Friday, November 24, 2017

DAP Takut Isytihar Harta, Larang Wakil Rakyatnya.



DAP telah melarang wakil rakyat parti mereka menyertai program akur janji mengisytiharkan harta yang dianjurkan pusat kajian INVOKE kelolaan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, lapor sumber dalaman parti berkenaan. 
Sumber dalaman itu memberitahu The Star bahawa arahan tersebut dikeluarkan DAP menerusi sebuah memo yang diedarkan kepada semua wakil rakyat DAP menerusi aplikasi Whatsapp secara tertutup.

“Memo itu menyebut ‘aku janji (mengisytiharkan harta) akan mendatangkan kesusahan kepada parti’ terutama ketika pilihan raya semakin tiba,” ujar sumber berkenaan.

Pegawai parti yang tidak mahu namanya disiarkan, berkata mesej itu disebarkan dalam sembang kumpulan WhatsApp tertutup yang dipanggil “Ahli Parlimen DAP”, yang terdiri daripada semua ahli Parlimen parti berkenaan.
Ketua Ahli Parlimen DAP adalah Lim Kit Siang.

“Dalam perbincangan tertutup itu, kebanyakan Ahli Parlimen DAP bersetuju bahawa mereka hanya bersedia melakukannya (mengisytiharkan aset) sebaik sahaja mereka membentuk kerajaan yang akan datang,” kata pegawai itu.

Bagaimanapun, pegawai itu mendakwa terdapat pertembungan pendapat antara beberapa Ahli Parlimen, di mana sembilan daripada mereka mahu menandatangani borang pengisytiharan aset sementara yang lain menentang.
Naib Presiden DAP Teresa Kok berkata dia tidak pernah dihubungi INVOKE untuk menandatangani ikrar akuan aset tersebut.

Beliau juga turut menafikan terdapat sebarang arahan yang dikeluarkan parti dalam kumpulan WhatsApp tertutup itu.

Minggu lalu, Rafizi mencadangkan agar wakil rakyat Pakatan Harapan mengisytiharkan harta bersama INVOKE menjelang PRU14 di samping berikrar taat setia bersama Pakatan Harapan sekiranya menang pilihan raya. Bagaimanapun Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan cadangan tersebut merupakan idea INVOKE, bukannya Pakatan Harapan.

Ujarnya Majlis Presiden Pakatan Harapan belum membuat sebarang keputusan untuk mengisytiharkan harta sepertimana dicadangkan oleh Rafizi.

“Dia yang buat pengisytiharan. Kita tidak tahu apa-apa. Kita ada strategi kita sendiri dan akan ikut keputusan akhir yang akan dibuat Majlis Presiden,” kata Mahathir. - AIDCNews

Komen Weblog Ibnu Hasyim: DAP takut Isytihar harta, yang lain semua kena ikut. Mesti patuh pada DAP, ini bukti parti-parti lain tidak berkuasa, jadi pak angguk saja.





Lihat sebelum ini..

9 comments:

Anonymous said...

http://www.malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/601162-guan-eng-mengaku-beli-bunglow-dengan-diskaun-lebih-rm3-juta.html

Guan Eng Mengaku Beli Banglo Dengan Diskaun Lebih RM3 juta

PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengakui membeli rumah banglo di Jalan Pinhorn di sini, dengan harga lebih rendah dari pasaran semasa.

Beliau yang juga Penasihat DAP mengakui berunding secara terus dengan pemilik kediaman tersebut dengan harga RM2.8 juta berbanding harga pasaran sekitar RM6 juta hingga RM6.5 juta.

"Saya beli rumah tersebut dengan harga RM2.8 juta pada 28 Julai 2015, bukan dari pemaju swasta tetapi dari individu persendirian. Saya bayar dengan mengambil pinjaman bank RM2.1 juta dan baki RM700,000 dibayar secara tunai yang saya peroleh selepas saya dilantik sebagai Ketua Menteri dan wakil rakyat," katanya.

[Baca : Guan Eng Beruntung Beli Rumah RM6.5 Juta Dapat Diskaun RM3.7 Juta]Guan Eng Beruntung Beli Rumah RM6.5 Juta Dapat Diskaun RM3.7 Juta]

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabuddin Yahaya berkata Guan Eng perlu disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran membeli rumah dibawah harga pasaran dari seorang ahli perniagaan sebagai balasan memberi tanah kerajaan negeri di Taman Manggis.

"Tiada apa untuk saya sembunyikan. Saya ingin mengajak Datuk Shabudin Yahaya dalam pertemuan dengan saya seorang diri di pejabat saya di Komtar pada jam 11 pagi 20 Mac, Ahad ini dihadapan seluruh media.

"Jika beliau ada bukti, kita tunggu beliau tunjukkan pada Ahad ini dan pejabat saya akan menghantar pesanan kepada beliau untuk hadir pada Ahad ini jam 11 pagi," katanya kepada media.

Guan Eng dalam pada itu juga menafikan dakwaan beliau membeli rumah tersebut dengan harga rendah sebagai balasan memberi tanah kerajaan kepada ahli perniagaan tersebut.

"Ini bukan kali pertama dakwaan rasuah palsu dibuat berkaitan tanah Taman Manggis.

"Penjual rumah saya tidak terlibat dengan syarikat yang memenangi bidaan tanah tersebut dan bukan pengarah atau pemegang saham syarikat terbabit," katanya.

Beliau juga tidak mengetahui bahawa tanah di Taman Manggis sepatutnya digunakan untuk pembinaan rumah kos rendah, dan tanah tersebut ditawarkan untuk membina hospital pakar bagi tujuan pelancongan kesihatan.

"Tuduhan rasuah tanpa asas, kebenaran atau fakta merupakan karakter untuk membunuh saya secara politik dengan cubaan meyamakan saya dengan BN. Selagi Shabudin menghadkan komennya didalam dewan Parlimen, beliau akan menikmati imuniti dari tindakan undang-undang.

"Ini sebab saya mengajak beliau dalam perjumpaan secara berdepan. Beliau akan diberikan budi bicara dan apabila beliau hadir pada perjumpaan ini, rakyat Malaysia boleh mengadili sendiri siapa yang bercakap benar, siapa yang bersih dan siapa yang membuat tuduhan liar, tidak bertanggung jawab dan bersifat peribadi," katanya lagi.

-mD

Anonymous said...

http://www.malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/683205-kos-kajian-terowong-dasar-laut-kanada-rm325-ribu-pulau-pinang-rm20-juta.html

Kos Kajian Terowong Dasar Laut Kanada RM325 Ribu, Pulau Pinang RM20 Juta

Laporan Kajian Kebolehlaksanaan Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang menghubungkan tanah besar ke bahagian pulau menelan lebih hampir 61 kali ganda lebih mahal daripada projek hampir sama di Kanada.

Memetik pengakuan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Pulau Pinang, Lim Hock Seng, kajian kebolehlaksanaan, reka bentuk terperinci dan kajian impak alam sekitar bagi projek terowong negeri berharga RM305 juta.

Bagi kos kajian kebolehlaksanaan, RM31.269 diperuntukkan bagi kajian pembinaan tiga jalan raya utama untuk ke terowong berkenaan dan RM20 juta lagi bagi kajian untuk membina terowong berkenaan.

"Menjadikan jumlah kajian kebolehlaksanaan RM51.269 juta iaitu 0.93 peratus daripada kos pembinaan," kata Hock Seng.

Walaubagaimanapun, jumlah berkenaan adalah 61 kali ganda lebih tinggi berbanding projek sama yang lebih panjang di Kanada.

Cadangan laluan terowong Quebec City-Lévis sepanjang 7.8 kmCadangan laluan terowong Quebec City-Lévis sepanjang 7.8 km

Kos kajian projek terowong dasar laut menghubungkan Quebec City-Lévis di Kanda sepanjang 7.8 kilometer hanya menelan kos RM325,000 berbanding RM20 juta untuk melakukan kajian kebolehlaksanaan untuk laluan dari Persiaran Gurney ke bahagian pulau sepanjang 7.2 kilometer.

Memetik laporan CBC News, projek di Kanada yang menelan belanja RM13 bilion itu dijangka siap menjelang 2030 dan kos penyelenggaraan bagi 100 tahun kemudian dianggarkan bernilai RM7.5 bilion.

Kos berkenaan diumumkan oleh jurutera awam dilantik oleh Kemeterian Pengangkutan Quebec, Profesor Bruno Massicotte, setelah menyiapkan laporan berkenaan dalam tempoh kurang setahun.

Sementara konsortium Zenith-BUCG Sdn Bhd yang dilantik kerajaan Pulau Pinang untuk menyiapkan laporan berekenaan masih belum menghantar kajian lengkap kepada Kementerian Kerja Raya sungguhpun sudah masuk tahun kedua kajiannya.

Dilaporkan juga, kerajaan negeri teraju Ketua Menteri Lim Guan Eng juga sudah meluluskan RM135 juta bayaran pendahuluan kepada konsortium berkenaan dengan menyerahkan beberapa bidang tanah kerajaan negeri kepada syarikat berkenaan.

- mD

Anonymous said...

http://www.pisau.net/terima-dana-1-2billion-dari-israel-dap-perlu-segera-kemuka-saman/

Terima Dana 1.2Billion Dari Israel, DAP Perlu Segera Kemuka Saman.

Roketkona-Penasihat DAP, Lim Kit Siang didesak mengemukan saman bagi membuktikan partinya tidak pernah menerima dana RM1.2 bilion dari Israel untuk pilihan raya umum lalu seperti didedahkan bekas Pegawai Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohamed Razali Abdul Rahman, lapor sebuah portal berita.

Menurut portal berita berkenaan, desakan tersebut semakin kuat setelah poster kenyataan Kit Siang awal tahun ini disebarkan melalui media sosial.

Kit Siang, Januari lalu, berjanji akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan Razali, namun setelah lebih lapan bulan, kepimpinan DAP dilihat masih membisu.

Tindakan kepimpinan parti tersebut yang terus menyepi menimbulkan tanda tanya dan seolah mengiyakan kenyataan Razali mengenai dana dari Israel itu.

Razali, bekas pegawai khas KM Pulau Pinang, mendedahkan bahawa parti DAP menerima USD 300 juta (RM1.2 bilion) dari kerajaan Israel secara bersyarat pada pilihan raya umum lalu, melalui kedutaan negara itu di Singapura.

Anonymous said...

Hadi dan 10 budak hitam...lari menikus,merekalah patut istiharkan harta.sebab mengaku parti islam. ustaz nasha.pun sama..berkokok suruh orng2 bukan,islam.Tapi yng mengaku islam????

Anonymous said...

Yang suruh disclose PKR yakni komponen PH. Yg tak mau DAP. Ini jawabnya what the fook

Anonymous said...

AIII PAS dah saman Sarawak Report. Apasal DAP tarak saman pasal duit yahudi

Anonymous said...

Rakyat telah mengetahui parti ultra-kiasu DA-Pig telah menipu dan merugikan rakyat dengan mengadakan projek kencing rakyat seperti kertas kerja RM300 juta, banglo terlajak murah dan projek yang tidal lulus jabatan alam sekitar yang menyebabkan banjir dan tanah runtuh dan rakyat terbunuh. Bodoh punya olang!

Anonymous said...

Pemimpin dan barua DA-Pig takut istihar harta sebab harta dan wang mereka kumpul dari projek menipu rakyat. Boss roket sendiri keluar masuk mahkamah kerana dakwaan rasuah banglo terlajak murah.

Anonymous said...

PAS berani kerana benar, DA-Pig takut kerana salah. Berbeza dengan DA-Pig, pemimpin PAS mempunyai rekod yang bersih tanpa rasuah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails