Friday, November 24, 2017

PH Kalah 1 Undi. Baru Tahu PAS Boleh Jadi King Maker Di PRU 14?



Undi belah bagi: Wan Azizah, LKS, Muhyiddin ada di mana?

SEMENJAK malam tadi (20 Nov 2017), kecoh di alam maya berkenaan berita Kerajaan hampir kalah dalam undian Bajet 2018 dengan keputusan 52 yang menyokong, 51 menolak, dan 2 berkecuali.  Oleh sebab Pakatan Harapan kalah dengan majoriti 1 undi sahaja, maka mereka dengan semudahnya menjadikan PAS sebagai kambing hitam untuk dipersalahkan.

Terdapat beberapa kekeliruan dan penipuan fakta yang perlu diperjelaskan di sini;

a) Adakah undian malam tadi adalah berkenaan usul untuk kenaikan kos sara hidup dan harga petrol?
Jawapannya: TIDAK.
Undian malam tadi adalah berkenaan meluluskan Bajet untuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) beroperasi bagi tahun 2018.

b) Apakah isi kandungan Bajet KPDNKK yang hendak diluluskan malam tadi?
Bajet yang berjumlah RM1.43 billion adalah untuk melaksanakan program;
- pembangunan perdagangan dalam negeri
- pembangunan koperasi
- pendayaupayaan pengguna
- kecemerlangan organisasi

c) Mengapa ada ahli Parlimen PAS berkecuali dan ada yang menolak ketika pengundian semalam?

Ketika undian belah bahagi peringkat Dasar Bajet 2018 berlangsung pada 13 November 2017, sudah ada keputusan secara kolektif lebih awal untuk Ahli Parlimen PAS Berkecuali atas sebab yang sudah diperjelaskan sebelum ini.

Namun, undian belah bahagi di peringkat Jawatankuasa (Kementerian) seperti yang berlaku semalam adalah perkara di luar jangka yang berlaku secara mengejut (on the spot) tanpa sempat para Ahli Parlimen PAS mengadakan mesyuarat precouncil bagi membuat keputusan secara kolektif.

Apa yang berlaku di dewan malam tadi telah menzahirkan hikmah besar di sebaliknya iaitu hasrat PAS untuk menjadi King Maker bukanlah omong kosong.

Senario ini terbukti apabila walaupun hanya dengan 2 orang sahaja Ahli Parlimen PAS Berkecuali, ia menjadi penentu keputusan samada Kerajaan berjaya meluluskan Bajet atau PH berjaya dalam operasi serang hendap undian belah bahagi tersebut.

Adakah salah PAS Berkecuali?

Ia adalah pendirian konsisten PAS yang telah dizahirkan semasa pengundian Bajet bagi tahun 2016 dan 2017 lagi. Hal ini kerana PAS berpandangan terdapat unsur yang bermanfaat untuk rakyat seperti subsidi dan ada juga elemen negatif seperti GST yang menyusahkan rakyat.

Maka, PAS memilih untuk berkecuali iaitu tidak menyokong sepenuhnya dan menolak sepenuhnya Bajet tersebut. Hakikatnya, PH telah gagal dalam pengundian malam tadi. Namun, PAS pula yang dipersalah sebagai punca kekalahan mereka. Adakah ini adil.?

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa terdapat lebih 20 orang Ahli Parlimen PH tidak hadir semasa pengundian berlangsung. Portal Malaysiakini pro PH hanya menyenaraikan nama 6 Ahli Parlimen PAS yang tidak hadir sedangkan mereka tidak pula melaporkan siapa Ahli Parlimen PH yang tidak hadir.

Oleh sebab mereka malu untuk mendedahkan nama tersebut, eloklah saya bantu menyenaraikan sebahagian tokoh besar PH yang tidak hadir iaitu;

a) Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Wan Azizah (Permatang Pauh)
b) Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang (Gelang Patah)
c) Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh)
d) Timbalan Presiden PKR, Dato' Seri Azmin Ali (Gombak)
e) Pengerusi DAP, Tan Kok Wai (Cheras)
f) Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai)

Senarai nama ini panjang lagi, cuma sebaiknya juak PH bertanyalah kepada pemimpin mereka yang tidak hadir ini? Adakah mereka ponteng dewan? Adakah mereka berkecuali? Bukankah ketidakhadiran mereka ini adalah punca utama kegagalan PH dalam operasi serang hendap pengundian semalam?

Kepada pemimpin dan penyokong PH, berhentilah membuat fitnah dan mengkambing hitamkan PAS demi menutup kegagalan strategi mereka sendiri.
Kononnya, undian semalam untuk kenaikan kos sara hidup dan harga barang sedangkan sebenarnya, undian tersebut adalah untuk meluluskan Bajet Kementerian KPDNKK beroperasi.

Adakah PH benar-benar serius untuk menolak Bajet? Atau sebenarnya mereka hanya bersandiwara menipu rakyat? Untuk makluman, terdapat sebanyak 25 Kementerian di bawah Kerajaan Pusat. Apabila Bajet sudah diluluskan di peringkat Dasar, ia kini berada di peringkat Jawatankuasa iaitu perbahasan menjurus kepada pecahan terperinci mengikut butiran kepala pembangunan setiap Kementerian.

Perbahasan peringkat Jawatankuasa sudah bermula pada Selasa, 14 November 2017. Mengapa PH tidak pula meminta undian belah-bahagi setiap kali bajet Kementerian selesai dibahaskan?

Contohnya, semalam terdapat 3 Bajet Kementerian dibahaskan iaitu

a) Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
b) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
c) Kementerian Kerja Raya

PH hanya meminta undian belah bahagi ketika Bajet KPDNKK sahaja. Jelas, mereka hanya main-main sahaja sebenarnya. Pemimpin PH saban hari mengecam, memperli dan memfitnah PAS. Tetapi, anehnya ketika pengundian semalam tanpa segan silu pula mereka merayu kepada PAS untuk mengundi menjayakan misi mereka.

Hipokrit bukan?
PAS mereka tak mahu, tetapi undi Ahli Parlimen PAS mereka mahu.
Oh, mungkin mereka baru tersedar bahawa undian PAS bernilai emas rupanya.

Catatan oleh;

SYED AHMAD FADHLI
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS
21 November 2017 



Lihat sebelum ini..

11 comments:

Anonymous said...

Ni bukan king maker nii namanya atas tidak bawah pun atau x Dak pendirian. Kalu nak kecuali baik dok Rumah main dgn bini

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2017/06/dap-pan-berhujah-bagaikan-manusia-jerami-ilmuwan/

DAP, PAN Berhujah Bagaikan ‘Manusia Jerami’: ILMUWAN

BANGI, 12 Ramadan 1438H, Rabu – Serangan parti rasis dan cauvinis DAP dan sekutunya, terutama pemimpin PAN, terhadap Pengarah MAPAN Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff, hanya menepati hujah manusia jerami, yang menyuarakan persoalan untuk menutup kebenaran fakta dan dibawa dengan serangan karakter (character assasination).

Sehubungan itu, Ikatan Ilmuwan Nasional (ILMUWAN) menggesa pimpinan DAP dan sekutunya menjawab hujah akademik dengan hujah ilmiah yang setaraf dan sesuai dengan perjuangan kebebasan bersuara serta akademik yang mereka laungkan, supaya menjadi satu pendedahan baik kepada rakyat dalam mengurus perbezaan pendapat.

Presiden ILMUWAN, Profesor Madya Dr Mohd Fuad Mohd Salleh berkata, sebagai payung kepada ahli-ahli akademik dan profesional tanah air yang istiqamah dalam membangunkan negara dan ummah secara holistik, pertubuhan itu berharap sebarang polemik tidak dikaitkan dengan sentimen perkauman, anti-Kristian dan non muslim yang sentiasa terjamin hak mereka disisi Perlembagaan Negara.

ILMUWAN, katanya, mengikuti dengan penuh prihatin polemik yang timbul apabila Dr Kamarul Zaman secara bersiri mengulas beberapa kenyataan pemimpin DAP yang begitu agresif menyerang kehendak umat Islam memperkasakan undang-undang syariah dengan alasan ia bertentangan dengan Perlembagaan Negara yang didakwa sekular dan terpisah daripada agama Islam.

“Namun, pada masa yang sama, Dr Kamarul Zaman berjaya mengemukakan fakta-fakta berupa rekod-rekod pandangan/ucapan pemimpin DAP sendiri yang aktif bercita-cita menjadikan impian politik mereka berakarkan agama Kristian Evangelis,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, Dr Kamarul Zaman sebagai ahli akademik berhujah berdasarkan fakta, terutama daripada sumber tulisan pemimpin DAP dalam buku autobiografi ‘Becoming Hannah,’ karangan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Selangor, Hannah Yeoh.

“Tujuan utama penulisan Dr Kamarul Zaman Yusoff hanyalah mengupas secara akademik hipokrasi DAP yang sering melaungkan pemisahan agama daripada politik terutama dalam menentang Rang Undang-undang 355 berkaitan had hukuman syariah. Beliau bukan mempersoalkan kebebasan beragama untuk penganut kristian atau bimbang terpesongnya akidah umat Islam dengan membaca buku biografi itu.

“Namun, beliau diserang secara peribadi, diancam dengan laporan polis, saman, dicaci-maki dan dipersoal ijazah PhDnya dan institusinya, UUM, yang dikenali antara universiti terbaik rantau ini dalam bidang sains sosial.

“Serangan ini beliau hadapi berseorangan dan ditentang ramai pemimpin DAP dan sekutunya daripada Parti Amanah Negara, Pakatan Harapan serta aktivis-aktivis yang condong memperjuang liberalisme. Kupasan akademik Dr Kamarul Zaman yang sarat dengan fakta & rekod sepatutnya dibalas dengan hujah berfakta juga daripada DAP dan sekutunya,” katanya.

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2014/06/ahli-parlimen-dap-mahu-orang-islam-hormati-hak-orang-murtad-amal-agama-baharu/

Ahli Parlimen DAP Mahu Orang Islam Hormati Hak Orang Murtad Amal Agama Baharu


KUALA LUMPUR, 11 Jun – Saranan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) agar umat Islam menghormati hak saudara seagama mereka yang murtad untuk mengamalkan agama baharu, dilihat sebagai sesuatu yang tidak wajar dan boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata saranan itu dilihat amat menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

“Dalam urusan beragama, selain Perlembagaan Persekutuan, kita ada peruntukan di bawah kerajaan negeri, serta hukum dibuat oleh Majlis Agama atau Majlis Fatwa.

“Dan perkara ini kita kena ambil kira. Dia bukan soal tengok satu perspektif sahaja,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Razali, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata, adalah tidak adil sekiranya Ngeh hanya menggunakan Perkara 11 bagi menyokong hujah beliau, tanpa mengambil kira Perkara 3 iaitu Islam adalah Agama Persekutuan.

Terdahulu, Ngeh menyatakan perkara itu adalah berdasarkan peruntukan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu.

“Saya berharap orang Islam boleh terima peruntukan 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu oleh orang perseorangan.

“Kalau seseorang itu hendak meninggalkan agama dan dia berusia lebih 18 tahun, kita mesti menghormati hak yang sudah diberikan kepada mereka yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014.

Anonymous said...

Pakatan Tiada Harapan dalam PRU14 !

Anonymous said...

Ayuh semua, marilah kita berkecuali dari mengundi PAS dalam mana-mana PRU dan PRK selepas ini.

Anonymous said...

Kalau bertanding 40 kerusi di PRU14 dan tewas kesemuanya, nak jadi kingmaker apa kejadahnya......bodo..!. Jangan macam perangai Yahudi Tua, hanya mementingkan diri sendiri sahaja.

Anonymous said...

Barua ternakan kafir harbi roket meroyan tahap longkang kerana mereka tahu pakatan haprak akan kalah dalam PRU14 tanpa sokongan parti Islam. Parti Islam dan umat Islam telah mengetahui pakatan bangsat menentang agama Islam dan menindas umat Islam.

Anonymous said...

Selama ini puak liberal dan puak kafir harbi dalam Pakatan Tiada Harapan telah menghina dan menentang agama Islam dan menafikan hak umat Islam maka wajarlah parti Islam menentang Pakatan Tiada Harapan.

Anonymous said...

Kalau Muhammad SAW adalah Rasul bagi Islam, kalau PAS siapa pula Rasulnya..? Hadi Awe ke..? Walaun bodo.....PAS hanya sebuah parti politik di bawah perundangan sekular, tak ada kena mengena dengan Islam. Kini pemimpin mereka jauh lebih korup dari pemimpin parti sosialis. Walaun tahu apa, otak kamu semua telah dibantutkan oleh lebai-lebai munafik PAS. kebolehan yang walaun warisi dari lebai-lebai politik mereka hanyalah mengkafirkan umat Islam yang lain.

Anonymous said...

Wahai barua bangang 9:29 am ternakan LGE, kamu telah membuat dakwaan tanpa bukti terhadap parti Islam jelas menunjukkan kamu dan boss kamu adalah pendusta tahap longkang ! Hoi barua dedak , mengapa kamu berdiam diri tentang kertas kerja rm300 juta, banglo terlajak murah, banjir kilat, tanah runtuh kerana projek DA-Pig kencing rakyat? Mulut penuh dengan dedak?

Anonymous said...

DA-Pig tidak bertamadun kerana membalas fakta dengan kebodohan dan kebiadapan hasil ajaran songsang sifu roket !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails