Tuesday, November 28, 2017

W/Azizah Tuduh KP Jasa, Tersasar &Salah Fakta



Dakwaan bahawa gaji yang diterima Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KMM) lebih tinggi daripada gaji seorang menteri persekutuan oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah tidak tepat.
Sumber yang rapat dengan Ketua Pengarah Jasa (KP Jasa), berkata dakwaan yang dibuat Ketua Pembangkang itu sekaligus membuktilan pihak mereka tidak selidik sesuatu dengan fakta.
"Gaji KP Jasa adalah di bawah tajuk VU5 bukan VU7 (RM20,592) seperti yang didakwa oleh Wan Azizah. Gaji KP Jasa sekarang di bawah tajuk VU5 adalah sebanyak RM19, 398.
"Namun, gaji KP Jasa dibayar secara 'Lump Sum', ini bermakna tidak boleh claim elaun lain seperti keraian, perumahan, cola, insentif khas, pembantu rumah, elaun tetap jawatan Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dan elaun penyelenggaraan rumah dan lain-lain," katanya kepada Agendadaily pada Isnin.
Menurutnya lagi, gaji menteri sebanyak RM14 ribu yang disebut oleh Wan Azizah itu merupakan 'gaji pokok' yang tidak termasuk elaun dan tuntutan (claim) lain.
"Kalau dicampurkan dengan elaun-elaun lain jumlah gaji Menteri lebih kurang RM38 ribu," katanya.
Ujarnya lagi, KP Jasa menerima gaji 'Lump Sum' disebabkan menjawat jawatan pegawai 'Contract for Service' bukannya “of Service”.
"Pegawai JUSA A “contract of service” turut layak menerima beberapa elaun seperti menteri tetapi tidak kepada pegawai “Contract for Service” seperti KP Jasa sekarang.
"Wan Azizah mungkin tidak tahu bahawa gaji pokok di bawah VU5 (JUSA A) adalah RM9,038 (minimum) dan RM24,465 (maksimum) tidak termasuk elaun elaun lain berjumlah hampir RM12 ribu.
"Wan Azizah sepatut tanya kenapa gaji pokok Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Saifuddin Nasution menerima RM12 ribu iaitu lebih tinggi daripada gaji pokok wakil rakyat Pulau Pinang sebanyak RM11,250," ujarnya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Wan Azizah yang mempersoalkan gaji KP Jasa lebih tinggi daripada menteri persekutuan ketika membahaskan belanjawan bagi KKM di Dewan Rakyat.
Beliau turut mempersoalkan apakah tugas istimewa yang dipertanggungjawabkan kepada KP Jasa sehingga menerima gaji lebih daripada menteri.-28/11/2017 (AD)
Lihat sebelum ini..


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails