Thursday, November 23, 2017

Institusi Islam Terancam Apabila DAP Berkuasa – Dr Zuhdi


KUALA LUMPUR: “Institusi Islam akan terancam sekiranya Democratic Action Party (DAP) memperolehi kuasa di negara ini,” tegas Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi Marzuki.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan adakah DAP akan mempertahankan institusi Islam di negara ini seperti yang diwar-warkan sekiranya agenda mereka berterusan.
Menurutnya, DAP sememangnya sebuah parti yang mendukung sekularisme sebagaimana termaktub dalam perlembagaan parti mereka, sudah tentu mereka tidak berminat mempertahankan agama Islam.
Dr Zuhdi berkata, meskipun ahli-ahli mereka dari pelbagai agama hakikatnya mereka tetap mengamalkan peminggiran terhadap ajaran sebenar agama.
Mengulas lanjut persoalan adakah DAP benar-benar memperkasakan Islam di Pulau Pinang, Dr Zuhdi Marzuki berkata, “DAP hanya melakukan usaha-usaha kosmetik berkaitan dengan agenda Islam sedangkan hakikat sebenarnya banyak usaha menyekat agenda Islam di belakang tabir giat dijalankan para pemimpinnya.”
Beliau menjelaskan, sebagai contohnya, gangguan DAP terhadap Institusi Fatwa di Pulau Pinang, selain turut mengabaikan usaha menyelamatkan tanah waqaf dan menaja program-program Muslim Liberal di Penang Institute dan lain-lain.
“Ini juga terbukti apabila banyak hal-hal berkaitan urusan agama dihalang oleh pemimpin-pemimpin DAP,” ujarnya lagi.
Zuhdi menegaskan, “Antara halangan yang telah diberi oleh DAP setakat ini untuk memperkasa Islam di Malaysia ialah mereka dilihat mahu membawa versi Muslim liberal terhadap ajaran Islam dengan melanggar pihak berotoriti seperti Majlis Agama Islam dan Institusi Fatwa – menara.my
Lihat sebelum ini..


Video: Ikrar Mempetahankan Kerajaan Islam Kelantan. Dan Isu semasa.

11 comments:

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

KATA PEDANG: Bukti-Bukti DAP Anti-Islam Semakin Viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2014/06/ahli-parlimen-dap-mahu-orang-islam-hormati-hak-orang-murtad-amal-agama-baharu/

Ahli Parlimen DAP Mahu Orang Islam Hormati Hak Orang Murtad Amal Agama Baharu


KUALA LUMPUR, 11 Jun – Saranan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) agar umat Islam menghormati hak saudara seagama mereka yang murtad untuk mengamalkan agama baharu, dilihat sebagai sesuatu yang tidak wajar dan boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata saranan itu dilihat amat menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

“Dalam urusan beragama, selain Perlembagaan Persekutuan, kita ada peruntukan di bawah kerajaan negeri, serta hukum dibuat oleh Majlis Agama atau Majlis Fatwa.

“Dan perkara ini kita kena ambil kira. Dia bukan soal tengok satu perspektif sahaja,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Razali, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata, adalah tidak adil sekiranya Ngeh hanya menggunakan Perkara 11 bagi menyokong hujah beliau, tanpa mengambil kira Perkara 3 iaitu Islam adalah Agama Persekutuan.

Terdahulu, Ngeh menyatakan perkara itu adalah berdasarkan peruntukan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu.

“Saya berharap orang Islam boleh terima peruntukan 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu oleh orang perseorangan.

“Kalau seseorang itu hendak meninggalkan agama dan dia berusia lebih 18 tahun, kita mesti menghormati hak yang sudah diberikan kepada mereka yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014.

Anonymous said...

http://www.indahnyaislam.my/2017/09/umat-islam-wajib-tolak-pihak-promosi-maksiat/

Umat Islam wajib tolak pihak promosi maksiat

Timbalan Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim berkata, mereka yang berani mempertahan dan menganjur kemaksiatan sangat bahaya untuk masyarakat.

“Saya tak nafikan ada parti yang cuba mempertahankan penganjuran festival arak yang akan diadakan Oktober ini.

“Tidakkah mereka faham ini negara Islam? Sebuah negara Islam sepatutnya tidak mempromosi arak apatah lagi menjadikan ia acara tahunan.

“Sensitiviti majoriti penduduk muslim sepatutnya diambil kira,” katanya ketika dihubungi Ismaweb, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, DAP tetap meneruskan penganjuran pesta arak Better Beer Festival 2017 di ibu negara pada 6 Oktober depan, meskipun menerima bantahan daripada pelbagai pihak khususnya PAS.

Ustaz Zamri berkata, festival arak itu sangat berlawanan dengan indeks Syariah yang diwar-warkan.
Justeru, umat Islam wajib menolak mana-mana pihak yang mempromosi kemaksiatan dalam negara ini. – Ismaweb

Anonymous said...

Menyokkong Ketua Musyriqin Penang sama hebat dengan menyokong Abu Lahab

Anonymous said...

Puak kafir harbi dan puak liberal adalah musuh Islam yang sedang berusaha melemahkan dan menghapuskan agama Islam dan menafikan hak umat Islam termasuk kaum Melayu di negara ini. Oleh sebab itu, musuh-musuh Islam berusaha melemahkan dan menghapuskan parti Islam PAS kerana parti Islam tersebut berusaha membela agama Islam dan hak umat Islam.

Zali Mohd said...

Ta tau na kata apa dah dgn puak yg dok kafir orang ni,Islam hanya buat mereka aje kesian di negara lain yg ta.ada Party PAS semuanya kafir...

Anonymous said...

Kamulah anon 2.56pm yang menulis komen untuk mengkafirkan umat Islam. Berapa banyak upah dedak roket kamu terima? Kamulah musang berbulu ayam yang cuba memecahkan perpaduan umat Islam dengan memfitnah parti Islam.

Anonymous said...

Nampaknya cybertrooper roket terlalu terdesak mahu memfitnah parti Islam.

Anonymous said...

Pelbagai fitnah seperti kerajaan UG, rasuah rm90 juta , parti taleban dll telah dicipta oleh barua-barua ternakan parti ultra-kiasu roket untuk memfitnah parti Islam PAS jelas membuktikan barua dan pemimpin roket adalah pendusta.

Anonymous said...

Apa yg salahnya dgn DAPyg anti islam hatta melayu sekalipun KALAU ADA. Bukankah peejuangan PAS tu melayu, islam dan sultan/raja? Mana utk org2 bukan islamnya? Kalau melayu islam merasa berhak perjuangkan melayunya, agamanya dan sultannya, kenapa nafikan mereka?

Anonymous said...

Parti kafir sibuk campurtangan dalam agama Islam dan menghina agama Islam dan umat Islam. Adakah orang kafir gembira jika umat Islam campurtangan dalam agama kafir?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails