Monday, November 13, 2017

P/Pinang Iktiraf Mak Nyah. Apa Kata Dato' Sri Azalina?


GEORGETOWN, PULAU PINANG: Satu surat rasmi mengenai keputusan hasil kajian hak-hak transgender telah diserahkan kepada Jawatankuasa Perlembagaan Negeri Pulau Pinang oleh sekumpulan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang semalam untuk dijadikan sebagai satu dokumen rasmi di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.


Bendahari Jawatankuasa Transgender Pulau Pinang Cheah Kah Peng yang juga merupakan ADUN kawasan Kebun Bunga mendakwa bahawa Pulau Pinang boleh menerajui isu pengiktirafan hak asasi komuniti transgender.

“Pulau Pinang boleh menjadi peneraju dalam hal ini dengan mengiktiraf hak-hak masyarakat transgender.” 

Menurut The Malay Mail Online, Pengerusi Jawatankuasa Transgender Pulau Pinang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu mendakwa bahawa terdapat beberapa cadangan daripada simposium transgender berkaitan hak-hak transgender yang mahu dihantar secara rasmi ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

“Kami berdebat mengenai perkara ini di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Dewan mahu kami menghantarnya kepada Jawatankuasa Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.” 

Tambahnya lagi, keputusan penemuan yang diperoleh daripada simposium transgender adalah mengenai akses golongan tersebut kepada kemudahan perubatan, tandas awam berasingan bagi transgender dan juga isu dengan pegawai penguat kuasa seperti polis.

Dakwa Teh lagi, keputusan penemuan ini juga perlu diterima secara rasmi oleh badan perundangan agar ia dapat dijadikan sebagai rujukan di masa hadapan. 

“Ia boleh dijadikan sebagai satu rekod mengenai isu-isu yang dihadapi oleh golongan transgender.” 

Pada tahun 2014, satu Jawatankuasa Trangender Pulau Pinang telah ditubuhkan oleh kerajaan pimpinan DAP. (Menara.Com)

Komen Weblog Ibnu HasyimGolongan transgender adalah dirujuk kepada mereka yang mempunyai identiti jantina yang tidak sepadan dengan organ seks asal mereka.

Katanya, buat pertama kalinya dalam sejarah ketamadunan masyarakat di Malaysia, sebuah Jawatankuasa Transgender Pulau Pinang telah diwujudkan kononnya untuk mengiktiraf dan “melayan” golongan tersebut setaraf dengan golongan lain. Bahkan boleh menjadi peneraju ke arak mengiktiraf hak-hak masyarakat transgender.” 

Bagaimana kedudukannya dalam negara Islam... Dikatakan juga ada seorang menteri wanita ahli parlimen Malaysia begitu.. Wallahu 'aklam. 

Hasil carian imej untuk azalina osman said
Dato' Sri Azalina Othman Said adalah Ahli Parlimen P157 Pengerang, 


IKLAN:
Imej yang berkaitan

'Bukan nak tutup periuk nasi orang kita di Australia' -Utusan Online

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

5 comments:

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2017/05/apakah-dap-restui-lgbt-bagaimana-pakatan-soal-pemuda-pas/

Apakah DAP restui LGBT, bagaimana pakatan? soal Pemuda PAS

BANGI, 27 Syaaban 1438H, Rabu – Pemuda PAS hari ini mempersoalkan sama ada parti rasis dan cauvinis DAP, merestui lesbian, gay, biseksual dan tansgender (LGBT) berikutan pembabitan Setiausaha Organisasi DAPSY Subang dalam gerakan Pelangi Campaign yang menyokong kempen LGBT.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Ahmad Fadhli Shaari berkata, parti itu bimbang dengan kenyataan Pelangi Campaign yang kesal kerana Taylor’s University membatalkan kempen LGBT ‘Courage in the face of adversity’ yang dijadualkan pada 6 hingga 8 Jun ini iaitu ketika umat Islam menyambut Ramadan.

Antara acara dalam kempen yang dirancang diadakan di Taylor’s University Subang Jaya itu ialah perarakan LGBT.

Bagaimanapun, kempen berkenaan dibatalkan berikutan bantahan beberapa pihak yang menganggapnya tidak sesuai diadakan di negara ini, apatah lagi tatkala umat Islam sedang menjalani ibadah puasa.

Berikutan pembatalan itu, Pelangi Campaign mengeluarkan kenyataan ‘Pelangi Campaign regrets the cancellation of Taylor’s pride week’ pada 18 Mei lalu, selain menyeru umat Islam di Malaysia bersikap lebih terbuka dan mencontohi pendekatan dibuat Datuk Bandar London, Sadiq Khan, yang meraikan kepelbagaian gender dengan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Gay Muslim.

“DPPM ingin mengingatkan kepada Pelangi Campaign bahawa kebebasan hak asasi manusia ada hadnya di dalam Islam. Malaysia sebagai sebuah negara yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan wajib meletakkan sistem nilai Islam sebagai keutamaan apatah lagi apabila bertembung dengan isu transgender yang jelas mempunyai kaedah tersendiri di dalam Islam untuk menanganinya.

“Menganjurkan program seperti Kempen LGBT “Courage in the face of adversity” yang antara acaranya ialah Perarakan LGBT sekaligus menyemarakkan budaya ini di kalangan rakyat Malaysia dan menjadi pintu kepada penyuburan homoseksual di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahmad Fadhli berkata, Pemuda PAS berpendapat golongan keliru gender tidak boleh diketepikan bahkan wajib disantuni dengan usaha-usaha pemulihan dan bukannya menyemarakkan hak untuk berada di dalam kekeliruan gender.

“Kehidupan manusia wajib berteraskan kepada dua jenis jantina sahaja ialah lelaki dan wanita dan tidak selain daripada itu. Sekalipun Islam mengiktiraf wujudnya golongan khunsa, namun ia wajib untuk memilih mana-mana jantina selepas dibuktikan dengan kecenderungan dan ujian klinikal. Pengiktirafan ini sekali gus tidak bermakna Islam mengiktiraf amalan gay dan lesbian yang jelas sekali haram,” katanya.

Beliau berkata, Presiden Penaja kepada Pelangi Campaign ialah Numan Afifi yang juga Setiausaha Organisasi DAPSY Subang.

“Memandangkan keterlibatan setiausaha organisasi DAPSY Subang di dalam gerakan Pelangi Campaign ini? Jika benar, apakah pula pandangan rakan-rakan DAP di dalam Pakatan Harapan?

“Persoalan untuk rakyat Malaysia khususnya umat Islam pula, bolehkah Pakatan Harapan diharapkan untuk memperkasakan Islam dan menjaga kesuciannya di dalam suasana seperti hari ini?,” katanya.

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2017/04/tiada1-kebaikan-pada-kemungkaran-lgbt/

Tiada kebaikan pada kemungkaran LGBT

KEMUNGKARAN hanya membawa kemusnahan

Apakah kita menyangka bahawa ada kebaikan pada kemungkaran?

Sedangkan setiap kali apabila Allah menyebut tentang kemungkaran, akan disebut juga tentang kemurkaannya, azabnya dan tuntutan untuk mencegah.

Segala jenis dan rupa bentuk kemungkaran dibenci TUAN PEMILIK ALAM.

Tiada yang baik pada perkara mungkar.

Akibat daripada kemungkaran adalah kemusnahan. Kemusnahan tidak kira di peringkat individu, institusi kekeluargaan, masyarakat, negara bahkan dunia keseluruhan.

Allah berfirman dalam Surah Ar Rum, ayat 41 :

“Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).”

Adakah kita tidak takut dengan ancaman Allah ini?

Dalam Al Quran, ada dosa-dosa yang disebut secara spesifik dan kemudiannya mengakibatkan azab Allah turun ke muka bumi.

Kaum Nabi Luth ditimpa gempa bumi, angin kencang dan hujan batu sehingga menghancurkan keseluruhan negeri mereka. Atas dosa apa? Dosa kerana menjadi penyokong dan pendokong LGBTQ.

Itu tidak temasuk 11 kisah lain dalam Al Quran yang menceritakan tentang kemusnahan kaum-kaum terdahulu, akibat tidak endah akan larangan kepada kemungkaran.

MUNGKAR TETAP MUNGKAR, WALAU DIBERI NAMA INDAH

Walau kita melabelkan kemungkaran dengan seindah nama sekalipun, ia tidak mengubah hakikat bahawa kemungkaran adalah perkara tercela.

Lihatlah taktik syaitan, serta taktik orang-orang yang mengikut jejak langkah syaitan:

“Sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain kata-kata indah untuk menipu (manusia).” (Surah Al An’am, ayat 112).

Sebagai contoh, kalau dulu zina merupakan dosa terkeji. Kini zina dipromosi melalui filem bahkan dalam majalah yang boleh dibeli di kedai runcit.

Kalau dulu, orientasi seks songsang Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender (LGBT) dikecam teruk. Kini dianggap biasa, bahkan menggunakan simbol pelangi konon untuk menggambarkan kepelbagaian jenis manusia.

Adakah kita akan makan tahi, sekiranya ia diberi nama sushi? Tepuk dada tanya selera, tanya iman.

Sehinggakan ada yang sombong menimbulkan persoalan haiwan juga adalah gay, maka fitrah manusia pun gay juga. Jelaslah minda orang yang mungkar adalah minda orang yang tidak bertamadun.

Konon dengan sindiran itu, pelaku mungkar ingin mempertahankan kemungkaran itu menjadi kebaikan yang dihalalkan.

ORANG YANG MENYERU DAN MENGIKUT MUNGKAR ADALAH HIZBUSH-SHAITAN

Pihak yang menyeru ke arah kemungkaran adalah gerombolan syaitan (hizbush-shaiton).

Hizbush-shaiton akan mempertahankan kemungkaran, berjuang serta menjulang panji kemungkaran. Dan akan berdakyah habis-habisan untuk menegakkan kemungkaran.

Jangan lupa teknik-teknik syaitan menjauhkan kita dari Allah, dan mendekatkan kita dengan mungkar.

Ingat sahaja kisah ahli ibadah yang terjerumus masuk neraka, kerana mengikuti jejak syaitan.

Bila syaitan meniupkan was-was, manusia yang cenderung kepada mungkar akan turut was-was.

Bila syaitan membuatkan kita lupa, manusia yang cenderung kepada mungkar akan turut lupa untuk taat pada Allah dan Rasul.

Bila syaitan memberi angan-angan, manusia yang cenderung kepada mungkar akan menurutinya.

Anonymous said...

Mana PAN Mana PAN Mana PAN.

Anonymous said...

Mujor President selfie d Amoy Langgar dada. Kalau President selfie d transgender langgar dada niscaya PIS akan bising 7 hari tujuh malam.


Hidup PAN, PIS Get Lost
Boy PAN, Matang Pauh Marei

Anonymous said...

Apalah otak udang engko ni Ibnu Hasyim tanya pada Dato Sri Azalina pulak.Engkau patut tanya pada bos engkau iaitu Haji Hadi dari Mereng Terengganu.Suruh dia bawa isu ini ke Parlimen atau bagi tau saja pada kawan rapatny Jiby.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails