut dihasilkan menerusi campuran minyak kopi yang diekstrak daripada sisa kisaran biji kopi dengan diesel.

Syarikat pengeluar minyak Shell dan firma teknologi, Bio-bean dalam satu kenyataan ber­sama menjelaskan minyak kopi tersebut boleh ditambah ke dalam rantaian bekalan bahan api di London tanpa memerlukan sebarang pengubahsuaian.

Pengasas Bio-ben, Arthur Kay menyatakan penggunaan sisa kopi yang diubah menjadi bahan api adalah satu perkara yang amat menarik. Ketua Pengarah Hal Ehwal Luar Shell Singapura, Jason Leow pula menyifatkan teknologi ber­kenaan berguna kepada negara yang mempunyai volum penggunaan kenderaan yang tinggi.

“Bahan api ini bukan sahaja boleh digunakan di London, ma­lah ia berpotensi untuk negara di seluruh dunia yang bercadang untuk menggunakan sistem pe­ngangkutan lebih efisien serta tahan lama,” katanya.

Berkerjasama dengan penge­luar minyak bio iaitu Argent Energy menyaksikan campuran akhir bahan api tersebut terdiri daripada 80 peratus diesel dan 20 peratus minyak bio.

Bahan api baharu itu berupaya mewujudkan alam sekitar yang lebih bersih apabila ia mengurangkan pelepasan gas karbon berlebihan yang boleh mencemarkan udara.

Secara purata, penduduk Lon­­don minum 2.3 cawan kopi sehari, sekali gus menghasilkan kira-kira 200,000 tan sisa kopi setiap tahun dan kesemua sisa kopi tersebut akan dikumpul daripada kedai minuman serta kilang.

Setakat ini, sebanyak 6,000 li­ter minyak kopi sudah dihasilkan dan berupaya menjana operasi bas selama setahun. (TKO)


Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik: 1 Hingga 4
Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik:  1 Hingga 3 
E-Buku IH-10: Siri 1
Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik: 1 Hingga 3 
E-Buku IH-53: Siri 2
Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik: 1 Hingga 3 
E-Buku IH-68: Siri 3
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)  

E-Buku IH-103: Siri 4