Friday, November 24, 2017

Keganasan Punca Penularan AIDS Pada Wanita, Homoseksual -Luiz Loures.


 Timbalan Pengarah Program UNAIDS, Luiz Loures.
SAN JOSÉ: Virus penyebab AIDS menular dalam kalangan wanita dan pengamal homoseksual di Amerika Latin, kebanyakannya disebabkan keganasan dan diskriminasi yang dialami kedua-dua golongan itu, menurut pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
"Pertambahan bilangan jangkitan berlaku dalam kalangan wanita muda dan lelaki homoseksual, kedua-dua golongan menghadapi diskriminasi," kata Timbalan Pengarah Program UNAIDS, Luiz Loures.
Disebabkan diskriminasi, tambahnya, golongan berkenaan kadang-kadang enggan bercampur dengan masyarakat dan tidak mengambil bahagian dalam program pencegahan.
Di Amerika Latin, keseluruhan jumlah jangkitan virus HIV berubah, fenomena yang membimbangkan dibandingkan dengan wilayah lain, seperti Afrika, yang mencatatkan penurunan.
Loures, yang memegang jawatan ketua setiausaha rendah PBB, berada di San Jose minggu ini untuk mengambil bahagian dalam forum anjuran ICW Latina, yang menghimpunkan wanita yang dijangkiti HIV.
Di forum itu, beliau menggariskan kaitan jelas antara kadar tinggi keganasan dalam kalangan wanita muda Latin dan kadar tinggi HIV.
"Statistik jelas menunjukkan di mana berlaku keganasan, di situ ada HIV," katanya, menambah wanita yang menderita keganasan mungkin berisiko 30 hingga 50 kali ganda dijangkiti HIV berbanding mereka yang tidak berhadapan pengalaman itu.
Beliau menambah, lebih 30 peratus wanita muda di Amerika Latin berkata mereka menderita keganasan fizikal atau seksual, kadar yang disifatkannya amat tinggi dan amat membimbangkan. - AFP
Lihat sebelum ini..


1 comment:

Anonymous said...

Kajian menunjukkan puak LGBTQ adalah di antara penyumbang terbesar AIDs. Dan puak kafir harbi dan liberal adalah penyokong tegar LGBTQ.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails