Tuesday, November 21, 2017

Siti Kasim Pula Beri Amaran, Jamil Khir Akan Disaman.



PETALING JAYA: Aktivis lantang Siti Zabedah Kasim memberi amaran kepada Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang beliau akan mengambil tindakan undang-undang ke atas komen menteri itu mengaitkannya kepada mereka yang membuat kenyataan menentang Islam.
Hari ini juga, merujuk kepada amaran Siti Kasim, Jamil berkata beliau sedia menerima saman Siti Kasim atas kenyataan “berbaur fitnah” yang dikeluarkannya semalam.

“Tak mengapa, dia nak saman saya terima sahaja,” kata Jamil, mengulas pendek semasa ditemui pemberita di luar majlis Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Ke-34 di TH Hotel, Bayan Lepas.

Semalam, Jamil yang menjawab soalan oleh seorang peserta pada “Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 3.0” semalam, berkata Siti sedang disiasat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), menurut laporan Bernama.


“Kertas siasatan telah dibuka dan pihak berkenaan telah dipanggil,” katanya semalam pada majlis itu.

Menulis di laman Facebook miliknya, Siti hari ini berkata Jamil patut segera “berhenti” daripada mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah ke atasnya.
“Menteri itu boleh yakin yang beliau akan menerima surat daripada saya tidak lama lagi,” kata Siti.

Pada Julai lepas, Siti dituduh menghalang pegawai Jawi menyerbu satu acara transgender tahun lepas.

Komen Weblog IbnuHasim: Begitulah yang terjadi, dalam negara yang ideologi bukan Islam mentadbir, sehingga menjadikan Islam itu sendiri ditadbir. 

Bagaimana supaya dapat agama Islam mentadbir negara? 

Dalam PRU 14 akan datang, saya menafsirkan 3 kumpulan utama bertarung.

  1. Kumpulan kerajaan dan rakan-rakan, UMNO/Melayu &BN.
  2. Kumpulan pembangkang DAP dan Melayu serpihan, termasuk Parti PPBM
  3. Kumpulan Islam, PAS dan beberapa gabungannya..
Kalau kumpulan ke1 menang, biasa. BN perintah, Mungkin Najib jadi PM lagi. 
Kalau kumpulan ke2 menang, DAP akan menguasai pemerintahan, walau Melayu jadi PM. Termasuk Dr M, ('Lama dah..'), kerana DAP (rejim Lim) kuasai tadbiran. Contohnya sekarang, walaupun ramai pemimpin DAP Melayu tetapi nyata, dalam DAP Kit Siang/Guan Eng yang berkuasa mnentukan segala-galanya.
Bagaimana kalau kumpulan ke3 ini pula yang menang atau separuh menang? Tentu ada peranan PAS atau kumpulan kepimpinan Islam dalam menentukan PM negara. Atau dari mereka dilantik sebagai PM.. PAS tentu akan mencalonkan Abd Hadi sebagai Perdana Menteri Malaysia. 
Istimewananya, tidak ada rekod rasuah di kalangan pemimpin PAS semasa memerintah negeri-negeri yang pernah dikuasainya. Contohnya mengenai rumah kediaman. Tidak ada MB-MB (Menteri Besar)nya yang seperti Khir Toyo di Selangor) atau Guan Eng di Pulau Pinang.  
Ada yang bertanya, bagaimana kalau PAS perolehi kerusi tidak cukup untuk memerintah Malaysia? Kita tanya balik..
  • Adakah UMNO yang memerintah Malaysia kini dapat kerusi cukup untuk memerintah tanpa MCA/MIC dll?
  • PAS pernah jadi MB Perak hanya dengan kemenangan 1 kerusi sahaja.
  • MB Selangar PKR pun tidak dapat kerusi majoriti.
  • Dan lain-lain.
Jadi, bagaimana supaya dapat agama Islam mentadbir negara? Sokonglah parti kumpulan ke 3 atau kumpulan Islam, yang mungkin dalam gabungannya ada Parti Cinta Malaysia, pecahan dari DAP Pulau Pinang. Sokonglah supaya mereka dapat tambahan kerusi.

Iaitu, dengan mengundi PAS dalam PRU 14 akan datang! Sekian.
Lihat sebelum ini..

4 comments:

Anonymous said...

PUAK LIBERAL DAN KAFIR HARBI ADALAH PENGKHIANAT YANG AMAT BERBAHAYA

Manusia liberal sesat lagi menyesatkan akan membela, melindungi dan meneruskan kemungkaran dan kesesatan mereka dengan menggunakan fitnah, pendustaan dan undang-undang sekular buatan manusia untuk menentang kebenaran (Islam) kerana hati mereka telah hitam berkarat menyembah hawa nafsu serakah mereka sendiri !

Maka kita tidak merasa hairan melihat puak liberal sesat sentiasa mempromosi dan menyebarkan ideologi sesat buatan manusia seperti sekularisma, liberalisme, pluralisme dll yang bertentangan dengan ajaran Islam untuk menyesatkan umat Islam dan menghasut umat Islam melakukan kemungkaran, kesesatan dan murtad tanpa sebarang halangan dengan alasan konon manusia mempunyai hak kebebasan individu.

Puak liberal juga menyalah-tafsirkan Al-Qur'an dengan menggunakan akal jahil dan nafsu serakah mereka untuk menipu umat Islam! Bahkan mereka mempertikai dan menolak Sunnah Rasulullah s.a.w. yang bererti puak liberal tersebut telah murtad kerana menafikan Al-Qur'an dan Sunnah yang menjadi asas agama Islam.

Kemunafikan puak liberal semakin jelas apabila mereka bersekutu dan bekerjasama dengan NGO dan parti kafir harbi untuk menentang ajaran Islam, ulama Islam, institusi agama Islam dan berusaha menghapuskan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin Islam sebagai agama Malaysia dan hak umat Islam termasuk kaum Melayu ! Maka kita tidak merasa hairan melihat mereka sentiasa menyokong agenda kafir dan menentang ajaran agama Islam dan menafikan hak umat Islam secara terbuka.

Sebenarnya, puak liberal dan puak kafir harbi adalah pengkhianat yang sangat berbahaya kerana mereka mendapat bantuan kewangan, material, moral, latihan, sokongan dan arahan dari NGO-NGO Yahudi Zionis yang disokong oleh rejim Amerika Syarikat, Israel dll untuk melemahkan atau menghapuskan agama Islam dan umat Islam dan menggulingkan kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam di negara ini.

Beberapa NGO liberal dan kafir harbi telah mengakui mereka menerima dana dll dari NGO Zionis seperti Open Society Foundation .Ini jelas membuktikan puak liberal dan kafir harbi dibayar untuk melaksanakan tujuan jahat Zionis.

Anonymous said...

Sambungan dari komen 11:53 AM:


Parti Islam PAS telah menjadikan Al-Qur'an dan Sunnah sebagai perlembagaan dan asas perjuangan politik PAS. Dan sebagai bukti, pemimpin-pemimpin PAS ini sentiasa berusaha menjadikan Islam sebagai cara hidup umat Islam dan berusaha memartabatkan dan memperkasakan undang-undang Islam di negara ini.

Sebaliknya, semua parti-parti lain menjadikan sekularisme, liberalisme, pluralisme dll sebagai asas perlembagaan mereka maka kita tidak merasa hairan melihat mereka menentang parti Islam PAS dan agama Islam.

Puak munafik liberal dan kafir harbi dan barua-barua mereka mencipta dan menyebarkan pelbagai bentuk fitnah seperti kerajaan UG, rasuah 90 juta, kerjasama PAS-UMNO dll tanpa sebarang bukti untuk memburuk-burukkan PAS dan ulama Islam. Mereka juga memomok-momokkan, memburuk-burukkan dan memfitnah ajaran Islam termasuk undang-undang Islam untuk menakut-nakutkan dan menghasut orang-orang kafir dan orang-orang jahil untuk menentang parti Islam PAS dan agama Islam.

Jika umat Islam masih menyokong parti sekular, liberal, plural dan kafir harbi yang menentang agama Islam dan menafikan hak umat Islam, sesungguhnya pengundi tersebut juga telah menentang agama Islam dan menafikan hak umat Islam ! Dan mereka akan menerima pembalasan yang setimpal dengan pengkhianatan mereka jika mereka tidak bertaubat.

Allah dan RasulNya telah amat melarang umat Islam daripada melantik orang kafir menjadi pemimpin umat Islam kerana orang kafir tidak pernah redha terhadap agama Islam dan umat Islam. Bukti:

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi WALI (PEMIMPIN / PELINDUNG) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu) ?"(An-Nisaa' 4:144)

UNDILAH PARTI ISLAM PAS DALAM PRU14 SUPAYA PAS BOLEH MEMBENTUK KERAJAAM ISLAM YANG ADIL UNTUK MELINDUNGI AGAMA ISLAM, UMAT ISLAM, NEGARA DAN RAKYAT.

Anonymous said...

HANYA GOLONGAN LIBERAL YANKEE ROSE YG AKAN BERKAWAN DENGAN ABU LAHAB MODERN

http://www.ismaweb.net/2017/02/ridhuan-tee-bawa-hujah-dap-anti-islam/

Ridhuan Tee bawa hujah DAP anti-Islam


Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 15 Jamadilawal 1438H, Ahad – Boleh dikatakan apa sahaja perkara berkaitan cara hidup Islam akan dilawan parti rasis dan cauvinis DAP, kata pendakwah bebas, Prof Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Meskipun parti itu berkali-kali menafikan tuduhan anti-Islam yang diberikan kepadanya, malah sehingga bertegas mahu mengambil tindakan mahkamah, bagaimanapun Ridhuan Tee berkata, tindak-tanduk parti tersebut tidak seiring dengan penafian mereka.

Felo Utama Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam (Inspire), Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) itu turut mengimbau kembali sejarah ketika Pengisytiharan Negara Islam oleh UMNO yang dibuat oleh Dr. Mahathir Mohamad pada 29 September 2001.

Tidak senang dengan pengisytiharan itu, DAP lantang menentang kerana padanya, Malaysia mesti kekal sebagai sebuah negara sekular.

“Ini dibuktikan melalui penentangan yang berterusan oleh DAP terhadap konsep Negara Islam yang dibawa oleh UMNO mahupun pembangkang PAS.

“DAP yang majoriti partinya diwakili oleh orang Cina bukan sahaja tidak bersetuju telah membawa perkara ini ke mahkamah.

“Bagi DAP, Malaysia harus kekal sebagai sebuah negara sekular. DAP memetik kata-kata Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 1983 sebagai hujah utama untuk menolak sebarang perkataan Negara Islam ke atas Malaysia. “Don’t turn Malaysia into an Islamic State.”

“Itulah kempen yang terus-menerus digunakan sebagai senjata dalam kempennya kepada masyarakat Cina. DAP melancarkan kempen, No to 911, No to 929, Yes to 1957 sebagai membantah keras sebarang usaha menubuhkan negara Islam,” katanya dalam artikel bertajuk “Benarkah DAP suka Islam?” yang disiarkan di Utusan Online, semalam.

Selain itu, DAP malah turut membuat andaian, sekiranya Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Tun Fuad Donald Stephens dan Datuk G.S. Sundang masih hidup, mereka juga akan turut menyokong kempen tersebut dan menentang konsep negara Islam.

“Hebat DAP, seperti PAN juga boleh membaca pemikiran orang yang telah tiada.

“Meskipun, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menegaskan bahawa: “Malaysia is not a secular state or theology nation. It is an Islamic nation, governed by Islamic tenets but adhering closely to democratic principles in line with the highest laws of the land, the Federal Constitution” – New Straits Times 28.8.2007.

“Kenapa DAP sangat benci kepada negara Islam? Apakah sikap ini tidak anti-Islam? Tidakkah kita sedar dengan perisytiharan tersebut telah menjadikan keadaan bukan Islam menjadi lebih baik?.

“Amat pelik sekali apabila ada Melayu yang begitu buta menyertai parti anti-Islam ini. Malahan memuji bahawa parti ini adalah terbaik untuknya,” katanya.

Anonymous said...

Apakah hubungan antara Siti dan Stephen Charles Hedges dan Clark County, Nevada dan Nevada, Marriage Index, 1956-2005 ? Bolehkah sesiapa menyiasat dan membongkar persoalan ini?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails