Wednesday, November 22, 2017

Harga Ikan, Sayuran Meningkat 300% Dalam Semingguu. Tangani Segera!




GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan mengambil langkah segera menurunkan harga sayuran, buahan dan ikan yang didakwanya meningkat sehingga 300 peratus dalam tempoh seminggu.

Presiden CAP S.M Mohamed Idris berkata dilaporkan pada 15 November lepas, kenaikan harga dan kekurangan makanan tersebut adalah berikutan musim hujan sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
Menurutnya harga kacang bendi meningkat 100 peratus daripada RM6 sekilogram kepada RM12; kacang panjang meningkat 65 peratus daripada RM3.60 kepada RM6; sayur sawi daripada RM3.50 kepada RM6; kacang (RM3.50 kepada RM6); terung (RM1.80 kepada RM4.50); tomato (RM3.50 kepada RM5); daun bawang (RM3 kepada RM12) dan daun sup (RM3 kepada RM11).
“Memandangkan berlakunya kekurangan sewaktu musim hujan, Malaysia perlu menghentikan eksport ikan dan sayuran ke negara lain dan ia perlu terus diharamkan untuk memenuhi permintaan tempatan sehingga musim hujan berakhir,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Mohamed Idris menggesa Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK menyiasat peningkatan harga itu yang teruk menjejaskan golongan berpendapatan rendah. – BERNAMA

Lihat sebelum ini..




2 comments:

Mohammad Azren said...

Tak perlu nak spin. Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak sokong , buruk padahnya. Hehehekikikihahaha

Anonymous said...

Pemimpin kaya dan mementingkan diri sendiri tidak akan memahami penderitaan rakyat. Gunakan kuasa undi anda dalam PRU14!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails