Saturday, December 02, 2017

Khalid Buat Kejutan Hadir Ke Konvensyen UMNO S'gor


KUALA LUMPUR: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat kejutan apabila hadir di Konvensyen Umno Selangor yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang ini.
Mantan Menteri Besar Selangor itu yang mengenakan kemeja batik, dilihat berada di atas pentas bersama-sama Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar.
Turut kelihatan Tan Sri Muhammad Muhd Taib, yang mengumumkan menyertai semula Umno pada 17 September lalu.
Noh sebelum ini mempelawa Abdul Khalid untuk bersama-sama berganding bahu dengan tiga lagi bekas menteri besar daripada Umno yang bertekad menawan kembali Selangor pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, iaitu Muhammad atau Mat Taib, Tan Sri Abu Hassan Omar dan Dr Mohd Khir Toyo.
Abdul Khalid menyertai Umno sekitar 90-an sebelum melompat ke Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekitar tahun 2000.
Beliau diangkat sebagai Menteri Besar Selangor selepas gabungan PAS-DAP-PKR berjaya menawan negeri berkenaan pada PRU12 (2008).
Bagaimanapun, Abdul Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, dipecat selepas enam tahun meneraju tampuk pentadbiran negeri termaju berkenaan ekoran pergeseran dengan pemimpin pembangkang lain dan kini bergerak sebagai wakil rakyat Bebas.
Sejak daripada itu, beliau kerap dilihat menghadiri majlis anjuran PAS.
Khalid bagaimanapun bertegas, beliau tidak menyertai parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu sungguhpun dilihat mesra PAS – AP
Lihat sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails