Saturday, November 18, 2017

Selamatkan M'sia, Lenyapkan PAS -Dr Ariffin Omar, DAP.




Senator DAP, Dr Ariffin Omar berazam mahu melenyapkan PAS sepenuhnya pada Pilihan Raya Umum ke -14 demi untuk menyelamatkan Malaysia.


“Jika kamu mahu Malaysia selamat, sila pastikan bahawa PAS dilenyapkan terus (dihapuskan sepenuhnya) dalam PRU akan datang,”kata Ariffin dalam satu kenyataan.

Ariffin merupakan bekas Naib Pengerusi DAP yang dilantik, namun begitu beliau tewas dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu Ahad lalu.

Jika sebelum ini, walaupun tewas dalam pemilihan CEC, namun beliau dilantik Naib Pengerusi DAP (kouta Melayu), namun kini tempatnya telah diganti dengan tokoh lain, iaitu Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.

“Sebegitu bencinya Senator kita ini pada PAS ya hingga mahu ia dilenyapkan terus dalam PRU 14.

“Cuma jangan sampai Senator kita ini pula yang dilenyapkan terus dari DAP selepas ini sudahlah,”kata Dr Kamarul Yusoff dalam Facebook.

Dalam perkembangan lain, Dr Kamarul berkata beliau sedang mempertimbangkan untuk menyaman Ariffin berkenaan satu kenyataan yang memperlekehnya :

SAMAN TERHADAP DR ARIFFIN OMAR, SENATOR DAP

Sejak tiga hari kebelakangan ini saya agak tertekan bila dimaklumkan oleh ramai rakan mengenai kewujudan artikel bertajuk “Dr Ariffin Omar nasihati Kamarul supaya guna akal” dan “Senator DAP nasihati Kamarul supaya guna akal” di dalam laman web dan page portal berita rasmi DAP, Roketkini, dan di dalam laman web dan page portal berita Malaysiakini, beserta komen-komen yang dibuat di bawahnya yang memburuk-burukkan saya dengan agak teruk.

Artikel yang memburuk-burukkan saya ini adalah berpunca daripada kenyataan Senator DAP dari Pulau Pinang merangkap Naib Pengerusi DAP yang tidak dilantik semula ke jawatan itu pada 12 November lalu, iaitu Dr Ariffin Omar, di mana beliau dipetik sebagai:

  1. Menempelak “tuduhan semberono pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff yang mendakwa kononnya barisan kepimpinan baru DAP mengukuhkan lagi dakwaan kononnya DAP mempunyai agenda Kristianisasi.”
  2. Berkata “Tidak hairan sekiranya mutu akademik institusi pendidikan di negara ini merosot memandangkan wujud sebilangan ahli-ahli akademik negara ini berfikiran seperti pensyarah berkenaan.”
  3. Berkata “Sebelum dia (Dr Kamarul) buka mulut, elok dia fikir dulu sebelum bercakap – elok baca balik Perlembagaan DAP.”
  4. Berkata “Dia ni tak ada kerja lainkah? Nak cari pasal pun carilah yang munasabah sikit. Adakah ini tahap ahli akademik kita?”
Kesemua kenyataan Dr Ariffin Omar ini membawa maksud dan difahami bahawa:

  1. Saya adalah seorang ahli akademik yang suka membuat tuduhan semberono.
  2. Saya adalah seorang ahli akademik yang menjadi antara punca mutu akademik institusi pendidikan di negara ini merosot.
  3. Saya adalah seorang ahli akademik yang tidak berfikir dan tidak menggunakan akal sebelum bercakap.
  4. Saya adalah seorang ahli akademik bertahap rendah yang suka menimbulkan isu yang tidak munasabah.
Saya sangat tidak menyangka seorang yang mempunyai ijazah doktor falsafah seperti Dr Ariffin Omar boleh menghina tahap keintelektualan saya dengan menyifatkan saya sebagai seorang ahli akademik bertahap rendah yang tidak berfikir dan tidak menggunakan akal.

Ini kerana kenyataan yang dibuat oleh Dr Ariffin Omar ini adalah maklum-balas beliau terhadap kenyataan Facebook saya pada 12 November lalu yang diterbitkan semula oleh portal-portal berita Harakah Daily, Isma Web, Malaysia Kini dan The Malaysian Insight.

Kenyataan Facebook saya ini pula merupakan satu komen sangat munasabah yang mempersoalkan kewajaran DAP melantik tokoh-tokoh Kristian ke Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP pada 12 November lalu di saat ia sedang diserang dengan isu Kristianisasi.

Ini kerana, pada pendapat saya, tindakan DAP melantik sekurang-kurangnya 7 daripada 10 orang ahli tambahan CEC DAP ini dari kalangan penganut agama Kristian hanya akan memperkuatkan lagi dakwaan bahawa DAP memang mempunyai agenda Kristianisasi.

Saya sertakan sama bukti bahawa 7 orang ahli tambahan CEC DAP ini, iaitu Stephen Wong Tien Fatt, Thomas Su Keong Siong, Dr Ong Kian Ming, Hannah Yeoh Tseow Suan, Yeo Bee Yin, Dr John Brian Anthony dan Jannie Lasimbang, adalah penganut agama Kristian.

Apa yang sepatutnya Dr Ariffin Omar serta pemimpin DAP atau pemimpin sekutu DAP lakukan untuk menjawab hujah saya ialah untuk sama ada menafikan 7 orang ahli tambahan CEC DAP ini adalah penganut agama Kristian atau memberi sebab mengapa mereka dilantik.

Memperlekeh-lekehkan saya dengan menyuruh saya membaca Perlembagaan DAP yang menyebut bahawa “DAP dari dulu parti sekular” dan “siapa-siapa pun boleh sertai DAP” bukanlah cara yang betul kerana saya tidak mempersoalkan mengenai keahlian DAP.

Yang saya persoalkan adalah mengapa sekurang-kurangnya 7 daripada 10 orang ahli tambahan CEC DAP ini adalah penganut agama Kristian dan ini hanya boleh dijawab oleh ahli-ahli CEC DAP yang dipilih dalam Kongres Khas DAP pada 12 November lalu.

Ini kerana, mengikut Perlembagaan DAP, kuasa untuk melantik 10 orang ahli tambahan ini dipunyai oleh 20 orang ahli CEC DAP yang dipilih, jadi hanya mereka, bukan tokoh yang kalah seperti Dr Ariffin Omar, yang tahu mengapa perlantikan itu dibuat sebegitu.

Kenyataan yang dibuat oleh Dr Ariffin Omar ini, yang telah diterbitkan secara bertulis yang mempunyai sifat kekal dan kesan yang berpanjangan, telah menjejaskan imej, reputasi, kedudukan dan kerjaya saya sebagai seorang ahli akademik dan seorang ahli masyarakat.

Oleh yang demikian, saya telah mengarahkan seorang sahabat peguam, yang tahu mengenai kekangan kewangan saya dan hanya meminta saya membuat bayaran yang sangat minima ke atas perkhidmatan beliau, untuk memulakan tindakan saman ke atas Dr Ariffin Omar.

Saya juga tidak faham mengapa Dr Ariffin Omar masih mempertahankan DAP sedangkan, jika beliau betul-betul menggunakan akal, beliau sudah lama keluar dari DAP dan Pakatan Harapan, apa lagi setelah beliau tidak dilantik semula sebagai ahli tambahan CEC.

Ini kerana Dr Ariffin Omar sendiri telah menghentam teruk Pakatan Harapan dengan pelbagai kenyataan yang sangat tajam di dalam kata-kata aluan buku tulisan Penasihat SUARAM, Dr Kua Kia Soong, bertajuk “Malaysia’s 14th General Elections: The Big Issues”.

Apa perkara negatif yang tidak disebut oleh Dr Ariffin Omar di dalam buku itu: Pakatan Harapan mempunyai kekurangan serius; mempunyai masalah besar sekitar urus tadbir baik, ketelusan dan rasuah; tidak mempunyai hala tuju yang jelas; malah bersifat opportunistik.

Begitu juga dengan kerjasama Pakatan Harapan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang Dr Ariffin Omar sifatkan memeningkan dan tidak lebih daripada satu kepura-puraan serta kenyataan lain yang menunjukkan ketidaksetujuan beliau dengan Pakatan Harapan.

Dengan pelbagai kritikan serius, sesetengahnya melebihi kritikan yang saya sendiri pernah buat terhadap Pakatan Harapan, saya tertanya-tanya mengapa Dr Ariffin Omar masih kekal berada di dalam DAP sedangkan DAP diketahui mendokong kuat Pakatan Harapan.

Jika Dr Ariffin Omar seorang individu yang berprinsip, beliau perlu segera keluar dari DAP.


Lihat sebelum ini..

IKLAN:
Imej yang berkaitan

'Bukan nak tutup periuk nasi orang kita di Australia' -Utusan Online

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

2 comments:

Anonymous said...

Yang pasti umat Islam tidak akan mengundi pakatan haprak pimpinan DA-Pig dalam PRU14 kerana umat Islam telah melihat bagaimana pemimpim-pemimpin sekular, liberal, plural dan kafir harbi telah menghina, memfitnah dan memburuk-burukkan ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam sebagai rakyat majoriti di negara ini ! Bahkan puak sekular, liberal, plural dan kafir harbi menghasut umat Islam menolak undang-undang syariah supaya umat Islam bebas melakukan kemungkaran,kesesatan dan murtad!

Pakatan haprak pimpinan DA-Pig akan kehilangan banyak kerusi dalam PRU14 kerana jentera pilihanraya PAS tidak akan berkerja untuk mereka dan penyokong-penyokong PAS juga tidak akan mengundi parti sekular, liberal, plural dan kafir harbi !

Parti kuali yang menjadi badut DA-Pig akan pupus selepas PRU14 !

Anonymous said...

Bilangan rakyat menyertai pehimpunan-perhimpunan pakatan haprak pimpinan DA-Pig semakin berkurangan. Ini menunjukkan rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap pakatan haprak pimpinan DA-Pig !

Mengapa kaum sifu roket menolak semua calon Melayu menyebabkan tidak wujud kaum Melayu dalam jawatankuasa tertinggi DA-Pig ? Bukankah ini bererti DA-Pig adalah parti rasis (perkauman)? Bukankah ini bererti DA-Pig telah memperalatkan segelintir orang Melayu untuk memecah-belahkan kaum Melayu? Bukankah superman DA-Pig telah mengakui bahawa DA-Pig menggunakan orang Melayu untuk 'skru' kaum Melayu !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails