Thursday, November 30, 2017

G/Eng Salur Dana RM100,000 Untuk Tumbangkan PAS K'tan?




AIDCNews -29/11/17 –Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dipercayai mengulangi skrip lama menyalurkan dana atas nama bantuan mangsa banjir, namun dana tersebut disalurkan untuk memperkasakan musuh-musuh politik Kerajaan PAS Kelantan.
“CM Lim Guan Eng bagi tangan siapa kali ni, melalui PAN Kelantan ka ??,” soal Zakiyamani Yamani dalam Facebook.
Zakiyamani membuat pertanyaan itu sebagai mengulas laporan Sinar Harian yang menyebut Kerajaan Pulau Pinang mengumumkan bantuan kewangan RM100,000 bagi membantu penduduk di Kelantan yang dilanda banjir teruk sejak beberapa hari lalu.
Walau bagaimanapun dana berjumlah RM100,000 itu tidak disalurkan kesemuanya kepada Kerajaan PAS Kelantan, sebaliknya turut disalurkan kepada pihak lain yang tidak dinamakan.
“Sebagai tanda simpati, kerajaan negeri akan menghulurkan bantuan kewangan sebanyak RM100,000 kepada rakyat Kelantan.
“Sejumlah RM50,000 akan diberikan kepada kerajaan negeri dan RM50,000 lagi akan diberikan kepada NGO dari Kelantan,” katanya.
Semasa banjir 2014 melanda Kelantan, Guan Eng pernah menyalurkan dana sebanyak RM1.5 juta atas nama mangsa banjir, namun kebanyakan dana itu disalurkan kepada Datuk Husam Musa dan rangkain-rangkaiannya.
Guan Eng hanya menyalurkan RM250,000 sahaja kepada Kerajaan PAS Kelantan di atas nama Tabung Serambi Mekah, selebihnya disalurkan kepada Husam dan rangkainnya, termasuklah Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli (Amanah), Pertubuhan R Kelantan dan PASMA Kelantan.


Selanjutnya, sila baca “Sumbangan Dana DAP : Dua Orang Husam Bertikam Lidah..” dan “Husam Perbesarkan Duit UMNO-PAS Untuk Sorok Terima Dana DAP


Lihat sebelum ini..

8 comments:

Anonymous said...

Suka hati dia lah nak bagi pada siapa.... dah bagi kira ok lah tu... kena banyak bersyukur...

Anonymous said...

apa masaalah jika LGE bagi duit kepada rakyat kelantan? yang kita duk kecek banyak ni, ado bui ko dok?

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Anonymous said...

Nak tanya abang Lobai. Amacam RUU 355?. Dedak cukup ke???. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Barua ternakan roket 12;34am, kamu menunjukkan kebodohannya sendiri apabila dia suruh orang banyak bersyukur menerima 'racun'. Inilah akibat makan dedak cap roket.

Anonymous said...

Masalahnya sifu roket bagi duit kpd baruanya untuk menyebarkan fitnah untuk menumbangkan kerajaan parti Islam. Macai dedak roket seperti kamu macai 11:52am kecek banyak membela kemungkaran dan kesesatan. Macai bodoh bertingkat.

Anonymous said...

Kamu barua 12:55 pm adalah penagih tegar dedak cap roket maka janganlah kaitkan dengan lobai yang benci dedak. Cukuplah kamu dan geng barua kamu menjadi penjilat punggung sifu DA-Pig.

Kluangman said...



Itu kan duit DAP, duit orang kapir..tak malu lobai ke terhegeh hegeh berebut.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails