Tuesday, November 14, 2017

PPBM Bhg B/Gajah Bubar, AJK Keluar Parti.


BATU GAJAH – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Batu Gajah dibubarkan ekoran pengumuman keluar parti Ketua Penaja Bahagian itu, Mohd. Shirin Adenan dan 18 ahli jawatankuasa diikuti lebih 1,000 ahlinya hari ini.
Mohd. Shirin berkata, keputusan itu dibuat kerana tidak berpuas hati dengan pelantikan Faizal Azumu sebagai Pengerusi PPBM Perak.
Menurutnya, beliau dan ahli tidak yakin kemampuan Faizal untuk menerajui PPBM Perak.
“Pelantikan Faizal sebagai Pengerusi PPBM Perak semata-mata kerana dia orang Mukhriz membuka mata kami PPBM tidak sebaik yang kami harapkan.
“Ketiadaan pengalaman beliau untuk menerajui sebuah parti baharu selain hubungannya yang sangat terbatas membuatkan PPBM Perak seperti anak ayam kehilangan ibu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Setakat ini empat Ketua Penaja Bahagian PPBM di Perak meninggalkan parti iaitu Bahagian Gopeng, Parit, Kuala Kangsar dan Batu Gajah. – AntaraPos
IKLAN:
Imej yang berkaitan

'Bukan nak tutup periuk nasi orang kita di Australia' -Utusan Online

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

1 comment:

anakmatlelagila said...

Dah nak dekat mengundi gamaknya yop!!!!Pancing dedak beb!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails