Sunday, November 26, 2017

Pembalakan Di Merapoh, K'jaan Pahang Perlu Jawab -Tuan Ibrahim



Kerajaan Pahang perlu memberikan penjelasan berhubung kegiatan pembalakan di Merapoh, Kuala Lipis, yang kini hangat diperkatakan di media sosial, kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau merujuk kegiatan pembalakan di hutan tersebut yang dilaporkan melibatkan kawasan seluas 668.79 hektar berhampiran Gua Hari Malaysia, yang dianggap sebagai 'syurga hidupan liar' di kalangan pencinta alam semula jadi.

"Keindahan alam ini telah dicabuli. Ia dikhuatiri akan lenyap apabila aktiviti pembalakan mula dikesan di kawasan berkenaan sejak bulan lalu.
"Kerajaan Pahang perlu mempertahankan dan mengutamakan khazanah ini yang boleh membawa pendapatan berpanjangan daripada industri pelancongan, berbanding pembalakan yang (mendatangkan hasil) sekali lalu.
"Industri pelancongan dapat menambahkan pendapatan penduduk sekitar manakala pembalakan hanya menguntungkan segelintir yang kaya dan berkuasa," katanya dalam satu kenyataan, semalam.


Terletak berhampiran Taman Negara Pahang, terdapat lapan kampung di sekitar kawasan itu.

Justeru selain menjejaskan kawasan pelancongan, kegiatan pembalakan di sana juga mengancam sumber rezeki penduduk tempatan dan bekalan air bersih yang selama ini dinikmati lapan kampung di sekitarnya.

Memetik laporan Freemalaysiatoday semalam, setakat ini dianggarkan 200 hektar hutan telah ditebang.

"Ramai pelancong membatalkan kunjungan ke sini. Mereka ingat dapat tengok hutan hijau tapi apa yang dapat ialah lumpur, bukit digondol. Malah, jalan masuk ke Gua Hari Malaysia juga rosak teruk," menurut wakil penduduk Sabri Zoo, seperti dipetik.

Presiden Peka Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil pula mendakwa pihak terbabit tidak memberikan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS), selain berlaku juga kegiatan perlombongan emas yang turut mengganggu bekalan air.

Ia disebalik arahan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin kepada Jabatan Perhutanan Pahang agar memantau pembalakan di sana secara menyeluruh, seperti dilapor Berita Harian pada 2 November lalu.


Dalam laporan sama, Pengarah JAS Pahang, Rosli Zul juga berkata pihaknya akan bekerjasama dengan jabatan perhutanan bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai perkara itu, namun pada masa sama berkata EIA hanya perlu jika membabitkan pembalakan berskala besar.

Tuan Ibrahim berkata, PAS menyokong penuh kempen menyelamatkan hutan Merapoh yang dijalankan NGO.

"Apakah hasil pemantauan (jabatan perhutanan)? Apakah berlakunya pembalakan haram, atau lesen diberikan tanpa EIA untuk mengenalpasti apakah khazanah yang ada di sana?
"Atau wujud salah guna kuasa untuk sengaja memecah kawasan pembalakan dan memberi lesen secara kecil-kecilan hanya untuk mengelakkan adanya keperluan untuk EIA?

8 comments:

Anonymous said...

Orang asli Kuala krai sampai masuk lokap. Parti Lobai tak ada pun berjumpa mereka untuk menyelesaikan masalah membalak bersama ulamak. Dasar amalaN HIPOKRITAN

Kluangman said...

PAS Kelantan dan umno Pahang membangun bersama balak.

Tuan Ibrahim buat buat terlepas pandang.
Duit balak Kelantan buat tebus maruah PAS. Beli tanah wisma tok guru.

Anonymous said...

Kat krai sana tu lobai yg perintah. Takkan nak halang kelulusan yg sendiri bikin. Kesian byk sgt ULAr2 yang lari masuk seMAK. AKHIRNYA AKAN JADI BALA MENANTI ULAMAK. Yang menjual dan melacurkan agama demi habuan duniawi.

Anonymous said...

Betul2222. Napa TITM tak teguq yg kat kuala krai n sewaktu dgnnya. Ini yg dikatakan ulamak pakai serban tak nampak silapnya. Maksum. Yg nampak skrg posche q7 velfire bmw n bab poligami semua hafal. Bab ekonomi hancus nak debat kat palimen pun kecut .... last3 bekecuali ajelah jalang selamat. Nak bersihkan sebuah negeri pun tsk setel2 hampir belas tahun perintah. Kalau perintah negara tak taulah camnna mmg bebaulah putrajaya.

Anonymous said...

Wah badut-badut ternakan DA-Pig sibuk memfitnah ulama-ulama Islam dan menjilat punggung sifu roket yang memusuhi agama Islam.Memang dasar munafik. Selama ini kaum DA-Pig yang sibuk melakukan pembalakan hasil kerjasama dengan Musang Moses sebelum dia menyertai parti kuali. Ini bererti DA-Pig dan Musang bertanggung-jawab memusnahkan hutan.

Anonymous said...

Negeri yang diperintah oleh rejim DA-Pig sendiri kerap mengalami banjir kilat dan tanah runtuh yang meragut banyak nyawa manusia kerana pemimpin DA-Pig bersifat rakus memusnahkan alam sekitar dan sibuk melaksanakan projek kroni yang tidak mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar dan amat merugikan rakyat. Mengapa barua-barua ternakan DA-Pig berdiam diri takut mengkritik DA-Pig? Takut kehilangan dedak? Munafik!


Anonymous said...

Barua ternakan pakatan haprak bodoh bertingkat menulis komen membabi buta tidak mengikut tajuk artikel. Kebodohan barua terserlah apabila barua menyalahkan kerajaan PAS Kelantan sedangkan isu berlaku di Pahang. Barua palakatan haprak sama bodoh dgn lembu makan dedak cap roket.

Anonymous said...

Adakah orang asli bebas menceroboh hutan di Penang? Atau hutan di Penang semakin berkurangan kerana rejim roket dan kroni mereka sibuk memusnahkan hutan? Bukankah akibatnya banjir kilat dan tanah runtuh! Bukankah rakyat yg rugi? Barua-barua ternakan roket memang terlajak bodoh sebab tak belajar geografi! Harga banglo sifu roket terlajak murah pun mereka tak tahu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails