Thursday, November 30, 2017

Persenda Quran &Hadis : Asiah Abd Jalil Pula Dihadapkan Ke Mahkamah




Kerana mempersendakan Al Quran dan Al Hadis, akhirnya Asiah Abd Jalil dihadapkan ke Mahkamah Syariah Pahang.


Asiah berkata hari ini Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah menyerbunya di rumah untuk menangkapkan terhadap dua kesalahan berkaitan dengan menghina Islam.

“Sekumpulan Pegawai Penguatkuasa Agama dari Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), diketuai Sharafuddin Zainal Ariffin, baru saja serbu rumah saya pada jam 11 malam tadi.

“Bersama waran geledah untuk menangkap saya. Saya disyaki melakukan jenayah syariah di bawah seksyen 11 dan 12 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 kerana :-

1) menghina atau menyebabkan dipandang hina Agama Islam 
2) mempersendakan ayat Al-Quran atau Hadith,”katanya dalam Facebook.

Walau bagaimanapun kata Asiah penguatkuasa JAIP itu tidak berjaya menangkapnya kerana dia mempertikaikan berkenaan prosedur waran tangkap.

“Saya cabar waran geledah yang defective dan penyalahgunaan prosedur siasatan oleh JAIP. Akhirnya Pegawai Penguatkuasa keluarkan arahan hadir membantu siasatan di pejabat JAIP jam 10 pagi esok.

“Tanpa gentar saya akan jawab semua pertuduhan di Mahkamah Syariah,”katanya lagi.

Sorang lagi anak buah Siti Kasim, menghina Al-Quran Hadis?



Lihat sebelum ini..

6 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Dah rujuk ke mahkamah, biarlah diputuskan di sana..

Tak perlu kot jadi nujum?

Anonymous said...

Nujum Mr Husam Musa. Itu sebab dia power 10, mimpi allayarham 15x dan buat sumbu ajaib jimat minyak. Salah kaunterni

JEFF HULU BERNAM

Anonymous said...

Yg menghina dengan yg memutarbelit ayat alquran sepatutnya dihantukkan kedua~dua kepala puak ni. Sama bengong!.Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Tahniah dan syabas kepada Jabatan Agama Islam Pahang kerana mengambil tindakan undang-undang ke atas orang yang telah mempersendakan dan menghina agama Islam. Kita amat berharap jabatan agama Islam mengambil tindakan undang-undang ke atas siti jari tengah kerana beliau telah menghina dan memomok-momokkan dan memfitnah agama Islam dan menyebarkan ajaran sesat.

Anonymous said...

Ya eloklah dilagakan kepala sifu roket dengan kepala Mike Sabun.

Anonymous said...

Hahahaha !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails