Monday, November 27, 2017

Amiruddin Keluar PAS, Apa Komen Nik Amar?


KEPUTUSAN ADUN Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah untuk menyertai parti BERSATU menunjukkan beliau seorang 'gentleman', kata Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.


Malah, bagi timbalan menteri besar Kelantan itu, penyertaan Amiruddin dalam BERSATU adalah lebih baik untuk PAS.

"Pengumuman beliau menyertai BERSATU itu menunjukkan beliau seorang ahli politik yang gentleman, berbanding (Anggota Parlimen) Pokok Sena (Datuk Mahfuz Omar)."Itu lebih baik untuk PAS. Berbanding mereka yang duduk dalam PAS tetapi merosakan parti," katanya kepadaMalaysiakini, hari ini.


Semalam, Amiruddin yang juga ketua pembangkang DUN Kedah dilaporkan keluar daripada PAS dengan menyertai BERSATU.


Terdahulu, Amiruddin dilihat lebih cenderung terhadap parti serpihan PAS iaitu AMANAH, malah turut menyertai konvensyen tahunan parti itu, baru-baru ini.


Selain Amiruddin, difahamkan konvensyen itu turut dihadiri Mahfuz dan ADUN Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa yang kini masih kekal sebagai ahli PAS.

Sementara itu diminta mengulas lanjut tindakan Amiruddin itu, Mohd Amar berkata, penyertaan tersebut sama ada ke BERSATU, AMANAH atau DAP tidak ada bezanya bagi PAS.

"Sama saja beliau masuk BERSATU, AMANAH atau DAP. Sebab kita tidak mempunyai sebarang kerjasama dengan ketiga-tiga parti itu," ujarnya.




Lihat sebelum ini..

4 comments:

Kluangman said...

Komen yang mantap..
Kalau pun hati gundah, jangan pamerkan..

Diharap ramai lagi ADUN Pas ikut jejak Amiruddin bagi memenuhi saranan Nik Amar.

Anonymous said...

Jemaah Islam dalam parti Islam merasa amat gembira melihat musang berbulu ayam keluar dari parti Islam untuk menyertai parti musang liberal. Kewujudan musang berbulu ayam dalam jemaah Islam boleh melemahkan parti Islam dan perjuangan Islam maka pendedahan musang berbulu ayam menjadi kebaikan untuk parti Islam. Musang berbulu ayam hanya sesuai untuk parti liberal dan parti kafir harbi yang suka kencing rakyat.

Anonymous said...

Wah Kluanggay setaraf Abu Jahal apabila Kluanggay mendedahkan kejahatan dirinya sendiri apabila dia menulis komen di atas. Berdasarkan artikel di ayas, kita dapati Nik Amar tidak membuat sebarang saranan supaya ADUN keluar PAS.

Anonymous said...

Kita tidak merasa hairan melihat musang berbulu ayam keluar dari parti Islam untuk membentuk parti pankhianat atau menyertai parti liberal lain kerana pernah berlaku 300 munafik keluar dari pasukan tentera Rasulullah s.a.w. di waktu tentera Rasulullah s.a.w. berhadapan dengan musuh Islam. Allah tetap bersama pejuang Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails