Saturday, November 25, 2017

Premis `minum dan raba' Terus Ke Hotel Berhampiran.





SERDANG: Keasyikan sebahagian pengunjung sebuah premis hiburan di Puchong, berhibur ditemani wanita warga Vietnam, terhenti apabila diserbu polis, sebentar tadi.
Serbuan dijalankan seawal jam 10.30 malam hasil risikan dan maklumat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Polis Kontinjen Selangor, dibantu Polis Daerah Serdang.
Hasil intipan yang dijalankan sejak seminggu lalu itu, premis berkenaan sentiasa dipenuhi wanita warga asing, yang dipercayai menawarkan khidmat tidak bermoral kepada pelanggan ketika di meja minuman, selain perkhidmatan seks di hotel berhampiran.
Ketika serbuan dibuat, sebahagian daripada lebih 125 pelanggan panik dan cuba melarikan diri sehingga menyebabkan seorang anggota cedera akibat rempuhan.
Hasil pemeriksaan, seramai 34 wanita warga Vietnam dan seorang wanita warga Thailand, dipercayai pelayan premis hiburan berkenaan ditahan.
Hasil carian imej untuk Premis `minum dan raba' kena serbu
 ANTARA Warga asing yang di tahan pada Operasi Khas jenayah, Polis Kontinjen Selangor bahagian siasatan jenayah maksiat, judi dan kongsi gelap (D7) yang ...
Empat daripada mereka didapati tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sosial, manakala selebihnya dikesan memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial.
Berdasarkan maklumat, premis sama sering diserbu pihak berkuasa, namun akibat kebocoran maklumat, wanita warga asing gagal diberkas.
Semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk tindakan lanjut mengikut Akta Imigresen.
Lihat sebelum ini..

6 comments:

Anonymous said...

Minum dan raba adalah kegemaran parti DA-Pig dan parti-parti ternakan DA-Pig. Maka kita tidak merasa hairan melihat mereka memperjuangkan dan membela festival arak terbuka.Minum dan raba!

Anonymous said...

Kaki botol minum dan raba betina gatal. Selepas itu apa akan berlaku? Zina! Inilah ajaran liberal DA-Pig yang menentang Islam.

Anonymous said...

https://aidcnews.wordpress.com/2017/11/23/guan-eng-puji-tengku-zulpuri-berani-pertahankan-oktoberfest/

Guan Eng Puji Tengku Zulpuri Berani Pertahankan Oktoberfest


AIDCNews -23/11/17 –Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memuji keberanian ADUN DAP Mentakab, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji kerana berani mempertahankan pesta arak Oktoberfest, walaupun menggunakan bahasa kiasan.

Dalam sidang DUN Pahang, Tengku Zulpuri menyindir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaacob dengan berkata walaupun di Mentakab tidak ada pesta arak, namun hujan lebat masih turun dan banjir masih berlaku.

Memuji kenyataan Tengku Zulpuri yang baharu dilantik Naib Pengerusi DAP kebangsaan itu, Guan Eng berkata banjir tidak ada kena pesta arak.

“Sebelum ini Adnan pernah menyalahkan penganjuran Oktoberfest sebagai sebabnya bencana ribut kencang dan banjir berlaku di Pulau Pinang.

Quantum Metal Consultant said...

Bagaimana mereka yang tidak mempunyai apa apa dokumen boleh lolos masuk ke dalam negara Inipun kerja DAP juga ke?

Dan siapa lebai yang tonton filem porno berbayar di German? Penafian pun tak buat?

Kita boleh salahkan pihak tertentu tetapi biarlah bertempat...simpan sikit bodoh tu..

Anonymous said...

festival arak , kertas kerja rm300juta, banglo terlajak murah, banjir kilat dan tanah runtuh dan orang mati di Penang salahkan lebai juga ke? Hoi barua dedak 8:58am simpan sikit bodoh tu ....

Anonymous said...

Siapa yg salahkan lebai?

Yang kau panas kenapa?

Simpan sikit biadap dan maki tu..atau memang dah asal usul keturunan dibesarkan dengan maki hamun.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails