Sunday, November 26, 2017

“Suami Larang Saya Bertudung” – Siti Hasmah


Siti Hasmah

TUN Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali mendedahkan bahawa beliau tidak bertudung kerana dilarang oleh suaminya sendiri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Siti Hasmah berkata demikian ketika ditanya pemberita berkaitan isu kontroversi larangan bertudung terhadap pekerja kaunter depan oleh sesetengah hotel di negara ini.
“Saya fikir puan bertanya kepada orang yang salah.
“Saya tidak bertudung, daripada mula sampai sekarang ini saya tak bertudung,”katanya ketika ditanya dalam sidang media.
Beliau kemudian mendedahkan dirinya tidak bertudung kerana tidak mendapat keizinan suaminya.
“Suami saya larang saya bertudung. Bila bertudung kena minta kebenaran daripada suami.
“Saya ada teringin (bertudung) lepas balik dari Makkah, naklah ambik berkat, pakailah tudung, sampai dia (Mahathir) palingkan mukanya,” katanya.
Beliau sebelum itu merasmikan simposium “Siti Hasmah: Wanita pencorak masa depan negara” di Bukit Damansara anjuran Wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Sementara itu, ditanya sama ada wajar atau tidak larangan biadab hotel itu, Siti Hasmah menjawab:
“Hotel ada dia punya undang-undang dan peraturan. Dia nak jaga juga dia punya perusahaan. Bagaimana dengan yang lain juga, ada yang mereka bertudung, ada tempat-tempatnya.
“Kalau dalam hotel banyak pelancong datang, tengok orang bertudung mungkin ada perasaan lain sebab dalam negara dia mungkin ada sesuatu perkara yang berlaku berkenaan orang pakai tudung, terutamanya di Eropah.
“Tengok macam Perancis,” kata Siti Hasmah lagi. – www.malaysiakini.com


Lihat sebelum ini..


5 comments:

Anonymous said...

Innalil Allahi wa inna ilaihi roji'un.

Anonymous said...

Ada hati Lobai nak tumpang gelak bila tengok panau kat badan org lain. Sedangkan badan sendiri penuh TOKAK. Yg lawak bila Ostad tunjuk aurat sendiri kat adik FIKAH. Hehehekikikihahahakahkahkah. SENIK???? perut aku gelak

Anonymous said...

Cuba tnya rosmah mansor kalu berani

Anonymous said...

Lelaki yang membiarkan ahli keluarga melakukan kemungkaran adalah lelaki dayus dan tempatnya ialah di neraka dan dia tidak layak menjadi pemimpin. Kalau dah tua bangka masih tak sedar diri, gelaplah masa hadapan kecuali dia bertaubat.

Anonymous said...

Surah An-Nur ayat 31 mewajibkan wanita menutup aurat mereka termasuk kepala dan rambut mereka. Bagaimana boleh seseorang yang mendakwa dirinya beragama Islam menentang perintah Allah dalam Al-Qur'an sedangkan mempercayai dan meyakini Al-Qur'an adalah sebahagian dari Rukun Iman (Akidah Islam)? Inilah akibat manusia bodoh terikut-ikut ajaran liberalisme dan kafir harbi sehingga mereka menjadi sesat dan murtad.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails