Wednesday, November 29, 2017

Iman Tak Dapat Diwarisi? Silap Tu. Lihat 3 Perkara Ini..

Hasil carian imej untuk iman di warisi

KATA orang iman tak dapat diwarisi. Silap tu akhi. Apabila si ayah menitiskan ilmu keimanan kepada anak-anak, maka anak yang berhajat akan mewarisinya. Anak yang berhajat tadi akan mewarisi ilmu. Dengan ilmu itu, insya Allah terbina iman di hatinya. Apakah iman yang terkandung dalam tiga kes berikut juga dapat diwarisi? Terpulang kepada pembaca. 

Satu:

Sahabatku, orang kampung yang berkebun berkata apabila mendengar kesalanku kerana hampir sesikat daripada setandan pisangnya dimakan haiwan,

 “Alhamdulillah, syukur kerana Allah telah menjamin pahala untuk hambanya yang redha tanamannya dimakan haiwan.”

Sambil menikmati pisang yang segar, aku bertanya lagi tentang ubi kayu yang hijau merimbun dedaunnya,”babi tak masuk kacau ke?”

Sekali lagi aku disekolahkannya, “Burung, tupai dan babi semuanya sama. Allah tak kata kalau bagi burung makan dapat pahala, kalau bagi babi makan tak dapat pahala.”Masya Allah. Tersentap imanku. Ini agaknya berfikir di luar kotak yang terhebat.
Hasil carian imej untuk langit bertulis allah

Dua:

Aku jarang-jarang solat subuh berjamaah di masjid. Hati rasa nak bangun pukul 5.00 pagi tapi tak bangun pun walaupun selalu juga pasang alarm timer. Suatu hari ketika berpeluang bersembang dengan sahabatku seorang kaki masjid, aku dapat mewarisi satu ilmu darinya.

Dia kongsi iman dengan katanya, “saya dulu juga susah solat subuh berjamaah sehinggalah sahabat saya mengajar saya. 

Katanya, “kalau kita biasa tidur 5 jam, maka tidurlah jangan lebih daripada pukul 12.00 malam. Semasa solat Maghrib dan Isyak berdoalah agar Allah pilih kita untuk mengisi saf-saf solat subuh di masjid esok pagi.” Terbaik perkongsian ini.

Tiga: 

Betapa banyak Allah selamatkan kita daripada musibah. Pernah kita tahu? Kata seorang ustaz yang menjadi sahabatku, 

“kita tak pernah tahu kerana musibah yang tersurat tidak berlaku. Dalam ilmu Allah, entah berapa banyak musibah dalam bentuk kemalangan, kecederaan, sakit, kebakaran dan seumpamanya. Tetapi dengan berkat doa kita, musibah itu Allah angkat dari kita. Ada kita tahu?

Allah hargai sujud kita. Allah hargai doa kita. Allah hargai istighfar kita. Lalu Allah selamatkan kita daripada musibah yang asalnya tertulis dalam suratan kita. Ada kita tahu? Maha Pengasihnya Allah. 

Mana ada kita bersyukur kepada Allah kerana Allah tak beritahu pun kepada kita bahawa Dia sudah banyak kali selamatkan kita. Tahu Allah selamatkan baru nak bersyukur? Berapa banyak nikmat Allah yang kita tidak tahu. Jadi tak adalah ‘alhamdulillah’?

Hebatnya Bersahabat. (TKO)

Lihat sebelim ini..

E-Buku IH-97: Siri Amalan Ibadah. Buat Sikit-sikit Dulu..

E-Buku IH-97: Siri Amalan Ibadah. Buat Sikit-sikit Dulu..


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails